Sistem Pembayaran Terbuka Tol Di 11 Lebuh Raya Bermula Hari Ini

Kali ini mengenai topik tol pula. Ada perkembangan terbaru berkenaan dengan kaedah cara kutipan tol yang akan dilaksanakan bermula hari ini.

Harap inisiatif ini akan lebih memudahkan urusan kita para pengguna lebuh raya bertol.

READ: Cara Buat Aduan Bas Ekspress & Hak Anda Sebagai Penumpang

sistem pembayaran terbuka tol
Sumber: J-KOM

“Kutipan tol secara pembayaran terbuka di 11 lebuh raya bermula hari ini 29 September 2023 (Jumaat)

Para pengguna di 11 lebuh raya kini boleh menikmati kemudahan sistem kutipan tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) menggunakan kad kredit mahupun debit bermula hari ini.

Pelaksanaan sistem tersebut adalah melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

SPT merupakan suatu alternatif baru bagi kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), sekali gus dapat mengelak dari masalah yang biasa berlaku ketika melalui plaza tol seperti baki kad yang tidak mencukupi.

Ianya juga merupakan langkah awal bagi melaksanakan sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) pada masa akan datang.”

Demikian seperti mana yang diberitakan dalam laman twitter Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hari ini.

Jika ini dilaksanakan, sudah tentu ianya akan lebih memudahkan kerana pembayaran tol kini boleh dibuat melalui pelbagai saluran.

Semoga inisiatif ini juga dapat mengurangkan masalah kesesakan di plaza tol terutama semasa musim perayaan dan cuti umum,