Jadual & Harga Tiket RORO Kuala Perlis Ke Langkawi
RORO dari Kuala Perlis ke Langkawi memberikan perkhidmatan membawa kenderaan dan juga penumpang. Harga tiket RORO Kuala Perlis ke Langkawi bergantung kepada jenis dan kapasiti engine (CC) kenderaan anda.
RORO / RO-RO. RORO sebenarnya adalah ringkasan bagi Roll On / Roll Off.
Baca juga: Jadual feri ke Langkawi dari Kuala Perlis
Harga Tiket RORO Kuala Perlis Ke Langkawi Pelbagai Kategori Kenderaan
Terdapat dua jenis harga tiket Ro-Ro yang perlu dibayar oleh penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan feri Ro-Ro iaitu tambang tiket penumpang dan tambang tiket kenderaan dibawa.
Penumpang boleh menempah tiket “one way” (sehala) atau “return ticket” (pergi-balik). Tempahan tiket boleh dibuat secara online atau secara manual di kaunter
Di bawah adalah senarai harga tiket RoRo Langkawi untuk kategori kenderaan di bawah:
1. Kereta Sedan
Bagi mereka yang membawa kereta sedan, harga tambang bergantung pada CC (kapasiti engine kereta) kereta.
Rujuk jadual harga tiket di bawah.
- Below 1500CC – RM 171 (One Way/Kaunter) / RM 332 (Return/Kaunter) / RM 161 (One Way/Web Booking) / RM 312 (Return/Web Booking)
- Below 2000CC – RM 204 (One Way/Kaunter) / RM 388 (Return/Kaunter) / RM 194 (One Way/Web Booking) / RM 368 (Return/Web Booking)
- Below 3000CC – RM 248 (One Way/Kaunter) / RM 476 (Return/Kaunter) / RM238 (One Way/Web Booking) / RM 456 (Return/Web Booking)
- More Than 3001CC – RM 281 (One Way/Kaunter) / RM 542 (Return/Kaunter) / RM 271 (One Way/Web Booking) / RM 522 (Return/Web Booking)
2. Kereta SUV, MPV, PICK UP, VAN dan 4X4
Senarai di bawah pula adalah untuk kereta kategori SUV, MPV, PICK UP, VAN dan 4X4 untuk mengangkut kenderaan anda dari Kuala Perlis ke Langkawi.
- Below 2000CC – RM 226 (One Way/Kaunter) / RM 432 (Return/Kaunter) / RM 216 (One Way/Web Booking) / RM 412 (Return/Web Booking)
- Below 3000CC – RM 248 (One Way/Kaunter) / RM 476 (Return/Kaunter) / RM238 (One Way/Web Booking) / RM 456 (Return/Web Booking)
- More Than 3001CC – RM 292 (One Way/Kaunter) / RM 564 (Return/Kaunter) / RM 282 (One Way/Web Booking) / RM 544 (Return/Web Booking)
3. Kereta Mewah (Luxury Car)
Pelancong yang membawa kereta mewah biasanya dikenakan tambang tiket yang lebih mahal berbanding dengan kereta sedan.
Contoh kereta mahal adalah berikut: Mercedes, Audi, BMW, Jaguar dan Volvo. Berikut merupakan harga tambang dikenakan bagi kereta- kereta mewah.
- Sehala (Kaunter): RM 321
- Dua hala (Kaunter): RM 622
- Sehala (tempah online): RM 311
- Dua hala (tempah online): RM 602
4. Super Car
Bagi mereka yang ingin membawa supercar ke Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri roro, berikut adalah harga tambang ditetapkan.
- Sehala (Kaunter): RM 402
- Dua hala (Kaunter): RM 804
- Sehala (tempah online): RM 392
- Dua hala (tempah online): RM 784
Mungkin kerana Super Car perlukan proses perhatian/pengendalian yang lebih banyak dan rumit, sebab itu mahal dari jenis kereta yang lain.
5. Bas Dan Coach
Untuk yang hendak menggunakan perkhidmatan RORO untuk bawa bas atau coach ke Langkawi, senarai di bawah adalah tambang yang dikenakan.
- Bus Mini (20-24 Seats) – RM 391 (One Way/Kaunter) / RM 782 (Return/Kaunter)
- Bus (25-34 Seats) – RM 501 (One Way/Kaunter) / RM 1002 (Return/Kaunter)
- Bus (35 Seats & Above) – RM 679 (One Way/Kaunter) / RM 1358 (Return/Kaunter)
Untuk kategori bas dan coach, tiket hanya boleh dibeli di kaunter tiket Ro-Ro dan tidak secara online.
