Terminal Bas Putrajaya Sentral Contact Number & Waktu Operasi

Terminal Bas Putrajaya Sentral terletak di sebelah barat Putrajaya, menberi perkhidmatan pengguna bas sejak tahun 2002.

Memang dah agak lama kewujudan terminal bas ini.

Ini adalah terminal bas yang berfungsi menghubungan Putrajaya dengan destinasi utama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kiranya ini memang memudahkan orang ramai yang tinggal di sekitar Putrajaya mahupun yang ingin berkunjung ke sana atas pelbagai tujuan.

Yang agak menarik terminal bas ini terletak berhampiran dengan IPT seperti Lim Kok Wing University, Multimedi University (MMU) Cyberjaya dan University of Cyberjaya.

Jadual bas dan contact number terminal bas Putrajaya Sentral

Ramai pengguna terminal bas ini terdiri dari pelajar IPT.

Kaunter Tiket Bas Putrajaya

Memang banyak bas express yang memberikan perkhidmatan bas di terminal ini. Nak hubung kaunter tiket bas Putrajaya memang agak sulit.

Tapi anda mungkin boleh cuba guna maklumat ini untuk berhubung dengan pihak Putrajaya Sentral.

Address: Presint 7, 62000 Putrajaya, 62000
Phone: 019-472 0273

Apa yang perlu anda buat ialah berhubung dengan kaunter tiket bas express yang anda akan atau ingin gunakan.

Sekarang nie nak book tiket bas dah tak perlu sangat kena pergi ke kaunter tiket atau terminal, anda boleh sahaja beli tiket secara online.

Kebanyakan bas ada menyediakan sistem pembelian tiket bas secara online, atau anda boleh gunakan perkhidmatan easybook.com.

Pembelian dan pembayaran tiket bas semua boleh dibuat secara online sekarang ini.

Jadual Bas & Waktu Operasi

Bas express yang beroperasi di terminal ini bermula 8.30 pagi. Antara bas yang beroperasi di Putrajaya Sentral ialah Cosmic Express, Pancaran Matahari Express, Suasana Holiday Express, Maraliner, Plusliner, E-Mutiara

Ada berberapa syarikat bas lain juga, tetapi yang tersenarai di atas adalah antara yang popular di terminal ini.

Anda boleh rujuk dengan syarikat bas express yang anda pilih untuk jadual bas mereka yang beroperasi di terminal ini.

Masa beli tiket pun anda sudah diberitahu masa bas akan bertolak, jangan sampai tertinggal bas pula.

Putrajaya Bus Route

Seperti dah tulis tadi, terminal ini menghubungkan anda ke pelbagai destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Antara destinasi yang popular bas dari terminal tersebut ialah;

  • Kota Bharu
  • Kangar
  • Dungun
  • Johor Bahru
  • Butterworth

Jika destinasi anda tidak tersenarai, jangan bimbang. Anda boleh semak secara online di pelbagai portal destinasi yang boleh anda pergi dari Putrajaya Sentral.

Antara portal yang boleh anda gunakan untuk semak bus route ialah easybook.com, redbus.my, busonlineticket.com, eticketing.my dan banyak lagi.

Itu antara portal yang popular sahaja.

Rapid KL Bus Ke Putrajaya Sentral

Nak ke terminal bas Putrajaya guna Rapid KL? Tak susah. Anda boleh naik Rapid KL dari Maluri ke Putrajaya Sentral.

Jarak perjalanan dalam lebih kurang 30.5 KM daalam jangka masa 31 minit. bergantung kepada situasi lalulintas semasa.

Anda juga boleh guna MRT guna MRT Putrajaya Line. Mungkin ini pilihan yang bagus juga kerana masa bertolak dan ketibaan yang agak tepat.

Harap sedikit info mengenai terminal bas Putrajaya Sentral ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam di negara kita.