Jadual & Harga Tiket Bas Ke Terengganu Dari Pelbagai Destinasi

Harga tiket bas ke Terengganu dari TBS dari RM 33.80 dan juga dari berberapa destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ramai yang ingin berkunjung ke negeri tersebut terutamanya ke Kuala Terengganu. Banyak tempat melancong yang menarik di Terengganu.

Untuk beli tiket bas penumpang kini boleh semak harga tiket dan jadual bas secara online sahaja.

Banyak applikasi online yang boleh anda gunakan untuk check trip dan book tiket bas online sekarang ini.

Penumpang boleh beli tiket bas online >> DI SINI

Antara applikasi yang sering menjadi pilihan ialah easybook.com dan juga CatchThatBus.com.

Jika anda menggunakan applikasi mereka, maklumat info seperti jadual bas dan harga tambang semua syarikat bas ke Terengganu akan dipaparkan dalam satu paparan sahaja.

Maksudnya, mudah untuk penumpang bas membuat pilihan mengikut kesesuaian masa bertolak dan badget mereka.

Harga Tiket Dan Jadual Bas Ke Terengganu

Untuk info kali ini kita ambil Kuala Terengganu sebagai destinasi pilihan anda. Ini kerana hampir kesemua perjalanan bas ke destinasi tersebut akan berakhir di Kuala Terengganu Bus Terminal (MBKT).

Sebenarnya perjalanan bas dari TBS ke Kuala Terengganu berapa jam? Jarak antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu adalah lebih kurang 292 km dengan anggaran masa perjalanan bas dari 4 hingga 6 jam menggunakan bas express.  Bergantung kepada keadaan lalulintas semasa.

Maklumat harga tiket bas di bawah adalah berdasarkan apa yang dipaparkan di applikasi tiket bas online dari di EasyBook.com berberapa destinasi pilihan di Semenanjung Malaysia.

  • Terminas Bersepadu Selatan (TBS) ke Kuala Terengganu – dari RM 33.80
  • Kuantan ke Kuala Terengganu – dari RM 17.00
  • Melaka Sentral ke Kuala Terengganu – dari RM 47.10
  • Kota Bharu Kelantan ke Kuala Terengganu – dari RM 15.70
  • Johor ke Kuala Terengganu – dari RM 38.40
  • Penang (Pulau Pinang) ke Kuala Terengganu – dari RM 39.90

Baca juga: Check trip dan book tiket bas online Adik Beradik Express dan Sani Express.

Senarai harga tiket bas ke Terengganu ini akan ditambah dari masa ke semasa.

Ramai juga yang tanya mengenai bas paling selesa ke Kuala Terengganu.

Wajarlah soalan ini sebab perjalanan jauh anda perlukan keselesaan kerana terpaksa duduk dalam bas lama.

Susah juga untuk jawap, tetapi biasanya bas dengan tambang bas lebih mahal akan menawarkan perkhidmatan dan kemudahan lebih banyak.

Anda boleh lihat senarai bas dari paparan di applikasi online.

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Tempat tarikan pelancong di Kuala Terengganu

Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa Kuala Terengganu memiliki banyak tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung ke sana.

Jika anda ke KT sudah tentulah tempat-tempat menarik tersebut tidak harus anda lepaskan untuk dilawat.

Ada berberapa website yang memiliki senarai lengkap ‘what to do’ di KT.

Kami syorkan anda membaca informasi lengkap di website rasmi Majlis Daerah Kuala Terengganu. Website ini ada menyenaraikan informasi lengkap tarikan pengunjung di Kuala Terengganu yang wajib anda lawati.

Kuala Terengganu sememangnya sebuah bandar tepi laut yang cantik dan mampu menjadikan kujungan anda berbaloi.