Bas Miri Ke Brunei Bandar Seri Begawan

Brunei merupakan salah sebuah negara kecil yang teletak di sebelah bahagian utara pulau Borneo.

Negara ini terkenal untuk pelbagai jenis tempat menarik seperti Kampung Ayer, Taman Rekreasi Tasek Lama, Istana Nurul Iman serta Pasar Malam Gadong.

Terdapat berbagai-bagai cara untuk pergi ke Brunei dari Miri, Sarawak. Selain naik perkhidmatan ferry untuk pengunjung dari Labuan salah satu cara yang sangat popular dalam kalangan penumpang ialah dengan menaiki bas.

Perjalanan menaiki bas bukan sahaja berpatutan, malah turut menjimatkan masa dan tenaga penumpang.

Kali ini nak share sedikit info seperti jadual perjalanan bas, harga tiket serta cara menempah tiket bagi perjalanan dari Miri ke Brunei.

Manalah tahu ada yang merancang perjalanan masuk ke Brunei dari Miri masa cuti-cuti ini nanti.

Syarikat Bas Yang Beroperasi

Terdapat dua jenis syarikat bas utama yang menawarkan perkhidmatan bas dari Miri ke Brunei, iaitu PHL Bus Express Service serta Bus Asia Biaramas.

Kedua-dua syarikat ini terkenal dalam menawarkan perkhidmatan bas bagi perjalanan di kawasan Kepulauan Borneo.

Bas syarikat ini turut terkenal untuk tahap perkhidmatan serta kemudahan yang baik dalam kalangan penumpang.

Jenis kemudahan ditawarkan boleh berbeza bergantung pada jenis bas yang dipilih.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Syarikat Bus Asia Biaramas ialah tempat letak kaki yang luas, Wi-Fi, penghawa dingin, bahagian pot mengecas telefon bimbit, tempat meletakkan bagasi serta botol air.

Jadual Perjalanan Bas

Jadual perjalanan bas ditawarkan bergantung pada syarikat dipilih. Bas pertama dan terakhir ditawarkan oleh syarikat Bus Asia Biaramas ialah pada pukul 8 pagi dan 3 petang.

Manakala, syarikat PHL Express Bus menyediakan servis bas pertama dan terakhir pada pukul 8.15 pagi dan 3.45 petang.

Jadual perjalanan bas boleh berubah bergantung pada syarikat ditawarkan.

Para penumpang dinasihatkan agar sentiasa menyemak jadual perjalanan bas di laman web tempahan tiket.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam anggaran 3 jam. Bagi pengetahuan anda, jumlah masa perjalanan boleh menjadi berpanjangan ketika musim perayaan di mana keadaan trafik jalan sangat teruk.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bagi perjalanan dari Miri ke Brunei bermula dari RM 50 per hala. Harga tiket ini boleh berubah bergantung pada musim perayaan, serta jenis perkhidmatan bas dipilih.

Harga tiket boleh menjadi mahal ketika musim perayaan.

Manakala, para penumpang boleh memperoleh harga tiket murah ketika musim promosi.

Cara Book Tiket Bas

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk membeli tiket bas, iaitu secara manual dari terminal bas, ataupun dengan menempah tiket di atas talian di laman web penempahan tiket bas.

Kaedah penempahan tiket secara online dianggap amat mudah, boleh dilakukan dari mana- mana sahaja serta sangat efisien.

Penumpang bukan sahaja boleh menjimatkan masa, malah turut boleh merancang perjalanan dengan memilih slot perjalanan, syarikat bas serta tempat duduk mengikut kesesuaian diri.

Antara laman web penempahan tiket yang boleh digunakan ialah https://m.redbus.my/

Di samping itu, para penumpang boleh membuat pembayaran terus atas talian setelah melakukan penempahan tiket.

Antara pilihan platform pembayaran disediakan ialah menggunakan kad kredit, Alipay, Googlepay, kad debit, perbankan online (melalui FPX) dan Applepay.

Penumpanag akan menerima notifikasi pembayaran berjaya ke alamat email yang diberikan, setelah melakukan pembayaran tiket. Tiket dalam bentuk pdf turut dihantar ke email anda.

Terminal Bas Miri

Terminal Bas Miri atau dikenali sebagai Terminal Bas Pujut, terletak 4 km dari bandar Miri.

Bas-bas dari terminal ini menawarkan servis bas ke kawasan bandar di seluruh negeri serta kawasan di Brunei.

Antara operator bas yang menyediakan servis bas dari Terminal ini ialah Biaramas, Suria Bas Ekspress, PHL Express serta Bintang Jaya Express.

Untuk yang nak masuk ke Brunei, anda boleh baca garis panduan ini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa immigration kerajaan Brunei.

Tentu sekali, anda perlukan dokumen penting seperti passport dan sebagainya sebelum melakukan perjalanan masuk ke Brunei.

Semoga sedikit info mengenai perkhidmatan bas ke Brunei dari Miri ini bermanfaat kepada anda. Kami mengucapkan semoga perjalanan anda selamat dan berjalan lancar.