Jengka Liner Kuantan Ke Jengka Harga Tiket & Jadual Bas

Jengka Liner Kuantan ke Jengka. Baru ini kami ada terima pertanyaan dari pembaca yang nak tahun informasi mengenai harga tiket dan jadual bas Jengka Liner dari Kuantan ke Jengka. Dah nama destinasi pun Jengka, tentu bas Jengka Liner mungkin jadi pilihan.

Kenapa nak ke Jengka? Jengka sangat terkenal untuk pelbagai tempat menarik seperti Gunung Senyum, Taman Ecorimba dan terutama sekali Jengka Wonderland.

Jengka Wonderland bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tempatan namun, menjadi pilihan utama dalam kalangan pelancong asing di Pahang.

Kepada mereka yang sudah bosan duduk rumah sewaktu MCO, kenapa tidak menggunakan peluang ini untuk melancong ke Jengka? Lagi-lagi kini sudah boleh merentas negeri asalkan anda sudah melengkapkan vaksinasi.

Terdapat perkhidmatan bas ekspres disediakan bagi perjalanan dari Kuantan ke Jengka. Check punya check info mengenai Jengka Liner, agak kurang maklumat dalam internet.

Yang ada bila cari pasal Jengka Liner ialah TransMalaya Express. Kalau macam tu, mungkin kita boleh sahaja pilih bas TransMalaya Express ya tak?

Kedua-duanya pun memberikan perkhidmatan ke destinasi yang sama. Lebih banyak pilihan, bermaksud lebih baik.

Segala maklumat lanjut mengenai pengendali bas bagi laluan perjalanan ini, jadual bas, harga tiket dan lain- lain lagi boleh didapati di bawah ini.

Syarikat Bas TransMalaya

Syarikat TransMalaya Ekspres merupakan operator bas yang mengendalikan trip bas dari Kuantan ke Jengka.

Syarikat ini dimiliki oleh KRZ Management Sdn Bhd dan berdasar di Jerantut. Sesetengah bas syarikat ini memiliki dek tunggal dengan 44 tempat duduk dan kemudahan TV bagi penumpang menikmati cerita cerita seronok sewaktu dalam perjalanan jauh dalam bas.

Kira agak selesa jugalah naik bas nie. Lagi pun jarak antara Kuantan ke Jengka tidaklah jauh sangat.

Selain itu, syarikat ini turut terkenal kerana menawarkan tempat duduk berasingan bagi lelaki dan wanita terutama sekali ketika anda dalam perjalanan jauh.

Sistem ini ditubuhkan pada tahun 2016 bagi memberi keutamaan kepada keselamatan golongan wanita.

Jadual Bas Dan Harga Tiket

Bas pertama syarikat ini mula beroperasi pada pukul 1.00 petang. Untuk makluman penumpang, hanya satu trip bas ditawarkan per hari dan syarikat ini tidak menawarkan bas pada hari Selasa dan Rabu.

Dinasihatkan agar para penumpang membuat perancangan perjalanan seawal mungkin untuk mengelakkan masalah ketinggalan bas.

Manakala, tempoh masa perjalanan diambil menaiki bas ekspres ialah dalam anggaran 2 jam 30 minit. Tempoh perjalanan bergantung pada situasi jalan dan trafik.

Manakala, jarak perjalanan bagi trip ini ialah dalam 144km.

Harga tiket bagi perkhidmatan bas ditawarkan oleh syarikat TransMalaya Ekspres ialah bermula dari RM 17. Harga ditawarkan boleh berubah bergantung pada musim.

Pada kebiasaannya, harga tambang menjadi mahal sedikit ketika musim perayaan. Dan, boleh menjadi murah sekiranya syarikat bas tersebut menawarkan sebarang promosi.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, disarankan agar penumpang melakukan penyemakan harga dari semasa ke semasa di laman web disertakan dalam artikel ini.

Cara Menempah Tiket

Biasanya, tiket bas boleh dibeli secara manual di kaunter Terminal Bas Kuantan ataupun dengan menempah tiket atas talian.

Kini, ramai penumpang lebih rela menggunakan kaedah penempahan tiket di mana-mana laman web penempahan tiket bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Para pengguna boleh melakukan penempahan tiket di laman web www.redbus.my/ms hanya dalam beberapa minit sahaja.

Anda turut boleh menggunakan platform lain seperti easybook.com atau busonlineticket.com untuk menempah tiket.

Anda juga boleh check trip syarikat bas lain terutama Jengka Liner yang menghubungkan Kuantan dan bandar Jengka guna portal tersebut.

Setelah melakukan penempahan, penumpang boleh membuat bayaran melalui kad kredit, kad debit ataupun dengan memilih perbankan online.

Bagi perbankan online, anda hanya perlu memilih mana-mana bank yang disenaraikan dengan mengklik FPX. Setelah berjaya melakukan pembayaran, penumpang akan menerima tiket dalam email yang diberikan.

Anda boleh mencetak tiket yang dalam bentuk pdf dan tunjuk kepada pengendali bas pada hari perjalanan.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan informasi perhubungan syarikat TransMalaya Ekspres. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perjalanan bas, sila hubungi nombor diberikan.

Alamat: No. 379, Jln Dato Kurnia Budiman,27000 Jerantut Pahang
Nombor telefon: 0139984412

Hotel Di Jengka

Bercadang untuk bermalam di Jengka? Terdapat beberapa buah hotel yang boleh menjadi pilihan anda di sekitar kawasan Jengka. Hotel- hotel di bawah ini menawarkan harga sewa yang murah dan berpatutan per malam.

  • The Baiti- RM 85
  • Felda Residence Tekam Jerantut- RM 79
  • 7 Rooms Hotel Budget- RM 85
  • Issoria Hotel- RM99

Kalau nak book hotel boleh sahaja guna sistem online guna agoda.com atau booking.com. Boleh compare harga antara hotel dengan senang kalau guna portal mereka.

Harap sedikit info mengenai perkidmatan bas TransMalaya dan Jengka Liner Kuantan ke Jengka ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam di negara kita.