8 Manfaat Penting Susu Ibu Kepada Bayi Anda

Penyusuan susu ibu bukan sahaja dapat membekalkan pelbagai nutrien penting malah dapat menyuburkan jiwa. Teruskan pemberian susu ibu sahaja kepada bayi daripada lahir sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

READ:7 Tanda-Tanda Serangan Strok Haba Lindungi Tubuh Anda

Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh kedua ibu dan bayi melalui penyusuan susu ibu.

Senarai Manfaat Susu Ibu Kepada Bayi

Berikut adalah 8 manfaat susu ibu kepada bayi

  1. Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi
  2. Antibodi tinggi bagi melindungi bayi dari pelbagai jangkitan
  3. Tidak memerlukan sebarang penyedian kerana telah tersedia pada bila-bila masa
  4. Bertindak sebagai laksatif yang mengeluarkan mekonium dan mengurangkan risiko jaundis
  5. Mengandungi DHA dan AHA yang penting untuk perkembangan otak bayi
  6. Mudah dihadam dan tidak membebankan organ dalaman bayi
  7. Mengurangkan risiko alahan, diabetes, obesiti dan hipertensi
  8. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi

Manfaat susu ibu kepada bayi

Nampak tak, mengapa susu ibu itu adalah yang terbaik untuk si kecil anda.