Peluang Kerjaya Graduan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang

Peluang Kerjaya Graduan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang. Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang diperkenalkan di Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri keselamatan.

Selain itu, kursus ini telah pun diiktiraf oleh Agensi Kelyakan Malaysia (MQA). Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai kerjaya luas yang boleh diceburi oleh graduan diploma penguatkuasaan undang-undang di sektor kerajaan.

Informasi ringkas ini ialah sambungan kepada artikel kami terdahulu mengenai syarat kelayakan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang.

Biasanya pelajar bila ambil kursus ini sudah berangan-angan untuk bidang kerja seperti yang tersenarai di bawah.

  1. Polis

Graduan diploma ini boleh memohon menjadi sarjan polis YA5 di bawah jabatan PDRM.

Antara kelayakan lain yang perlu dipenuhi ialah perlu lulus dalam ujian fizikal dan ujian penglihatan.

Ujian fizikal merangkumi tinggi, berat badan dan ujian- ujian fizikal lain untuk menguji tahap kesihatan calon.

Ujian penglihatan akan diuji dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan sebarang cermin mata atau kanta lekap.

Jawatan ini boleh dimohon melalui laman web SPA di www.spa.gov.my.

Calon- calon yang disenarai pendek untuk Ujian Fizikal dan Temu Duga boleh menyemak dalam Sistem Semakan Online (SSO) PDRM.

Calon yang terpilih akan menjalani latihan di PULAPOL Kuala Lumpur selama satu tahun. Gaji yang ditawarkan ialah dalam julat RM1,930.00- RM5,801.00 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM 150.

2. Imigresen

Graduan turut boleh menceburi kerjaya di bawah jabatan imigresen dengan memohon jawatan penolong penguasa imigresen Gred KP29.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian juga di laman web SPA.

Para pemohon dikehendaki lulus dalam ujian khas sebelum melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Antara tugas bagi pegawai imigresen ialah bertanggungjawab dalam aspek penguatkuasaan, operasi, pencegahan dan keselamatan negara.

Gaji permulaan yang ditawarkan ialah RM 1,770.95 dan gaji maksimum ialah RM5,696.00. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 145.

3. Kastam

Para graduan turut boleh memohon menjadi penolong penguasa Kastam Gred WK29 di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Antara deskripsi tugas untuk jawatan ini ialah membantu dalam tugas penjenisan barang barang dan taksiran harga barang- barang bagi tujuan pungutan duti, mengurus permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jalan dan lain- lain lagi.

Calon boleh memohon untuk jawatan ini di portal SPA dan perlu lulus dalam ujian khas diberikan.

Gaji permulaan ditawarkan ialah sebanyak RM1,776.08 dan gaji maksimum ialah RM5,678.00. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM145.00.

4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Selain itu, graduan turut layak memohon jawatan Penolong pegawai penguatkuasa Gred KP29 di bawah bawah pelbagai kementerian seperti kementerian dalam negeri, kementerian pengangkutan, kementerian pedagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta kementerian pertanian.

Calon boleh membuat permohonan di portal SPA dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian fizikal dan pancaindera sebelum melayakkan diri ke temu duga.

Gaji minimum ditawarkan ialah bermula dari RM1,846.15 manakala, gaji maksimum diperuntukkan ialah RM5,696.00. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 145.

5. Penolong Penguasa Bomba

Graduan boleh menjadi penolong penguasa bomba gred KB29 di bawah jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Diploma penguatkuasaan undang-undang.

Antara tugas- tugas yang perlu dilakukan ialah mengawalselia perngurusan operasi jagaan balai, mengurus pengurusan personel di balai bomba serta mengurus aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di kawasan jagaan balai.

Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah RM1,814.00 dan gaji maksimum ialah RM5,700.00. Kadar kenaikan gaji setiap tahun ialah sebanyak RM145.00.

Permohonan boleh dikemukakan juga secara online di portal SPA.

Selain peluang kerja dengan kerajaan, graduan dalam bidang ini juga boleh atau berpeluang untuk kerja di sektor swasta seperti syarikat pengawal keselamatan dan pelbagai seperti kakitangan penguatkuasaan Majlis atau dewan bandaraya, Tenaga Nasional, Telekom dan banyak lagi.

Yang pastinya kursus ini memang menjanjikan ada peluang kerjaya graduan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang. Janganlah memilih pekerjaan selepas graduate atau tamat pengajian. Cara pengalaman kerja dulu.