Cara Ke Pulau Perhentian: Guna Bas Express & Feri

Cara ke Pulau Perhentian guna bas express dan feri atau bot laju. Pasti ramai yang merancang untuk bercuti ke Pulau Perhentian yang terkenal denga kecantikan pantai, air yang jernih dan kaya dengan hidupan marin.

Pulau Perhentian merupakan satu gugusan pulau yang terletak sekitar pantai timur di negeri Terengganu.

Siapa yang tidak pernah dengar nama pulau tersebut. Pulau ini sangat terkenal untuk pemandangan pantai pasir angin yang indah dan luar biasa.

Senarai tarikan pelancong di Pulau Perhentian

Ramai pelancong mengunjungi ke sini untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Antara aktiviti popular dilakukan oleh pelancong ialah berjemur di matahari, melihat Fire Show, berkayak, snorkeling serta mengunjungi Marine Park.

Selain perairan indah, terdapat hutan subur dan hijau di sini. Laluan trekking disediakan untuk para penjelajah.

Terdapat pelbagai cara untuk pergi ke Pulau Perhentian sama ada dengan menggunakan kapal terbang, memandu sendiri atau menaiki bas.

Di sini kami kongsikan sedikit info perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke stesen Kuala Besut dan kemudian menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian.

Perjalanan ini lebih murah dan kurang letih.

Jika anda punya masa, kami ada menulis mengenai perkhidmatan bas express dari TBS ke Kuala Besut. Infomasi penting mengenai harga tiket dan jadual bas dengan terperinci ada di dalam artikel tersebut.

Sebenarnya selain Pulau Perhentian, salah satu destinasi pelancong yang tidak kurang hebatnya di pantai timur ialah Pulau Redang.

Terdapat perkhidmatan bot laju dan ferry ke Pulau Redang untuk memudahkan pelancong melawat pulau tersebut.

Baik, kembali kepada topik asal kita kali ini iaitu cara ke Pulau Perhentian dari TBS. Nanti artikel ini terlalu panjang pula.

Cara Ke Perhentian Kecil & Perhentian Besar

Pulau Perhentian terdiri daripada dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Bagi mereka yang menginginkan “healing trip” yang tenang dan santai, Perhentian Besar sesuai untuk anda.

Pantai di sini sangat besar dan cantik dan biasanya sesuai untuk trip bersama keluarga. Selain itu, terdapat banyak hotel dan resort ekslusif disediakan di sini.

Manakala, yang ingin merasai trip mencabar dan “happening”, pastikan anda mengunjungi Perhentian Kecil.

Tempat ini sangat popular dalam kalangan backpackers dan pelancong asing yang suka meneroka perkara baru.

Biasanya, suasana di Perhentian Kecil amat meriah kerana mempunyai Fire Show di Long Beach, windmill serta perkampungan nelayan.

Jika ingin pergi ke Perhentian Besar dari Perhentian Kecil atau sebaliknya, perkhidmatan bot laju sentiasa disediakan untuk pelancong.

Musim Terbaik Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak di bahagian pantai timur dan oleh itu kawasan ini sering kali mengalami musim monsun dari bulan November hingga Februari.

Waktu ini, kebanyakan resort serta kawasan- kawasan lain akan tutup. Oleh sebab itu, pelancong tidak digalakkan untuk mengunjungi Pulau Perhentian ketika musim ini.

Manakala, pelancong boleh mengunjungi Pulau Perhentian dari bulan Mac dan ke atas.

Waktu paling terbaik untuk mengunjungi sini ialah ketika musim panas yang bermula dari bulan Julai hingga Ogos.

Cara Ke Destinasi Tersebut

Para pelancong boleh mengunjungi Pulau Perhentian dengan menggunakan perkhidmatan bas dan feri.

Bagi mereka yang tinggal di luar Terengganu, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas untuk sampai ke stesen Kuala Besut.

Stesen ini sangat berdekatan dengan jeti Kuala Besut.

