Pinjaman Pelajaran Negeri Kedah Permohonan Online

Pinjaman Pelajaran Negeri Kedah syarat kelayakan dan permohonan online. Jika anda adalah warga atau anak Kedah, belum mendapat sebarang tajaan pendidikan, skim pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Kedah ini boleh anda pohon.

Sebelum ini kami ada buat perkongsian peluang biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) yang menerima sambutan amat baik dari para pembaca.

Kali ini sedikit informasi umum mengenai pinjaman pendidikan dari negeri Kedah ini diharap bermanfaat kepada anda.

Bukan senang untuk mendapat tajaan pendidikan, ini salah satu alternatif terbaik untuk pelajar.

Syarat Permohonan

Sebelum memohon elok jika anda ambil sedikit masa meneliti syarat-syarat untuk memohon pinjaman pendidikan tersebut.

Antaranya adalah seperti di bawah. Anda juga boleh baca terus dari website rasmi kerajaan negeri Kedah.

  • Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman atau salah seorang daripada
  • Ibu/Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman
  • Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.
  • Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.
  • Tidak menerima Pinjaman Pelajaran/Biasiswa/Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ringkas di atas anda bolehlah teruskan untuk menghantar permohonan secara online.

Permohonan boleh dibuat di laman website rasmi yang disediakan.

LINK: https://eservices.kedah.gov.my/

Untuk memohon, anda perlu mendaftar akaun pengguna untuk dapatkan login ID dan juga Password (kata laluan).

Rujuk gambar di bawah.

Permohonan pinjaman pelajaran Yayasan Kedah secara online

Permohonan baru biasanya akan dibuka pada bulan Ogos / September setiap tahun.

Selain syarat-syarat permohonan berberapa informasi penting di bawah juga perlu anda teliti.

Untuk memastikan pinjaman pelajaran tersebut sesuai dengan anda atau sebaliknya.

Kadar Pinjaman & Senarai IPT

Berikut ialah kadar atau jumlah pinjaman yang ditawarkan.

A. SIJIL RM2,500.00 SETAHUN
B. DIPLOMA RM4000.00 SETAHUN
C. IJAZAH RM6,500.00 SETAHU

Senarai IPTA / IPTS yang layak atau tersenarai boleh memohon pinjaman pelajaran ini.

  • Ijazah Pertama/Diploma di Semua Universiti Awam Tempatan
  • Ijazah Pertama/Diploma di Institut Pengajian Tinggi seperti di bawah:- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah (UniSHAMS), Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute, Universiti Selangor (UNISEL) dan Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
  • Sijil/Diploma di Politeknik Seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti Cawangan Negeri Kedah Darul Aman sahaja.

Jika IPT tempat anda belajar tidak tersenarai, anda boleh menghubungi pihak penaja untuk tanya.

Sebenarnya jika anda rajin mencari maklumat ada begitu banyak peluang scholarships dari pihak lain.

Kami ada himpunkan senarai biasiswa lepasan SPM yang ada di Malaysia. Baca dan jika berkenaan boleh cuba memohon mana-mana scholarship tersebut.

Diharapkan sedikit informasi mengenai permohonan dan syarat kelayakan pinjaman pelajaran negeri Kedah ini bermanfaat kepada anda. All the best!