Senarai Lokasi Pendaftaran MyBAS Konsesi Tambang Percuma Bas Berhenti-Henti

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun di 3 bandar ini iaitu Johor Bahru, Seremban dan Ipoh berpeluang untuk menikmati tambang percuma bas berhenti-henti.

Bermula 15 Ogos 2023 Kementerian Pengangkutan (MOT) menyediakan tambang percuma menerusi inisiatif ‘myBAS Konsesi’ untuk perkhidmatan bas berhenti-henti untuk golongan tersebut.

Golongan yang tersenarai kini boleh menarik nafas lega kerana ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.

Dalam kenyataannya, menteri MOT, Anthony Loke menjelaskan inisiatif menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) tersebut dilaksanakan di 3 bandar utama iaitu Seremban Johor Bahru dan Ipoh.

READ: Inisiatif Sukan Rahmah

Pendaftaran myBAS Konsesi tambang bas percuma

Kelayakan Pas Transit myBas Konsesi

Golongan berikut layak memohon untuk Pas Transit myBas Konsesi

  1. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari JKM
  2. Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
  3. Kanak-kanak dan pelajar berumur 7 – 17 tahun bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

Manakala kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah boleh menggunakan khidmatn myBAS Seremban, Ipoh dan Johor Bahru secara percuma tanpa perlu membuat permohonan atau pendaftaran.

Cara Memohon

Golongan yang layak seperti dalam senarai di atas bolelah membuat pendaftaran di kaunter perkhidmatan myBAS.

Sila bawa dokumen pengenalan diri iaitu MyKAD, MyKID atau MyTentera.

Berikut ialah lokasi pendaftaran yang boleh anda kunjungi untuk membuat pendaftaran.

Seremban

  • Stesen Bas Bahau
  • Terminal Bas Tampin
  • Nilai Sentral
  • Terminal Bas Port Dickson
  • Terminal 1 Seremban

Ipoh

  • Stesen Bas Medan Kid

Johor Bahru

  • KSL City Mall
  • TF Value Mart (Nusa Bestari)
  • Terminal Bas Gelang Patah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  • Terminal Bas Kulai
  • JB CIQ

Apakah Itu SBST

SBST atau Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan untun menaiktaraf perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama menghubungkan kawasan luar bandar supaya lebih cekap.

Jenama perkhidmatan myBAS kini terdapat di Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dipertanggungjawapkan memantau pelaksanaa program SBST.

Untuk maklumat lanjut mengenai myBAS Konsesi ini anda juga boleh layari laman website rasmi Ministry of Transport Malaysia.