Cara Pergi Pulau Kapas: Harga Tiket & Jadual Bot
Cara pergi Pulau Kapas berserta informasi harga tiket dan jadual perjalanan bot. Jika anda ke Terengganu, apa kata cuba bercuti sehari dua di ini. Pulau Kapas merupakan salah sebuah Taman Laut terletak di Marang, Terengganu.
Pulau ini mempunyai keluasan sebanyak 2.72 km persegi. Tidaklah besar sangat, tetapi baik untuk rehatkan tubuh dan fikiran.
Pulau ini memang cantik.
Hampir sebahagian besar pulau ini dilitupi dengan kawasan bukit dan hutan semula jadi. Namun, pulau ini turut terkenal untuk pantai yang bersih dan cantik dalam kalangan pelancong.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Kapas ialah snorkeling, berkelah, selam dan lain- lain lagi. Artikel ini memfokuskan cara pergi ke Pulau Kapas.
Cara Ke Pulau Kapas Dari Jeti Marang
Penumpang mempunyai pelbagai pilihan untuk mengunjungi ke Pulau Kapas. Antaranya ialah dengan memandu kenderaan sendiri ke Jeti Marang.
Cara pergi ke Pulau Kapas, anda turut boleh menaiki bas ekspres dari pelbagai destinasi untuk sampai ke Terminal Bas Marang atau Kuala Terengganu dan kemudian pergi ke Jeti Marang.
Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI
Penumpang yang ingin pergi ke Pulau Kapas dikehendaki menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Marang. Bot adalah pengangkutan utama untuk ke pulau peranginan tersebut.
Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan bot untuk penumpang yang ingin pergi ke Pulau Kapas ialah syarikat Mak Cik Gemuk Ferry, Suria Link Boat Service dan MGH Boat Service.
Harga Tiket Bot
Harga tiket yang ditawarkan untuk perkhidmatan bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas bergantung pada syarikat bot dipilih, musim serta kategori umur penumpang.
Berikut merupakan harga tambang bot ke Pulau Kapas bagi pelbagai kategori umur.
Harga disenaraikan merupakan harga perjalanan bagi dua hala.
- Dewasa – dari RM 40.00
- Kanak-kanak – dari RM 20.00
- Kanak-kanak bawah 3 tahun – Percuma
Jadual Perjalanan Bot
Masa perjalanan yang diambil untuk sampai ke Pulau Kapas dari Jeti Marang ialah dalam 20- 30 minit sahaj.
Manakala, jumlah jarak perjalanan dari Jeti Marang- Pulau Kapas ialah dalam 6 km sahaja.
Perkhidmatan bot disediakan hampir setiap hari bagi perjalanan ke destinasi Pulau Kapas. Bot pertama biasanya akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dari Jeti Marang.
Manakala, bot terakhir beroperasi dari jeti ini bergerak pada pukul 5.00 pm. Bot pertama dan terkahir yang ditawarkan dari Pulau Kapas ialah pada pukul 9.00 am dan 5.00 pm.
Pastikan anda mempertimbangkan jadual perjalanan bot untuk merancang percutian anda ke pulau peranginan yang cantik tersebut.
Cara Pergi Ke Jeti Marang
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk pergi ke Jeti Marang tempat mengambil bot untuk menuju ke pulau tersebut.
Terdapat beberapa servis bas tempatan yang melalui Marang menawarkan perkhidmatan bas ke Jeti Marang.
Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk pergi ke stesen bas tempatan seperti Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang terletak di Kuala Terengganu.
Terdapat sesetengah bas tempatan yang pergi ke Jeti Marang dan masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah hanya dalam 20 minit. Tambang yang dikenakan biasanya dalam RM 2.50 sahaja.
Selain itu, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk terus pergi ke Jeti ini. Namun, tambang teksi mungkin mahal sedikit daripada perkhidmatan bas. Mungkin lebih murah jika anda guna perkhidmatan Grab Car jika ada.
Bagi yang memandu kereta sendiri untuk pergi ke Jeti Marang, anda boleh parking kenderaan anda di tempat letak kereta yang disediakan di jeti ini. Kos parking kereta bermula dari RM 8.00 / malam.
Kemudahan Di Jeti Marang
Jeti Marang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan nelayan. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para penumpang di Jeti ini.
Antaranya ialah tempat menunggu bagi mereka yang menunggu untuk menaiki bot. Selain itu, terdapat beberapa kaunter tiket yang disediakan bagi penumpang membeli tiket sebelum menaiki feri/ bot untuk pergi ke destinasi dipilih seperti Pulau Kapas.
Bagi mereka yang mempunyai masalah mengenai harga tiket serta jadual perjalanan bot dan feri, anda boleh merujuk di kaunter tiket.
