Peluang Pekerjaan Diploma Kejuruteraan Elektrik Terokai Potensi Kerjaya Masa Depan Anda

Senarai peluang pekerjaan graduan diploma kejuruteraan elektrik

Apa itu kejuruteraan elektrik?

Untuk pengetahuan anda, jurutera elektrik lah yang membangun dan menguji produk dan sistem elektronik untuk pelbagai projek, daripada skala kecil seperti peranti isi rumah anda sehinggalah kepada skala besar contohnya sistem jana kuasa elektrik.

Diploma dalam kejuruteraan elektrik seronok tau walaupun mungkin agak mencabar. Jika anda mengambil bidang pengajian ini, anda akan berkebolehan dan cekap dalam memasang, menguji, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis pemasangan elektrik dan elektronik.

Seronoknya mahir buat benda ni!

READ: Syarat Kemasukan UTHM Lepasan Diploma Pelajar Malaysia

Dengan kemahiran, ilmu pengetahuan dan sijil diploma yang dimiliki  terdapat pelbagai bidang kerjaya berkaitan kejuruteraan elektrik yang sesuai untuk anda.

Berikut adalah beberapa peluang kerjaya bagi graduan diploma kejuruteraan elektrik:

  1. Jurutera Elektrik

Dengan kemahiran dan pengetahuan yag dimiliki, jurutera elektrik bertanggungjawab untuk merancang, mengendalikan, dan memantau sistem elektrik dan elektronik.

Peluang pekerjaan sangat luas kerana boleh bekerja di pelbagai sektro seperti pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, dan sebagainya.

2. Jurutera Mekanikal (Automasi)

Jurutera Mekanikal automasi berperanan dalam mengkaji dan mengendalikan proses automasi dan robotik dalam industri perkilangan.

Anda pasti tahukan penggunaan sistem elektrik dan elektronik, sistem automasi dan sistem robotik digunakan secara meluas dalam industri proses dan pembuatan.

Jadi, jurutera automasi inilah yang bertanggungjawab memastikan penggunaan sistem automasi seperti robot, PLC, dan SCADA berjalan lancar dan mematuhi peraturan keselamatan yan ditetapkan.

3. Jurutera Tenaga

Kerjaya sebagai jurutera kuasa sangat penting untuk memastikan kehidupan masyarakat berjalan.

Tanpa seorang jurutera tenaga, kita tidak akan dapat menghidupkan tenaga elektrik di rumah dan pejabat kita.

Jurutera tenaga terlibat dalam pembangunan, operasi, dan penyelenggaraan sumber tenaga seperti pembangkitan elektrik, loji biogas, dan loji kuasa.

4. Jurutera Perisian Elektronik

Jurutera perisian elektronik ialah mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk mengkaji, membaiki, dan mengembangkan perisian dalam peralatan elektronik anda.

Peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, televisyen, peranti perubatan, dan sebagainya ini akan mengalami kerosakan dibahagian tertentunya dan perlu dibaiki dengan kadar segera oleh mereka.

5. Penyelidik dan Pembangunan

Anda berpeluang menjadi penyelidik dan pembangun di mana-mana universiti, institut penyelidikan, dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembangunan teknologi baru dalam bidang kejuruteraan elektrik.

6. Penyelenggara dan Perkhidmatan

Segala industri yang wujud dalam negara ini rata-rata menggunakan sistem elektrik dan elektronik untuk menggerakkan perniagaan.

Jurutera elektrik boleh membuat perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan sistem elektrik dan elektronik di industri-industri yang sedia ada.

7. Pengurus Projek

Jurutera elektrik boleh berperanan dalam menguruskan projek elektrik komersial yang besar untuk suatu organisasi.

Mereka bertangungjawab dalam mengurus kakitangan, mengagihkan tugas kepada ahli pasukan, memantau sumber, dan menyelia skop penuh projek pembinaan dan penyelenggaraan elektrik.

Kesimpluannya, bidang kerjaya bagi graduan diploma kejuruteraan elektrik sangat luas dan pelbagai!

Jika anda seorang yang realistik dan lebih kepada kemahiran teknikal, bidang diploma ini memang sesuai untuk anda kerana memang memerlukan tahap kemahiran yang tinggi untuk bekerja.

Jadi kepada para graduan yang sedang memilih kerjaya masing-masing, semoga anda menemukan pekerjaan yang sesuai dengan anda dan sentiasa maju jaya!