Nombor Plat Istimewa Kenderaan (M_M) JPJ Malaysia Bidaan Dibuka Khamis Ini

Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) olej JPJ Malaysia akan dibuka Khamis ini sempena Hari Kebangsaan Tahun 2023 yang Ke-66.

Demikian seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Sistem bidaan dilakukan menerusi sistem JPJeBid kepada orang ramai.

Jika anda berminat boleh layari portal tersebut untuk membuat bidaan.

Baru-baru ini kementerian pengangkutan ada membuat kenyataan media berkenaan bidaan Nombor Plat Istimewa (NPI) ini.

NPI dengan prefiks M (hadapan) dan Sufiks M (belakang) iaiti M-M bermaksud Malaysia Merdeka.

READ: Maksud Warna Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Sila baca kenyatan akhbar di bawah untuk rujukan anda.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)

Nombor Plat Istimewa (NPI) M_M

Dalam kenyataan akhbar ini ada disertakan semua maklumat dan harga bidaan NPI untuk panduan anda.

Kebanyakan akhbar di Malaysia juga ada menyiarkan perkara ini melalui surat khabar masing-masing.

Bidaan akan dibuka bermula 31 Ogos 2023 (Khamis) hingga 4 September 2023 (Isnin)

Bidaan ini dibuka dalam 4 kategori iaitu

  • Nombor Bernilai Utama (Golden) – RM 20,000
  • Nombor Menarik (Attractive) – RM 3,000
  • Nombor Popular (Popular) – RM 800
  • Nombor Biasa (Running) – RM300

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi

Pertanyaan Media
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Unit Komunikasi Korporat
Tel 1800-88-7723
Faks +603 8892 0208
E-mail aduan@mot.gov.my

Jika anda ada masa boleh baca siaran akhbar Sinar Harian di bawah.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menawarkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) prefiks M (hadapan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bidaan tersebut boleh dilakukan menerusi sistem JPJeBid kepada orang awam.

“Tarikh bidaan dibuka mulai 12.01 pagi Khamis dan ditutup 4 September,” katanya menerusi sidang akhbar pada Selasa.

Menurutnya, keputusan bidaan boleh disemak pada 5 September.

“Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid,” katanya.

Ujar beliau, harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan.

“Bagi kategori Nombor Bernilai Utama harga minimun bidaan adalah RM20,000, RM3,000 bagi nombor menarik dan RM800 (nombor popular) serta RM300 (nombor biasa),” jelasnya.

Tambah Anthony, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Orang awam dialu-alukan untuk menyertai bidaan NPI sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 ke-66,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Kepada yang berminat ini peluang anda untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan kegemaran anda.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66.