Kursus Perguruan Lepasan Diploma Untuk Pelajar Malaysia

Kursus perguruan lepasan diploma. Adakah anda merupakan pelajar lepasan diploma dan berminat untuk menjadi guru?

Untuk menjadi serorang guru, anda memerlukan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pendidikan / perguruan dari institusi diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Info Berkaitan: Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sebenarnya, pelajar lepasan diploma  intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh menyambung pelajaran dengan mengambil program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) di universiti awam (IPTA).

Syarat Kelayakan

Pelajar lepasan diploma perguruan, mempunyai pilihan sama ada untuk memohon jawatan Pegawari perkhidmatan pendidikan Gred 29 atau meneruskan pengajian ke peringkat program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) di universiti awam (IPTA).

Sebenarnya para pelajar lepasan diploma bukan perguruan juga turut boleh menjadi guru dengan mengambil program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP) di IPTA.

Yang penting, mempunyai minat dalam jurusan perguruan.

Berikut merupakan syarat kelayakan umum bagi graduan lepasan diploma yang ingin meneruskan pengajian dalam ijazah sarjana muda perguruan di IPTA.

Untuk makluman pembaca, pelajar turut perlu memenuhi syarat khas dikenakan oleh IPTA yang dipohon.

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Memperoleh sekurang- kurangnya PNGK 2.50 di peringkat diploma
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.

Universiti Menawarkan Ijazah Perguruan

Berikut merupaakan senarai institut pengajian tinggi awam yang menawarkan ijazah sarjana muda pendidikan/ perguruan.

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia (UM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)

Peluang Pekerjaan

Terdapat beberapa pilihan kerjaya yang boleh dipilih oleh graduan setelah menamatkan pengajian dalam kursus ijazah sarjana muda perguruan / pendidikan.

Berikut merupakan antara peluang pekerjaan yang boleh dipilih.

  • Guru sekolah rendah
  • Guru sekolah menengah
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Penolong pengarah pendidikan
  • Pegawai sumber manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)
  • Konsultan pengurusan sekolah
  • Menjadi pengajar di sekolah antarabangsa

Para graduan yang ingin menjadi guru, anda boleh memohon jawatan Pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 di portal Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Sebelum itu, pastikan bidang serta institusi pengajian anda tersenarai dalam mySPP serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Gaji permulaan ditawarkan bagi graduan lepasan ijazah sarjana muda kepujian dalam pendidikan diiktiraf ialah RM 2391.94 manakala, gaji maksimum untuk jawatan ini ialah sebanyak RM 9552.

Kadar kenaikan gaji per tahun ialah sebanyak RM 225.

Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Berikut merupakan senarai tugas pegawai perkhidmatan pendidikan.

  • menyampaikan isi kurikulum melalui pelbagai cara aplikasi dan pedagogi kepada para pelajar di dalam bilik darjah.
  • Mengaplikasikan kaedah dan teknik penilaian yang mencerminkan pembelajaran murid bagi mencapai hasil pembelajaran efektif.
  • Memberi bimbingan kepada para pelajar agar mengamalkan pembelajaran kendiri.
  • Mencari penyelesaian bagi masalah Pembelajaran dan pengajaran.
  • Menjadi fasilitator pembelajaran bagi murid dengan melaksanakan PdP yang menarik dan berefektif.
  • Membantu dalam kajian tindakan serta menggunakan hasil kajian bagi tujuan penambahbaikan PdP
  • Merekodkan data tepat dengan memantau kemajuan murid dan memberi maklum balas mengenai prestasi murid dengan mengaplikasikan strategi penilaian sesuai.

Baiklah, harap maklumat umum mengenai kursus perguruan lepasan diploma ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Kepada yang berminat kerjaya dalam bidang pendidikan bolehlah cuba memohon. Mana tahu reziki anda dalam bidang tersebut.