Pos Motor J&T Express Penghantaran & Semakan Status

Pos motor J&T Express courier services merupakan sebuah syarikat penghantaran ekspres yang berasal dari Indonesia beroperasi di berberapa negara seperti Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini dianggap sangat cepat, mudah dan murah serta mengaplikasikan teknologi canggih.

KEMASKINI: SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA J&T EKSPRESS TIDAK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MOTOSIKAL BUAT MASA INI. SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK MEREKA. TERIMA KASIH.

Sebelum ini kami ada menulis mengenai panduan pos motor guna bas express dan juga KTM. Anda boleh membacanya jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Baiklah, berbalik kepada syarikat courier services ini, syarikat J&T Express menjalankan servis penghantaran barangan ke Seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Malah, kos penghantaran barangan melalui kurier syarikat ini ke Sabah dan Sarawak jauh lebih murah dan berpatutan daripada syarikat lain. Sebab itulah popularity mereka berkembang dengan begitu cepat sekali biarpun boleh dikatakan masih baru di Malaysia.

Kelebihan Pos Motor Guna J&T Express

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan perkhidmatan J& T express untuk penghantaran motor ke destinasi tertentu. Berikut merupakan antara senarai kelebihan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini:

  • J &T Express beroperasi sepanjang tahun. Jadi, pelanggan boleh berpeluang untuk menghantar barang ketika cuti umum dan hujung minggu.
  • Menawarkan perkhidmatan “pick up” service untuk memudahkan pelanggan. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa malah turut memudakan pelanggan. Pelanggan tidak perlu lagi pergi ke perjabat untuk menghantar barang.
  • Mempunyai perkhidmatan insurans untuk barangan dipos. Syarikat ini menyediakan 1% insurans daripada harga barang untuk menjamin keselamatan barangan pelanggan.
  • Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan premium dengan harga yang sama.
  • Menggunakan sistem semakan Status Parcel yang terbaik dan cekap.
  • Menggunakan real time tracking system dan pelanggan boleh mengetahui status penghantaran melalui SMS.
  • Perkhidmatan meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Memiliki aplikasi mesra pengguna serta laman web yang canggih. Pelanggan boleh memohon servis “pick up” dan mengetahui info seperti kadar penghantaran dalam aplikasi ini sahaja.
  • Talian Hotline Perkhidmatan pelanggan 24 jam
  • Menyediakan perkhidmatan bersepadu pelbagai platform untuk pelanggan VIP.

Jenis perkhidmatan ditawarkan

Terdapat dua jenis perkhidmatan kurier disediakan oleh syarikat J&T Express. Antaranya ialah perkhidmatan penghantaran domestik yang dilakukan dalam negara serta penghantaran antarabangsa.

Info Penting Penghantaran Motorsikal

Berikut merupakan beberapa info penting yang perlu diambil tahu oleh pelanggan ketika mengepos motorsikal ke destinasi dipilih.

  • Motorsikal perlu dibungkus dengan kemas.
  • Pastikan tangki minyak tidak penuh untuk mengelakkan sebarang musibah berlaku ketika dalam proses penghantaran.
  • Pengirim tidak perlu meletakkan kunci bersama motor.
  • Pengirim perlu membawa geran motor serta IC semasa menghantar motor ke kaunter.
  • Pengirim dinasihatkan untuk menanggalkan cermin sisi serta nombor plat sebelum menghantar motor ke kaunter.

Walau bagaimanapun jika ingin berurusan untuk penghantaran motor ada baiknya berhubung terus dengan pusat penghantaran J&T Express terdekat untuk info terkini.

Panduan Penghantaran Motor

Pelanggan boleh pergi ke pejabat syarikat J&T Express yang berdekatan untuk membuat urusan penghantaran motor. Biasanya urusannya amat mudah. Pengirim hanya perlu memberikan maklumat pengirim dan penerima kepada staf bertugas di kaunter dan mereka akan memasukkan info tersebut ke dalam sistem.

Kemudian, pelanggan akan mendapat satu resit yang mempunyai tracking number atau airway bill. Nombor ini boleh digunakan untuk menyemak penghantaran di laman web syarikat ini. Selain cara manual, pengguna turut boleh menggunakan kaedah “pick up service”.

Menerusi cara ini, penumpang tidak perlu pergi berurusan di pejabat. Urusan boleh dilakukan di laman web syarikat atau di aplikasi j&T Express.

Semakan Status Penghantaran Motor

Terdapat dua cara boleh digunakan untuk menyemak status penghantaran. Kaedah pertama ialah secara manual di mana pengirim perlu pergi ke kaunter pejabat syarikat untuk mengetahui status penghantaran. Kaedah ini agar memenatkan dan mengambil masa.

Kaedah kedua ialah dengan menggunakan aplikasi atau laman web syarikat ini. Pengguna boleh melayari laman web J&T Express untuk mengakses J&T Express TRACE & TRACK.

Pengguna dikehendaki untuk memasukkan nombor tracking (airwaybill) pada ruang disediakkan. Antara maklumat yang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah ini ialah, tarikh barang (motor) mula dihantar, proses penghantaran serta status kedudukan barang.

Selain itu, kini pelanggan boleh muat turun aplikasi J&T Express di telefon bimbit untuk memudahkan proses penyemakan.

Dengan cara ini, penumpang tidak perlu lagi pergi ke kaunter semata- mata untuk mengetahui status penghantaran motor mereka. Kaedah ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana- mana sahaja.

Kadar Harga

Kadar harga penghantaran motor bergantung pada berat motor serta negeri atau destinasi ingin dihantar.

Biasanya syarikat ini menerima pelbagai kaedah pembayaran tanpa bayaran tambahan serta menawarkan caj yang paling rendah dan berpatutan untuk pelanggan.

Untuk yang berminat anda boleh menyemak kadar harga pos dengan memasukkan maklumat seperti poskod destinasi pengirim, poskod destinasi penerima, berat serta dimensi motor di bahagian kadar penghantaran di laman web syarikat J& T Express.

Anda turut boleh menghubungi customer service syarikat ini untuk maklumat lanjut.

Masa Penghantaran

Masa penghnataran motor pelanggan bergantung pada jenis destinasi dipilih. Biasanya, anggaran masa diambil untuk motor sampai ke destinasi dipilih ialah dalam masa 2 hingga 5 hari.

Maklumat Perhubungan

Jika anda perlu berhubung dengan pihak J&T Express bolehlah gunakan maklumat perhubungan di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Pelanggan turut boleh membuat aduan dengan menghubungi nombor di bawah atau dengan menghantar aduan kepada emel diberikan.

Nombor: 300-80-9000/ 03-9212 9660
Email: support@jtexpress.my
Laman web: jtexpress.my

Semoga sedikit informasi mengenai panduan pos motor J&T Express ini bermanfaat kepada kita. Sekarang ini ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk tujuan tersebut.