Syarat Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal & Peluang Kerjaya

Syarat Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan peluang kerjaya. Berminat melanjutkan pengajian dalam diploma perkhidmatan makananan amalan halal? Perkara mengenai status makanan halal ini penting.

Dan rasanya di negera kita ini masih memerlukan ramai yang pakar dalam bidang tersebut. Pakar bermaksud pernah menjalani kursus khas dan bertauliah.

Dewasa ini, kesedaran mengenai amalan makanan halal ini semakin meningkat. Pelajar pun ramai yang berminat untuk sambung pengajian dalam bidang tersebut.

Persoalannya ialah, apakah syarat kelayakan untuk mengambil bidang kursus tersebut, dan apakah peluang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

Emm… sebelum itu kepada yang masih tercari-cari tajaan pendidikan, mungkin senarai biasiswa terkini di Malaysia ini bermanfaat kepada anda.

Baru-baru ini IJM ada email kami mengenai peluang biasiswa IJM untuk pelajar Malaysia.

Kembali kepada topik ini, mari cerita satu-satu. Mula dengan syarat kelayakan untuk ambil kursus itulah dulu ya.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang wajib dipenuhi oleh para pelajar sebelum melayakkan diri memohon diploma perkhidmatan makanan amalan halal.

Syarat kelayakannya tidalah susah sangat. Jom check kat bawah tu.

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang perlu dipatuhi.

  • Calon merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Calon lepasan SPM perlu lulus dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan 2 subjek lain.
  • Calon perlu sihat dan tidak mempunyai sebarang kecacatan dari segi penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembejalaran yang menyukarkan kerja- kerja amali.

Berikut merupakan senarai kelayakan bagi para pelajar yang memiliki kelulusan lain selain SPM.

  • Calon perlu lulus peringkat Sijil yang diiktiraf oleh MQA/ COPTA/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
  • Calon perlu lulus dalam peperiksaan SPM dengan mendapat minima satu kepujian dalam mana- mana mata pelajaran.
  • Bagi calon lulusan APEL, pastikan anda mendapat APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA bagi menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
  • Calon lepasan APEL perlu mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Maklumat Tambahan

Program diploma perkhidmatan makananan amalan halal mendedahkan pelajar terhadap amalan halal dalam industri perkhidmatan makanan.

Para pelajar akan mempelajari perkara seperti pengetahuan asas makanan halal, sanitasi makanan, nutris, teori makanan, perkhidmatan pelanggan, undang-undang makanan serta operasi perkhidmatan makanan komersil.

Program ini ditawarkan untuk 6 semester.

Antara institusi pengajian yang menawarkan program ini ialah politeknik iaitu di Politeknik Merlimau, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Siraujuddin serta Politeknik Metro Kuantan.

Peluang Pekerjaan Atau Kerjaya

Program ini melatih pelajar untuk menjadi profesional dalam bidang pengeluaran makanan, perkhidmatan serta pengeluaran makanan halal.

Terdapat skop kerjaya yang luas yang boleh diceburi oleh graduan lepasan diploma.

Antaranya ialah pegawai kualiti makanan, penyelia penjualan makanan, penyelia restoran, eksekutif halal, penolong pegawai penyediaan makanan serta pegawai jaminan kualiti makanan.

Berikut merupakan maklumat mengenai beberapa skop kerja yang boleh diceburi oleh para graduan.

A. Eksekutif Halal

Graduan boleh memohon jawatan eksekutif halal di mana-mana syarikat swasta atau kerajaan.

Antara bidang tugas untuk jawatan ini ialah menguruskan, merancang serta melaksanakan operasi halal termasuk menguruskan rantaian bekalan makanan dalam sesebuah syarikat.

Eksekutif Halal turut melaksanakan audit dalaman secara berkala serta mengadakan program latihan pengurusan jaminan halal di syarikat.

B. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29

Graduan lepasan diploma ini boleh memohon untuk jawatan penolong pegawai teknologi makanan.

Antara deskripsi tugas ialah menjalankan analisis mikrobiologi dan kimia menggunakan sampel makanan, mengendalikan penyediaan bahan kimia dan peralatan serta menyediakan laporan analisis kajian makmal.

Gaji minima dan maksimum ditawarkan ialah RM 1505 dan RM 5696. Kadar kenaikan gaji bagi setiap tahun RM 145.

C. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29

Graduan lepasan diploma ini boleh memohon untuk jawatan penolong pegawai penyediaan makanan C29.

Antara deskripsi tugas ialah bertanggungjawab dalam pengurusan penyediaan makanan, merancang menu, menyelia pengendalian makananan dan merancang perbelanjaan.

Selain itu, mereka turut memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan perkhidmatan makanan, perancangan premis dan peralatan dapur serta khidmat kepakaran analisis dan kawalan mengenai penyediaan makanan.

Gaji permulaan ditawarkan ialah RM 1782.91 manakalai gaji maksimum ditawarkan ialah RM5,696. Kadar kenaikan gaji per tahun ialah sebanyak RM 145.

Selain bidang kerjaya di atas, banyaklah juga peluang kerjaya dalam bidang ini. Biasanya dalam bidang industri berasaskan makanan.

Asal tidak memilih kerja, tentu dapat kerja. Yang pentingnya kita rajin cari kerja.

Harap sedikit maklumat umum mengenai syarat Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal dan peluang kerjaya selepas tamat pengajian ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada yang sambung pengajian dalam bidang tersebut.