Tiket Bas Ke Besut: Jadual Bas & Harga Tiket
Tiket bas ke Besut Terengganu dari RM44.00 berserta informasi jadual bas dan harga tiket. Tentu ramai warga Besut yang berkerja di KL atau tempat-tempat lain dan selalu menggunakan perkhidmatan bas ekspress.
Untuk yang bukan warga Besut, sebenarnya banyak tarikan pelancong di daerah Besut yang menarik untuk dikunjungi.
Mungkin itu sebabnya ramai pelancong yang pergi melawat daerah ini setiap tahun.
Penumpang boleh beli tiket bas online >> DI SINI
Terdapat satu lagi sebab mengapa ramai yang pergi ke Besut, ini kerana bot untuk pergi ke Pulau Perhentian bertolak dari Kuala Besut.
Jarak antara Terminal Bas ke jeti Kuala Besut untuk dapatkan bot laju ke Pulau Perhentian tidaklah jauh, boleh jalan kaki sahaja.
Pulau Perhentian pula adalah pulau yang tercantik di Pantai Timur, dan surga kepada pengemar snorkeling, diving dan juga aktiviti santai di pantai dengan pasir yang putih cantik.
Jika anda hendak book tiket bas, anda boleh beli di terminal bas atau yang paling senang, melalui applikasi online seperti di Easybook.com, busonlineticket.com dan catchthatbus.com.
Kami lebih gemar menggunakan applikasi easybook.com kerana lebih mudah digunakan.
Baca juga: Harga tiket dan jadual bas ke Kuala Terengganu
Penumpang boleh buat perbandingan harga tiket antara syarikat bas dan juga jadual perjalanan bas ke destinasi tersebut dalam satu paparan sahaja.
Jadual & Harga Tiket Bas Ke Besut
Seperti yang sudah diterangkan tadi, penumpang boleh mendapatkan maklumat harga tiket dan jadual perjalanan bas dalam satu paparan melalui applikasi online.
Sebab itu sekarang ini kebanyakan pengguna lebih gemar membuat booking atau pembelian tiket bas di portal-portal online.
Trend ini semakin diguna pakai ketika ini semasa kita sedang berhadapan dengan masalah COVID-19 yang menyebabkan pergerakan rakyat terpaksa dihadkan oleh kerajaan.
Untuk memudahkan anda bolehlah gunakan applikasi-applikasi online yang ada sekarang ini.
Jika anda mahukan lebih banyak cabaran dalam proses beli tiket bas anda, bolehlah pergi ke terminal bas terdekat dengan anda untuk tanya maklumat tiket dan jadual bas.
Antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ke Besut setiap hari ialah Perdana Ekspress, Sani Express dan Mahligai Ekspress.
Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut ialah lebih kurang 7 jam bergantung kepada situasi lalulintas semasa.
Agak lama juga duduk dalam bas bukan?
Sebab itu lebih ramai yang memilih untuk bayar lebih sikit dengan menaiki kapal terbang untuk ke Terengganu berbanding naik bas.
Harga tiket bas ke Besut boleh anda semak melalui applikasi online dari destinasi berikut;
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Besut
- Kuala Terengganu ke Besut
- Kota Bharu ke Besut
- Kuantan ke Besut
- Johor Bahru ke Besut
- Shah Alam ke Besut
- Seremban ke Besut
Harga tiket dan jadual bas boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada syarikat bas itu sendiri.
Sentiasa check info terbaru untuk maklumat terkini.
Lokasi Terminal Bas Kuala Besut

Terminal bas Besut terletak di bandar Kuala Besut. Di sana pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian boleh dapatkan bot laju untuk ke pulau peranginan tersebut.
Lokasinya terletak tidak jauh dariĀ Jeti Kuala Besut, dalam jarak boleh jalan kaki sahaja sampai. Bolehlah kita andaikan Kuala Besut ialah gateway ke Pulau Perhentian.
Untuk memudahkan anda di bawah adalah lokasi terminal bas tersebut, dari Google Map.
Tarikan Pengunjung Di Besut
Selain untuk ke Pulau Perhentian apa benda menarik yang lain di Besut? Jangan bimbang. Ada banyak tarikan pelancong di Besut untuk pengunjung.
Antaranya ialah Bukit Kluang Beach, La Hot Springs,Masjid Ulul Albab, Lata Tembakah, Lata Belatan Amenity Forest dan Kota Putera Paragliding.
Pengunjung boleh baca senarai lengkap berserta informasi tempat-tempat menarik di daerah Besut di laman website rasmi Majlis Daerah Besut.
Selain itu anda juga boleh ambil kesempatan mencuba selera masakan pantai timur dan beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Semoga perkongsian mengenai tiket bas ke Besut ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini. Marilah bersama kita sokong industri pelancongan dalam negara kita.