Syarat Kelayakan Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer UIAM

Syarat kelayakan Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer di UIAM untuk pelajar lepasan SPM. Baru ini anda semua tentu sudah ambil keputusan SPM. Mesti semua teruja nak cari tempat sambung belajar.

Tahukah anda, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan program kursus asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer bagi para pelajar lepasan SPM atau kelayakan setaraf dengannya.

Kalau layak dan berminat sudah tentu ini adalah peluang terbaik untuk anda. Dapat memendekkan tempoh belajar ke peringkat ijazah atau degree.

Lebih pendek masa belajar lebih baik, jimat masa, tenaga dan kewangan. Malah lebih awal mula melangkah ke alam pekerjaan.

Membina kerjaya, adalah penting untuk masa depan.

Baiklah, sebelum itu mungkin anda sedang tercari-cari peluang tajaan untuk sambung pengajian. Ada masa, baca senarai biasiswa terkini di Malaysia untuk lepasan SPM.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang wajib dipenuhi oleh calon sebelum layak memasuki ke dalam program ini.

Kalau dah baca syarat kelayakan di bawah dan layak, apa salahnya mencuba memohon.

  • Program ini terbuka bagi warganegara Malaysia yang mempunyai status bumiputera (Melayu, Orang Asli, Anak Negeri Sabah and Anak Neger Sarawak).
  • Calon perlu lulus dalam pepriksaan SPM dan mendapat minima kepujian (gred C+) dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
  • Calon turut perlu mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam, serta gred C dalam mata pelajaran Sejarah.
  • Calon perlu mendapat minima gred A dalam mata pelajaran Matematik serta satu gred B dan dua gred C+ minima dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia serta Fizik.

Maklumat Penting

Objektif untuk mewujudkan program ini adalah untuk menyediakan para pelajar asasi memasuki ke dalam program Ijazah Sarjana Muda di Kulliyah kejuruteraan dan di kampus Kejuruteraan dan Sains Komputer di UIAM.

Selain itu, para pelajar akan diterapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting dan diperlukan dalam bidang sains komputer dan kejuruteraan.

Tempoh pengajian program ini adalah selama satu tahun. Namun, boleh ditambhahkan sehingga ke 2 tahun.

Peluang Sambung Belajar

Pelajar asasi dalam program sains komputer dan kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia boleh menyambung pengajian di UIAM sahaja.

Terdapat pelbagai jenis program pengajian yang ditawarkan bagi calon lepasan asasi ini.

Berikut merupakan senarai program yang boleh dimohon.

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik- Komputer dan Maklumat) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal – Automotif) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Biokimia – Bioteknologi) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Sivil) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)

Cara Memohon Program Asasi

Para pelajar lepasan SPM yang berminat boleh melakukan permohonan secara atas talian di laman web UIAM.

Pastikan, para pemohon memenuhi segala syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pegawai UIAM agar dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Para pemohon perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum mengisi borang program Asasi.

Segala panduan serta langkah-langkah akan disertakan dalam laman web tersebut.

Pastikan para pelajar membaca dan mengikuti segala langkah yang diberikan agar berjaya dalam permohonan.

Yang menarik mengenai program ini ialah, anda tidak perlu unutk membeli nombor pin bagi tujuan proses permohonan.

Selain itu, setelah melengkapkan proses pendaftaran akaun, para pelajat boleh memilih borang permohonan dan mengisi maklumat peribadi, akademik dan lain lain lagi.

Semak permohonan anda terlebih dahulu sebelum menghantar dan pastikan segala ruang diisikan dengan maklumat yang betul dan tepat.

Maklumat Perhubungan

Segala pertanyaan mengenai prorgam asasi dan proses permohonan boleh dikemukakan melalui email atau nombor telefon di bawah ini.

Nombor Telefon:+603 6196 4000
Alamat: International Islamic University Malaysia, P.O Box 10, 50728 Kuala Lumpur.
Email: webmaster@iium.edu.my
Laman web: International Islamic University Malaysia – Garden of Knowledge and Virtue (iium.edu.my)

Semoga sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer UIAM ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Kepada anda yang memohon, kami doakan semoga berjaya.