Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 Diumumkan Di Perhimpunan Hari Pekerja

Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Berapa jumlah kenaikan yang akan diumumkan, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan. Maksudnya tunggulah pada hari tersebut nanti.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri akan mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja nanti. Ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Demikian info dari page Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam 2024

Perdana Menteri pernah membuat kenyataan bahawa kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun.

Harap-harap ada berita gembira akan diumumkan semasa Perhimpunan Hari Pekerja nanti. Kita tunggu sahajalah pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri nanti.