Pendaftaran Tingkatan 1 Secara Online Sesi Kemasukan Tahun Depan
Pendaftaran Tingkatan 1 sesi persekolahan tahun depan secara online. Mungkin ramai yang mencari maklumat mengenai kemasukan Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan tahun depan.
Mesti sekarang nie semua sibuk fikir nak daftar anak ke Tingkatan 1. Buat ibubapa yang pertama kali berurusan sudah tentu ada perasaan teruja.
Bila daftar tingkatan 1 2024? Soalan ini ramai tanya, tentulah dah nak dekat hujung tahun.
Untuk pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus anda boleh rujuk gambar di bawah.
Senarai jenis sekolah khusus di Malaysia.
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Para pelajar Tahun 6 ketika ini, tentu ramai merancang untuk sambung pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Siapa yang tidak teringin ke SBP atau MRSM, tentu ramai.
Jika pencapaian anda baik tentu berpeluang untuk memohon ke SBP atau MRSM.
Untuk permohonan ke SBP boleh rujuk info ini di sini untuk penjelasan lebih terperinci.
Dari masa ke semasa kita akan kemaskini page ini apabila ada perkembangan terkini atau pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sila ambil perhatian kepada link-link penting SBP dan MRSM.
Kami kongsikan link tersebut untuk memudahkan anda melayari laman-laman portal yang penting.
Pendaftaran Tingkatan 1 SBP Dan MRSM
Tentu ramai yang berhasrat untuk memasuki SBP dan MRSM bukan? Tentu bangga jika boleh sambung pengajian di sana.
Bukan senang untuk mendapat tempat kerana bukan sahaja memerlukan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga keterlibatan dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum semasa anda berada di sekolah rendah.
Sebab itu pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum juga untuk melengkapkan diri dalam aspek kemahiran lain dan kepimpinan.
Jika anda ingin mendaftar kemasukan ke Tingkatan 1 SBP atau MRSM sila rujuk link-link yang ada di bawah sebagai panduan anda.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Jangan risau, sekarang ini hampir semua urusan boleh dilakukan secara online. Begitu juga untuk pendaftaran ke SBP.
Permohonan ke SBP boleh anda buat secara online. Di bawah ada artikel yang boleh anda baca untuk informasi mengenainya.
Untuk pelajar yang berminat membuat permohonan SBP Tingkatan 1, anda boleh rujuk artikel ini di sini.
Ianya memberikan panduan dan penerangan di mana dan cara membuat permohonan kemasukan ke SBP.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Untuk pelajar yang berminat untuk sambung pengajian ke MRSM selepas Tahun 6 UPSR anda boleh baca informasi melalui link yang diberikan di bawah.
Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan MRSM Tingkatan 1 pula boleh rujuk artikel ini di sini.
Ianya memberi panduan cara memohon kemasukan ke institut tersebut dengan terperinci terutama syarat-syarat kemasukan dan cara memohon.
Semoga ianya boleh membantu anda sedikit sebanyak.
Tawaran Biasiswa
Pernah dengar mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)? Biasiswa ini untuk pelajar sekolah menengah yang layak dan memerlukan.
Tidak salah untuk anda membaca informasi dan cuba memohon. Mungkin biasiswa itu reziki anda semasa di sekolah menengah nanti.
Pelajar yang berminat untuk memohon bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) boleh memohon di sini.
Untuk memohon biasiswa BKP ini bolehlah selalu berhubung dengan pihak sekolah anda.
Mereka tentu mempunyai maklumat atau akan dimaklumkan oleh KPM bila permohonan untuk biasiswa tersebut telah dibuka.
Semoga perkongsian sedikit informasi mengenai cara buat pendaftaran Tingkatan 1 online untuk sesi persekolahan tahun depan ini bermanfaat kepada anda.
Jika tidak dapat masuk ke MRSM atau SBP pun janganlah risau, perjalanan pendidikan anda ke peringkat seterusnya tidak semestinya kena ke situ. Yang paling penting ialah kebijaksanaan merebut dan menggunakan peluang yang ada.