Cara Memohon & Syarat Biasiswa Astro Scholarship Untuk Pelajar Malaysia

Berita baik! Pihak Astro sekali lagi menawarkan biasiswa tahun ini untuk pelajar Malaysia yang layak dan memerlukan.

Jika anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan mengikuti kursus seperti yang tersenarai untuk diberi keutamaan untuk tajaan, anda boleh cuba memohon.

Yang best Astro scholarship nie ialah anda akan ditawarkan pekerjaan (job opportunity) dengan pihak Astro sebaik menamatkan pengajian anda.

READ:Tawaran Biasiswa Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

Tawaran biasiswa Astro

Di bawah ada sedikit maklumat ringkas mengenai biasiswa ini. Anda boleh membaca maklumat lebih terperinci di website rasmi Astro.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat-syarat umum yang perlu untuk memohon biasiswa Astro scholarship nie.

  • Seorang pemegang IC Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Min 3A untuk STPM / A-Levels atau min CGPA 3.3 untuk Matrikulasi / Asasi/Diploma
  • Jumlah pendapatan isi rumah gabungan bulanan sebanyak RM4,850 dan ke bawah
  • Kualiti kepimpinan yang kukuh melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, khidmat masyarakat dan/atau acara sukan
  • Bersedia berkhidmat dengan Kumpulan Astro untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
  • Tidak terikat dengan syarikat lain atau menerima biasiswa lain
  • Memulakan atau sedang menjalani program ijazah pertama sepenuh masa

Senarai Kursus Yang Diberi Keutamaan

Ini ialah senarai kursus / pengajian yang diberi keutamaan untuk tajaan scholarship nie.

  • IT / Computer Science/ Software Engineering / Cloud Architecture
  • Data Science / Mathematical Science
  • Cybersecurity
  • Finance / Accounting / Economics
  • Marketing / Marketing Communication / Communication Media Studies
  • Business Studies / Business Administration
  • Art and Design
  • Journalism / Broadcasting
  • Mass Communication / Public Relation
  • Human Resource

Jumlah Tajaan Biasiswa

Jika berjaya dapat scholarship ini anda berpeluang mendapat tajaan seperti di bawah.

  • Jumlah biasiswa tidak melebihi RM40,000 setahun, untuk program ijazah 3 tahun
  • Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup, dan bahan pengajian.
  • Peluang latihan dalam Kumpulan Astro
  • Pekerjaan di Astro selepas tamat pengajian

Proses Permohonan

Semua pemohon akan melalui proses memohon seperti dalam gambar ilustrasi di bawah. Rujuk dengan teliti agar anda lebih faham.

cara dan proses permohonan biasiswa Astro
Sumber: Astro

Pemohon yang berminat dan layak boleh memohon secara online di portal yang disediakan oleh pihak Astro

Hantar permohonan anda di Apply Astro Scholarship.

Anda juga boleh rujuk arahan lebih terperinci di website rasmi Astro.

Selamat memohon. All the best!