Plusliner Seremban Contact Number & Check Trip

Plusliner Express Seremban contact number dan cara check trip bas secara online. Baru-baru ini sudah keluar pengumuman yang kita sudah dibenarkan rentas negeri. Tentu ramai yang hendak travel ke sana ke sini.

Salah satu syarikat bas express yang biasa kita guna di Seremban ialah Plusliner Express. Bas ini agak popular.

Lagipun senang untuk beli tiket bas dan check trip sekarang ini.

Kalau dari Seremban biasanya bas ini bertolak dari Terminal One (1) Seremban. Bas ini pun memiliki 2 kaunter perkhidmatan di Seremban.

Baru-baru ini ada gunakan perkhidmatan mereka. Sebenarnya ada 2 cara untuk beli tiket Pluslines Express.

Cara pertama berhubung dengan kaunter tiket syarikat bas tersebut.

Plusliner Express Seremban Contact Number

Untuk berhubung dengan Plusline Express boleh gunakan maklumat perhubungan mereka di bawah. Kedua-duanya boleh, kami hari tu guna maklumat contact number yang pertama.

Kaunternya terletak di Terminal 1.

Terminal One (1)
Mega Syuhada Sdn Bhd
No. 14, Terminal One Seremban
Jalan Sg. Ujong Seremban
Negeri Sembilan

Terminal Two (2)
Mega Syuhada Sdn Bhd
Kaunter E1, Era Square, Jalan Square 4
Terminal 2, 70400 Seremban
Negeri Sembilan

Customer Support Only Mon-Fri, 7am- 7pm
+6017-379 1143 / +6017-379 1145

Jarak Terminal 1 dan Terminal 2 nie sebenarnya tidak jauh. Kalau jalan kaki habis dalam sekitar 12 minit sahaja.

Jika takut penat atau cuaca panas, mungkin naik teksi atau grab lebih baik jika ada keperluan untuk bergerak antara kedua-dua terminal bas tersebut.

Check Trip & Tiket Bas Plusliner Online

Kalau hendak lebih mudah penumpang yang berminat untuk guna syarikat bas tersebut boleh gunakan sistem check trip dan tempahan tiket bas secara online.

Syarikat bas ini ada menyediakan kemudahan website untuk memudahkan beli tiket bas secara online.

Link: www.plusliner.com.my

Anda boleh gunakan link di atas untuk check trip atau book tiket bas Plusliner secara online.

Bagaimana jika anda mahukan lebih banyak pilihan untuk perjalanan yang sama? Anda boleh gunakan portal atau applikasi online dari easybook.com

Easybook.com

Portal ini menyediakan himpunan atau senarai semua bas express untuk route (laluan) yang sama.

Contohnya jika anda bercadang untuk ke KL dari Seremban, applikasi ini akan menyenaraikan semua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan tersebut, termasuk informasi jadual bas dan harga tiket.

Link: Easybook.com

Semua informasi tersebut akan dapat anda lihat dalam satu paparan sahaja.

Anda boleh buat pilihan dan perbandingan masa perjalanan dan harga tiket bas yang sesuai dengan anda. Ianya seperti anda berada di terminal bas di mana anda dikelilingi banyak kaunter tiket bas.

Dan Plusliner Express juga tersenarai dalam paparan tersebut di portal tersebut.

Semoga sedikit informasi umum mengenai Plusliner Seremban contact number dan cara check trip bas secara online ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.