Senarai Kerja Kapal Persiaran Di Malaysia Yang Boleh Anda Ceburi

Senarai peluang kerja kapal persiaran di Malaysia

Kapal persiaran ataupun lebih terkenal dengan nama ‘cruise’ di Malaysia menjadi salah satu tarikan percutian untuk rakyat tempatan dan lebih-lebih lagi warga asing.

Bekerja dalam industri kapal persiaran sebenarnya melibatkan berbagai jenis bidang pekerjaan untuk mengoperasikan dan menjalankan kapal persiaran yang memuatkan ribuan penumpang di perairan Malaysia.

READ: Syarat Mohon Kerja Kapal Kargo Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Kerja Kapal Persiaran

  1. Gaji di dalam USD (Perbankan antarabangsa untuk Seafarer)
  2. Gaji minima 700USD -1200USD mengikut KPI, pengalaman, syarat & terma yang diperlukan oleh pihak kapal
  3. Elaun
  4. Over Time
  5. Tips

Manfaat Yang Disediakan

  1. Insurans
  2. Perubatan
  3. Bekerja sambil melancong
  4. Makanan & Minuman Disediakan
  5. Penginapan
  6. Dobi percuma
  7. Kebajikan
  8. Pengangkutan disediakan

Apa saja bidang pekerjaan yang terlibat dalam kapal persiaran ni? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca artikel ini.

1. Awak Kapal Persiar

Awak kapal ataupun yang biasa anda dengar adalah kapten kapal. Kerja-kerja operasi dan pemeliharaan kapal persiar ini telah menjadi tanggungjawab orang-orang yang bergelar Awak Kapal.

Orang-orang yang dimaksudkan termasuklah kapten kapal sendiri, perwira, juru mesin, dan pelaut.

Masing-masing mempunyai skop pekerjaan masing-masing seperti kapten bertanggungjawab atas keselamatan kapal dan penumpang, perwira membantu dalam navigasi dan pengurusan kapal, dan juru mesin berperanan untuk menjaga dan memperbaiki mesin pada kapal.

2. Staff Hotel

Hotel bukan ada di darat sahaja tau, kapal persiaran pun ada! Kapal persiaran akan dinaiki oleh ribuan penumpang, jadi mestilah ada perkhidmatan hotel untuk penumpang bermalam dan staff hotel yang akan menguruskan para penumpang.

Staff hotel termasuklah pramugari, pelayan restoran, tukang masak, dan pelayan hotel.

Staff hotel kapal persiaran ini bertanggungjawab untuk menyediakan makanan dan keselesaan penumpang.

3. Kru Hiburan

Kapal persiaran kebanyakannya menawarkan hiburan seperti konsert, pusat karaoke, kolam renang, dan aktiviti rekreasi untuk penumpang.

Kru hiburan biasanya terdiri daripada penari, penyanyi, komedian, dan sebagainya.

4. Staff Pengurusan Kapal

Kapal persiaran mempunyai keluasan yang luar biasa dan menawarkan pelbagai jenis kemudahan serta tempat-tempat yang mewah untuk para penumpang.

Bagaimana nak menguruskan kapal persiaran yang besar ni?

Mestilah bahagian pengurusan diperlukan untuk mengawal selia keseluruhan operasi kapal dan pegawai-pegawai pengurusan.

Staff di bahagian pengurusan biasanya terdiri daripada pengurus kapal, pengurus hotel, pengurus makanan dan minuman, dan pengurus kewangan.

5. Pegawai Penjualan dan Pemasaran

Kapal persiaran adalah sebuah perniagaan yang memerlukan lebih banyak penumpang untuk menyertai perkhidmatan yang ditawarkan.

Pekerjaan ini akan melibatkan pemasaran dan promosi kapal persiaran, penjualan tiket, dan penjualan perkhidmatan tambahan kepada calon penumpang.

6. Pegawai Keselamatan

Kapal persiaran sangat menitikberatkan keselamatan penumpang dan keseluruhan kapal terutama ketika pelayaran.

Oleh itu, kapal persiaran mempunyai anggota keselamatan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan kapal. Mereka juga akan sentiasa bersiap sedia menangani sebarang situasi kecemasan.

Enam (6) senarai di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja, ada begitu banyak kerja yang boleh anda ceburi di kapal persiaran jika anda memilik kemahiran-kemahiran yang diperlukan seperti berkaitan kulinari dan pastri dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin mencari pekerjaan dalam industri kapal pesiar di Malaysia, anda boleh cuba mengunjungi laman web syarikat-syarikat kapal pesiar dia Malaysia.

Kalau di Malaysia Resort World Cruises adalah antara yang sangat popular.

Sudah tentu untuk kerja kapal persiaran anda perlu ikut berberapa kursus tertentu. Ada banyak kolej dan akademi yang menawarkan pelbagai kursus berkaitan dengan kapal persiaran yang boleh anda ikuti.

Selepas menjalani kursus mungkin peluang anda dapat kerja atas kapal persiaran menjadi lebih tinggi.

Anda hanya perlu rajin-rajin cari maklumat di mana ada kursus yang ada dan berdekatan dengan anda.

Melalui laman web syarikat mereka anda boleh melihat jawatan kosong yang ditawarkan dan boleh terus membuat permohonan pekerjaan.