Syarat Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Lepasan SPM PDF

Syarat kelayakan kemasukan Diploma Kejuruteraan Awam UiTM

Apakah syarat kelayakan Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM? Nampaknya ramai yang berminat dengan kursus ini dan nak sambung pengajian dalam bidang tersebut di UiTM.

Sudah tentu, UiTM adalah IPTA yang terbesar dengan kampus cawangan yang ada di setiap negeri di Malaysia.

Untuk masuk program Diploma Kejuruteraan Awam, anda perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan juga Syrat Khas Program.

READ: Syarat Kelayakan Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM Untuk Lepasan SPM

Lepasan SPM yang nak ambil kursus ini boleh semak syarat kelayakan kemasukan Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM.

Syarat Am Universiti

  1. Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu
  2. Lulus Sejarah (mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program

  1. Memenuhi Syarat Am Universiti
  2. Mendapat kepujian dalam matapelajaran
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Pengajian kejuruteraan Awam / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Lukisan Kejuruteraan / Grafik komunikasi Teknikal / Information & Communication Technology / Sains Komputer / Reka Cipta / Bahan Binaan / Teknologi Binaan / Teknologi Maklumat
  3. Bahasa Inggeris
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali

Anda boleh menyemak syarat kelayakan lebih terperinci di dokumen Syarat Kelayakan Kemasukan Diploma Kejuruteraan Awam UiTM (PDF).

Senarai syarat kelayakan engineering lepasan spm ini diharap dapat memudahkan anda untuk urusan permohonan sambung belajar dalam bidang tersebut.

All the best kepada anda yang memohon kursus ini di UiTM.