Selain stesen Kuala Besut, pelancong turut boleh turun di Jertih, Besut dan kemudian mengambil teksi untuk sampai ke Jeti Kuala Besut.

Pendek kata, semua laluan pun akan ke Kuala Besut untuk dapatkan bot laju atau feri ke Pulau Perhentian.

Harga Tiket Bas Dari Pelbagai Lokasi

Berikut merupakan tambang bas dari pelbagai destinasi ke stesen Kuala Besut. Pelancong dinasihatkan untuk sentiasa menyemak semula harga tiket bas dari masa ke masa di laman web Easybook.com salah satu penyedia applikasi book tiket bus online yang paling popular di Malaysia.

Senarai harga tambang bas ke Kuala Besut dari pelbagai terminal bas di Semenanjung Malaysia.

  • Johor- RM 45
  • Melaka- RM 45
  • Kuala Lumpur- RM 44
  • Kuala Perlis- RM 52
  • Seremban- RM 42

Senarai tambang bas di atas boleh berubah dari masa ke semasa. Syarikat bas yang berlainan juga menawarkan kadar tambang yang berlainan dari masa ke semasa.

Penumpang boleh semak kadar tambang semasa dari applikasi online.

Dari Terminal Bas Ke Jeti Kuala Besut

Terdapat beberapa pilihan untuk pergi ke Jeti Kuala Besut dari stesen bas Kuala Besut. Biasanya, kebanyakan pelancong hanya akan berjalan kaki pergi ke jeti disebabkan jarak yang dekat iaitu 1 km.

Anda boleh mengikuti jalan utama untuk sampai ke jeti.

Bagi mereka yang ingin mengejar masa, perkhidmatan teksi disediakan di sekitar stesen bas.

Perkhidmatan Bot Laju & Feri

Terdapat lima buah syarikat berbeza yang mengendalikan laluan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian: Holiday Seven Seas, Perjalanan dan Pelancongan Pantai De Penarik, Barracuda Holiday, Perhentian Sunny Travel dan Perhentian Trans Holiday.

Syarikat- syarikat di atas sangat terkenal dan sering kali dicadangkan oleh para pelancong.

Dari Kuala Besut, feri bergerak ke dua destinasi: Jeti Pulau Perhentian dan Long Beach Port.

Harga Tiket Feri

Harga tiket yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat feri sangat berpatutan dan biasanya bermula dari RM 35 per hala dan RM 70 dua hala.

Harga tiket feri ditawarkan untuk penumpang dewasa dan kanak- kanak adalah sama.

Jadual Feri

Kebiasaannya syarikat- syarikat akan menyediakan perkhidmatan feri sebanyak 8 kali sehari.

Feri pertama akan tiba pada pukul 8 pagi manakala feri terakhir akan bergerak pada pukul 5 petang.

Biasanya masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 45 minit ke satu jam bergantung juga kepada keadaan semasa laut.

Book Tiket Bas & Feri

Penempahan tiket bas dan feri boleh dilakukan dengan mudah dalam talian di melalui applikasi online.

Bagi yang rajin beratur, anda boleh membeli terus di terminal bas bagi tiket bas.

Untuk book tiket feri pula penumpang boleh membelinya di Jeti Kuala Besut semasa anda sampai ke jeti tersebut.

Kemudahan Bot Laju

Bukan semua tempat di Pulau Perhentian mempunyai jeti. Bagi kawasan chalet dan resort yang tiada jeti, kemudahan bot disediakan di Jeti Kuala Besut.

Perjalanan dalam bot mengambil masa dalam 30 ke 45 minit. Tambang bot pergi balik untuk dewasa dan kanak- kanak ialah RM 70 dan RM 35.

Pelancong turut perlu membayar tiket Marine Park sebanyak RM 5.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pulau tersebut, anda boleh layari Pulau Perhentian Online.

Maklumat penginapan, aktiviti-aktiviti dan tarikan pengunjung ada di portal tersebut.

Semoga perkongsian sedikit info mengenai cara ke Pulau Perhentian ini bermanfaat kepada anda.

Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan tempatan dan pengangkutan awam di negara kita.