6. Motorsikal (Motorcycle)
Untuk yang hendak bawa motorsikal ke Pulau Langkawi, boleh rujuk jadual tambang RORO di bawah sebagai panduan anda.
Rujuk jadual di bawah.
- Below 125CC – RM 67 (One Way/Kaunter) / RM 124 (Return/Kaunter) / RM 57 (One Way/Web Booking) / RM 104 (Return/Web Booking)
- Below 250CC – RM 78 (One Way/Kaunter) / RM 136 (Return/Kaunter) / RM 68 (One Way/Web Booking) / RM 116 (Return/Web Booking)
- Below 500CC – RM 105 (One Way/Kaunter) / RM 190 (Return/Kaunter) / RM 95 (One Way/Web Booking) / RM 170 (Return/Web Booking)
- More Than 501CC – RM 127 (One Way/Kaunter) / RM 234 (Return/Kaunter) / RM 117 (One Way/Web Booking) / RM 214 (Return/Web Booking)
7. Tambang RORO Untuk Penumpang
Kalau hendak gunakan perkhidmatan ini ke Langkawi penumpang juga bayar tambang. Rujuk jadual di bawah untuk kadar tambang penumpang mengikut kategori.
- Dewasa : RM 18/ RM 36 (sehala/ pergi- balik)
- Kanak-kanak (2-11 tahun): RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
- Warga Emas: RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
- Orang Kurang Upaya (OKU): RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
- Bayi (23 bulan ke bawah): RM 3/ RM 6 (sehala/ pergi -balik)
Note: Semua senarai harga tambang di atas adalah subject to (bergantung) kepada perubahan yang akan dilakukan oleh pengusaha (syarikat) RORO dari masa ke semasa. Untuk tambang RORO yang terkini ada baiknya rujuk terus ke website rasmi mereka.
Jadual RoRo kuala perlis ke langkawi 2024 Setiap Bulan
Jadual perjalanan RORO dari Kuala Perlis ke Langkawi tahun 2024 ini anda boleh semak di laman portal Langkawi RORO Ferry Services.
Setiap bulan mereka akan kemaskini jadual bertolak untuk panduan penumpang.
Dari jadual itu boleh nampak RORO Langkawi bertolak setiap hari menghubungkan kedua-dua destinasi ini.
Panduan Book Tiket RoRo Kuala Perlis Ke Langkawi
Bagi mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd, berikut merupakan panduan untuk menempah tiket.
Pastikan dokumen- dokumen penting perlu disediakan sebelum membuat penempahan tiket :
1. Salinan Geran kenderaan
2. Salinan IC pemandu
3. Maklumat penumpang (Nama dan nombor kad pengenalan)
4. Nombor telefon pemandu
5. Sebarang maklumat atau dokumen berkaitan
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau bukan pemilik sebenar kenderaan tersebut, pastikan anda menyertakan surat kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik kenderaan.
Semua dokumen perlu dihantar kepada syarikat ini melalui emailenquiry@langkawiroro.com atau faks 04-9855880.
Syarikat Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd. akan memproses dokumen- dokumen dihantar dan para penumpang akan memperoleh info tempahan melalui SMS atau email selepas pengesahan dokumen.
Pastikan anda menghantar semula segala maklumat kepada syarikat tersebut sekurang- kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Bayaran haruslah dilakukan secepat mungkin dan harga tiket akan diberitahu melalui email atau SMS.
Para penumpang perlu memastikan kenderaan anda berada 2 jam lebih awal daripada waktu perjalanan untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam.
Tiket anda akan dibatalkan jika tidak mematuhi syarat ini.
Bagi mereka yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.
- Nombor telefon: 04-9854881 (Kuala Perlis)
- Nombor telefon: 04-9669881 (Langkawi)
- Mobile: 013 – 749 5881 / 013 – 721 3881
- Laman web: http://www.langkawiroro.com/
Maklumat Berkaitan
Ada. Anda boleh gunakan perkhidmatan RoRo dari menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.
Anda boleh gunakan maklumat perhubungan atau contact number yang tertulis di atas.
Harga berbeza mengikut jenis kereta. Rujuk jadual harga di atas atau anda boleh berhubung terus dengan syarikat pengusaha perkhidmatan tersebut.
Untuk jadual waktu perjalanan / perkhidmatan RoRo anda boleh semak terus dari website rasmi syarikat pengusana RoRo. Pautan ke website RORO Langkawi ada di atas.