Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) UPM Program Master, Ijazah Sarjana Muda & Diploma

Adakah anda pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi tetapi risau mengenai jadual padat serta meninggalkan komitmen?

Jangan risau kerana kini terdapat beberapa universiti yang telahpun menawarkan program fleksibel dikenali sebagai Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Pendaftaran program Pendidikan Jarak Jauh Universiti Putra Malaysian (UPM)

READ: Tawaran Biasiswa Astro Scholarship Untuk Pelajar Malaysia

Program ini semakin menjadi pilihan utama bagi ramai individu yang ingin mengejar pendidikan tinggi tanpa perlu mengorbankan komitmen lain dalam kehidupan seharian.

Salah satu universiti popular yang menawarkan program ini ialah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebenarnya, program pengajian ini bantu membuka pelbagai peluang pendidikan kepada individu-individu daripada pelbagai latar belakang serta  lokasi geografi  berbeza.

UPMet
Sumber: UPM

Peringkat pengajian ditawarkan

Pelbagai jenis program pengajian jarak jauh disediakan untuk memenuhi keperluan para pelajar di UPM.

Terdapat tiga peringkat pengajian yang boleh dipilih iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Bacelor) serta Ijazah Sarjana (Master).

Berikut merupakan senarai kursus-kursus ditawarkan bagi peringkat PJJ bagi ketiga-tiga peringkat pengajian.

A. Program Master

  • Master Pembangunan Sumber Manusia
  • Master Pendidikan Bahasa Melayu
  • Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan
  • Master Bahasa Melayu
  • Master Komunikasi Korporat

B. Program Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komunikasi dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa & Linguistik Melayu dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris dengan kepujian

C. Program Diploma

  • Diploma Pembangunan Manusia

Kaedah Pengajian dan Pembelajaran

Kaedah pengajian dan pembelajaran yang digunakan dalam program PJJ di UPM memberikan tumpuan utama kepada beberapa aspek penting.

Ini termasuk kerja kursus, platform Sistem Putra ODL (Putra Online Distance Learning), serta perjumpaan bersemuka yang hanya dijalankan sebanyak 2-3 kali bagi setiap semester.

Selain itu, sesi kuliah diadakan hanya pada hujung minggu sahaja (Sabtu dan Ahad) bagi menjadikan pengalaman pembelajaran lebih fleksibel bagi individu bekerja pada hari minggu.

Yuran Pengajian

Yuran pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda di UPM bermula daripada RM2,620 per semester bagi kesemua enam program yang tersedia kecuali program Bacelor Sains Perhutanan, di mana yuran setiap semester ditawarkan sebanyak RM2,295.

Selain itu, tempoh pengajian bagi peringkat Bacelor adalah sekitar 4.5 tahun bagi semua program kecuali Bacelor Sains Perhutanan selama 4 tahun.

Manakala, bagi program Diploma, yuran pengajian ditawarkan adalah sebanyak RM2,260 setiap semester, bagi  tempoh pengajian selama tiga tahun.

Di samping itu, untuk program peringkat Master, yuran pengajian ditetapkan pada kadar RM4,100 per semester, dengan tempoh pengajian selama dua tahun.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah yuran bagi program pilihan, anda dinasihatkan untuk mengunjungi portal rasmi UPM di bawah ini.

Cara Permohonan

Permohonan bagi program pengajian jarak jauh boleh dilakukan secara atas talian menggunakan link berikut: Portal UPM PJJ

Sila pastikan anda klik pada bahagian “Mohon Sekarang” di laman web tersebut untuk memulakan proses permohonan dan lengkapkan segala butiran permohonan seperti yang diperlukan.

Anda turut boleh mendapatkan maklumat lanjut bagi syarat kelayakan, jumlah yuran pengajian serta panduan lain bagi program pilihan anda di portal UPM diberikan.

Maklumat perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, anda boleh menghubungi maklumat perhubungan seperti berikut:

Email: upmet@upmholdings.com.my
Nombor: +603.8959.3406 / 3407 / 3408

Alamat: UPM Education & Training Sdn. Bhd. Block D, UPM-MTDC Technology Center, 43400 Seri Kembangan, Selangor.

Program ini sesuai untuk mereka yang sedang bekerja dan tidak memilik masa untuk program pengajian sepenuh masa.