Keputusan PT3: Sistem Semakan Online

Keputusan PT3 sistem semakan online untuk pelajar mendapatkan result mereka. Pelajar yang menduduki peperiksaan (pentaksiran) PT3 tahun ini boleh membuat semakan keputusan secara online. Kali ini kami ingin kongsikan sedikit informasi dengan anda cara mendapatkan keputusan pentaksiran PT3 online. Pelajar PT3 mungkin mendapati maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pelajar Sekolah Menengah >> DI SINI

Keputusan pentaksiran PT3 biasanya dijangka akan dapat diketahui sekitar bulan December setiap tahun.

Ramai yang ingat pentaksiran PT3 ini tidak begitu penting, tetapi benarka demikian? Pada edisi akan datang kami akan tulis mengenainya.

Memadai untuk anda mengetahui bahawa jika anda ingin memohon memasuki SBP pencapaian akademik anda semasa PT3 amatlah penting.

Pentaksiran PT3

Baru-baru ini ada pengumuman di mana soalan-soalan pentaksiran PT3 akan dikendalikan oleh pihak sekolah itu sendiri di bawah pemantauan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Format soalan PT3 yang baru juga telah diperkenalkan dan ianya mungkin sedikit berbeza dengan formal peperiksaan PT3 yang lama.

Sila baca mengenai berita ini dan juga koleksi contoh soalan PT3 format baru di sini.

Apakah itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)? Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui latarbelakang dan tujuannya.

Pentaksiran PT3 adalah merupakan sistem pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.

PT3 ialah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

Peringkat ini adalah dianggap cukup penting kerana pencapaian anda di peringkat ini boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 dan juga kelas/aliran pengajian semasa anda sambung ke menengah atas.

Ini bermakna pelajar tidaklah harus memandang ringan pentaksiran PT3 ini kerana prestasi anda dinilai diperingkat ini juga. Namanya dan formatnya sahaja yang mungkin berbeza berbanding dengan PMR.

Kaedah Buat Semakan Keputusan PT3

Sekurang-kurangnya ada 2 cara yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan keputusan anda. Anda boleh pilih mana-mana satu yang sesuai kepada anda.

Kalau dahulu, kebanyakan pelajar lebih gemar datang terus ke sekolah asal masing-masing. Masaitu sistem semakan online belum diperkenalkan.

Dulu pelajar boleh buat semakan secara SMS, tetapi baru-baru ini sepertinya sistem itu tidak disediakan lagi tahun ini.

A. Semakan Secara Online

Berbalik kepada tajuk utama topik kali ini, pelajar yang telah menduduki PT3 boleh membuat semakan keputusan secara online. Kalau ada capaian internet, anda boleh akses pada bila-bila masa dan di mana pun anda berada. Kaedah ini lebih mudah, cepat dan pantas.

Laman portal semakan online ini akan diaktifkan apabila keputusan diumumkan nanti.

Jadi, bagaimanakah cara membuat semakan secara online? Layari link yang diberikan di bawah.

Untuk membuat semakan anda boleh melayari http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

Semakan keputusan PT3 secara online untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan ini

B. Semakan Secara Manual

Selain kemudahan membuat semakan keputusan secara online, pelajar juga boleh mengetahui keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas ianya diumumkan.

Kelebihanya cari ini ialah anda boleh dapat perincian keputusan anda dan boleh berbincang terus dengan guru anda mengenai halatuju pembelajaran anda pada masa akan datang.

Sering berhubung dan berbincang dengan guru anda itu adalah sesuatu yang sangat baik.

Pelajar hanya perlu datang ke sekolah masing-masing dan dapatkan keputusan mereka.

Semoga perkongsian informasi mengenai semakan keputusan PT3 online ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan yang lain.