Kemudahan tempat parking berbayar turut disediakan bagi memudahkan penumpang yang memandu untuk memarkir kenderaan. Di samping itu, terdapat beberapa buah restoran tempatan di sekitar kawasan Jeti ini.
Keistimewaan Tempat Menarik Di Pulau Kapas
Pulau ini sememangnya sangat cantik dan terdapat banyak tarikan pelancong atau pengunjung yang datang ke pulau ini. Anda pasti tidak akan kekurangan aktiviti semasa di pulau tersebut.
Senarai tempat menarik di pulau peranginan tersebut boleh anda baca di website Blog Tourism Malaysia.
Ramai tanya, apa yang istimewanya pulau ini. Berbaloi ke tidak berbelanja untuk bercuti di sana?
Sudah tentu anda mahu tahu keistimewaan pulau tersebut sebab percutian juga memerlukan anda berbelanja wang.
Kita boleh simpulkan ada 3 keistimewaan Pulau Kapas.
- Pulau ini memiliki kehidupan laut yang cantik dan masih terpelihara
- Pengunjung yang gemar aktiviti menyelam boleh atau berpeluang melihat bot-bot karam di dasar laut
- Pulau ini memiliki pemandangan yang cantik dan memukau pengunjung.
Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan sepanjang percutian anda di sini. Terpulanglah jika anda hendak melakukan kesemuanya atau lebih gemar bersantai merehatkan badan dan minda.
- Mandi laut
- Snorkeling
- Luncur angin
- Berkayak
- Berkhemah
- Menaiki bot melawat tempat-tempat menarik
- Memancing
- Melihat matahari terbenam (sunset view)
- Scuba diving
Pulau Kapas Hiking
Pulau Kapas Hiking untuk pengunjung yang gemar hiking. Ada sebuah bukit atau gunung yang boleh anda lakukan aktiviti hiking.
Hiking ini antara acara kegemaran pengunjung yang bercuti ke pulau ini.
Anda boleh cuba aktiviti hiking di Bukit Singa. Gagah betul nama ini bukan, begitu juga dengan pemandangan yang disajikan depan mata anda di puncaknya.
Hiking ke puncak Bukit Singa ada disediakan laluan tangga. Cuma jika anda kenalah berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut terutama selepas hujan kerana ianya mungkin licin dan boleh menyebabkan anda tergelincir.
Laluan tersebut agak bagus, anda boleh berkasut, berselipar atau jika anda lebih gemar berkaki ayam juga tidak ada masalah.
Cuma untuk keselamatan anda sendiri, kita cadangkan anda gunakan kasut.
Apa kata anda jadikan pulau ini menjadi salah satu destinasi percutian anda selepas ini.
Senarai Resort, Chalet Dan Campsite Yang Ada Di Pulau Kapas
Sampai sana tentu tidaklah lengkap percutian anda jika tidak menginap semalam dua. Ada banyak pilihan sama ada perlu resort, chalet atau campsite.
Terpulang kepada budget dan keperluan anda.
Untuk lebih memudahkan anda kami ada buat list di bawah untuk anda. Tiada yang lebih baik berbanding percutian yang tenang, merehatkan badan dan minda sambil menikmati pemandangan laut dan pantai yang cantik.
Rujuk senarai di bawah.
- Kapas Island Resort
- Kapas Coral Beach Resort
- Duta Puri Island Resort
- Makcik Gemuk Resort Kapas
- Pak Ya Sea View Cafe & Chalet
- Kapas Beach Chalet
- Kapas Turtle Valley
- Captain’s Longhouse
- Qimy Chalet
- Qimi Private Bay
- Ombak Kapas
- Lokoloko Campsite
- Longsha Campsite
- Harmoni Campsite
Bolehlah pilih mana satu yang sesuai untuk anda.
Pulau Kapas Review
Ramai yang masih ragu-ragu bukan? Sebenarnya ada begitu banyak review mengenai pulau ini di Google.
Anda hanya perlu ambil sedikit masa untuk baca pendapat atau pengalaman mereka yang sudah pernah berkunjung ke pulau tersebut.
Tentu ada yang negative, tetapi yang positive lebih banyak lagi.
Keperluan dan pengalaman kita tidak sama. Ada yang gembira dan ada yang atas berberapa sebab tertentu kurang berpuas hati selepas berkunjung ke sana.
Anda boleh baca di google reviews tentang pendapat dan pengalaman mereka.
Agak menarik. Antaranya ada yang berpendapat pulau ini lebih cantik dan menarik berbanding Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Semoga perkongsian informasi mengenai cara ke Pulau Kapas ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong industri pelancongan dalam negara.