Diskaun ETS Untuk Pelajar Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Adakah anda merupakan pelajar dan sering menggunakan perkhidmatan kereta api (KTMB) untuk perjalanan anda?

Tahukah anda, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melakukan inisiatif bagi memudahkan golongan pelajar (sekolah serta mahasiswa) dengan memberikan diskaun ETS melalui kemudahan KTM I-Card.

Melalui kad ini, para pelajar boleh memperoleh kadar diskaun sehingga 40% setiap kali mereka membeli tiket KTM dan ETS.

Read: Pos Motor Guna KTM

KTM i card student mohon sekarang

Usaha ini dilakukan bagi mengurangkan bebanan para pelajar yang menggunakan perkhidmatan kereta api terutama sekali bagi para mahasiswa yang pulang ke negeri masing-masing sewaktu cuti semester.

Kali ini kita cerita sedikit tentang maklumat mengenai kad I-Card, cara permohonan, syarat kelayakan dan lain-lain lagi.

Syarat Kelayakan Permohonan

Terdapat beberapa syarat permohonan yang perlu dipatuhi sebelum melayakkan diri memperoleh KTM I-card.

Jika anda memiliki syarat-syarat tersebut, apa kata anda cuba rebut peluang ini dan memohon.

  • Pemohon wajib merupakan pelajar sekolah Menengah, Kolej/ Universiti di Malaysia
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Yuran tahunan adalah sebanyak RM 33, termasuk kos pentadbiran dan GST.
  • Pelajar yang berumur 24 tahun dan ke atas wajib melampirkan surat pengesahan pelajar, disahkan oleh pihak Universiti/ Kolej di Malaysia.
  • Tempoh sah bagi penggunaan kad ini adalah satu tahun (dari tarikh permohonan atau tarikh tamat pengajian, yang mana terdahulu).

Cara Memohon

Para pemohon yang berminat boleh melakukan permohonan bagi kad ini, dengan mengisi borang pendaftaran secara atas talian di laman web KTMB.

Setelah mengisi borang dalam laman web diberikan, pemohona turut perlu melakukan pembayaran yuran pendaftaran, melalui saluran perbankan internet (FPX).

Kad anda akan dihantar ke alamat diberikan dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat.

Cara Membeli Tiket Dengan Diskaun

Baiklah, kad dah sampai kepada anda, bagaimana cara menggunakannya untuk menikmati diskaun?

Ketika membeli tiket, para pelajar hanya perlu menunjukkan KTM I-Card kepada admin di kaunter bagi memperoleh harga diskaun pelajar.

Manakala, bagi pembelian tiket melalui atas talian, atau menggunakan aplikasi KTM Mobile, para pelajar boleh memasukkan nombor PNR di dalam ruangan diminta bagi mendapatkan harga konsesi pelajar (diskaun).

Nombor PNR sebenarnya, tercetak pada kad KTMi-Card.

Selain itu, maklumat ini turut boleh didapati pada salinan invois yang diemel kepada para pemohon serta dalam sistem KTM iCard di laman web KTMB.

Bagi mereka yang masih belum mendapat KTM I-Card, anda masih lagi boleh mendapatkan harga konsesi pelajar, dengan hanya memberikan nombor PNR dan Mykad kepada kerani di kaunter tiket semasa membuat pembelian tiket.

Justeru itu, pemegang kad harus memaparkan kad ini, yang masih laku ataupun kad pengenalan anda semasa pemeriksaan tiket yang dilakukan oleh para petugas KTMB di premis KTMB di dalam keretapi.

Bagi mereka yang masih belum menerima kad ini, anda boleh menunjukkan Mykad dan tiket kepada pihak pemeriksa, jika anda membuat perjalanan dengan ETS/ Intercity.

Di samping itu, harus ingat bahawa kad ini perlu diperbaharui tiap-tiap tahun bagi memastikan kad ini masih aktif dan tidak disekat penggunaannya.

Maklumat Tambahan

Kadar diskaun yang ditawarkan bagi KTM I-Card ialah sebanyak 40%.

Para pemegang kad KTMi-Card hanya boleh melakukan pembelian tiket perjalanan sehala atau dua hala dalam masa tidak melebihi 30 hari dari tarikh pembelian tiket.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan KTMB. Bagi sebarang pertanyaan, anda dinasihati untuk terus menghubungi nombor ataupun laman web diberikan untuk maklumat lanjut.

Email: callcenter@ktmb.com.my
Nombor telefon khidmat langgan:  +603 – 2267 1200 (7:00 AM – 10:00 PM)
Laman Web: https://online.ktmb.com.my/

Baiklah, dah tahu mengenai kad diskaun ETS untuk pelajar nie.  Kalau anda kerap menggunakan perkhidmatan ETS setiap minggu atau bulan, tunggu apa lagi, mohonlah untuk kemudahan anda sebagai pelajar.