Sistem Permohonan Salinan Keputusan PT3 Yang Hilang Online
Cara buat permohonan salinan keputusan PT3 yang hilang secara online di portal e-Lembaga Peperiksaan. Atas pelbagai kegunaan ada masanya kita perlu salinan keputusan PT3.
Jika keputusan atau sijil PT3 anda hilang, apa yang perlu dibuat?
Jangan bimbang kerana anda masih boleh mendapatkan semula salinan keputusan peperiksaan PT3 anda yang hilang.
READ: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pelajar Sekolah Menengah >> DI SINI
Bagaimana cara untuk memohon salinan keputusan peperiksaan PT3 yang hilang?
Anda boleh ikut langkah mudah di bawah.
- Layari portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di http://lp.moe.gov.my/
- Selepas itu scroll ke bawah da klik butang SALINAN KEPUTUSAN di ruangan PERKHIDMATAN
- Anda akan melihat paparan Permohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan
- Di paparan itu anda boleh lihat senarai perkhidmatan yang lain seperti;
- Klik pada link Permohonan Salinan Penyataan Keputusan Peperiksaan
- Paparan seterusnya akan dipaparkan di mana anda perlu mendaftar akaun online untuk portal tersebut.
- Ikuti sahaja semua arahan dan anda akan dapat memohon salinan keputusan PT3 yang hilang.
Ianya mudah sahaja dan anda tidak perlu bimbang.
Semak PT3 Guna IC?
semakan keputusan PT3 guna IC tidak disediakan untuk PT3 sekarang ini, semua keperluan berkenaan keputusan PT3 anda boleh dilakukan di laman portal e-Lembaga Peperiksaan.
Sistem yang ada sekarang ini tidak ada menyediakan perkhidmatan semak PT3 guna IC, secara online mahupun secara applikasi SMS.
Jika anda memerlukan panduan dan penjelasan lebih terperinci, anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).