Program MyPSV – Ambil Lesen Kelas E dan Lesen PSV Percuma

Pandemik Covid-19 yang menular bermula tahun 2019 telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan kerana terpaksa berhenti bekerja dan ramai juga yang diberhentikan oleh majikan.

Program bantuan kerajaan MyPSV

READ: Cara Memohon Pas Bulanan My50 Insentif Kerajaan Untuk Rakyat

Oleh itu, insentif Program MyPSV ini diberikan keutamaan untuk golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 supaya boleh mendapatkan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi atau PSV Bas BTM > 7,500kg.

Kerajaan mengharapkan agar bantuan ini dapat membuka peluang kepada golongan B40 untuk meningkatkan taraf sosioekonomi serta pendapatan isi rumah mereka melalui sektor perkhidmatan kenderaan awam dan pelancongan.

Rakyat tidak perlu membayar kos untuk mendaptkan lesen yang dinyatakan kerana pihak Kerajaan akan menganggung kos tersebut sepenuhnya termasuklah kos ujian dan latihan.

Kuota Permohonan
Pihak kerajaan membuka kuota untuk 4,000 orang perserta sahaja iaitu:

  • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 orang
  • PSV Bas (BTM>7,500 kg) – 500 orang

Syarat dan Cara Memohon MyPSV

  1. Keutamaan diberikan kepada kumpulan B40.
  2. Anda mestilah seorang Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas semasa membuat permohonan.
  3. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Google Form. Anda mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/Teksi.
  4.  Anda mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  5. Anda tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi mKewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel. Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal. Rayuan pula tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal.
  7. Sekiranya berjaya menyertai Program MyPSV ini, anda perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan
    perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A).
  8. Anda perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Anda hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Anda diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Berikut adalah alamat yang anda boleh hubungi sekiranya terdapat kemusykilan tentang Program MyPSV:

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci dan terkini boleh layari laman website rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) atau hubungi mereka di talian No. Telefon 03-8892 8714 / 03-8892 8693

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program MyPSV tahun 2023 ini, anda bolehlah mengisi borang penyertaan di Google Form yang dinyatakan di atas.

Anda masih berpeluang untuk menyertainya selagi kuota penyertaan masih tersedia. All the best!