Syarat Kelayakan Diploma Pengimejan Perubatan UiTM Untuk Pelajar Malaysia

Syarat kelayakan Diploma Pengimejan Perubatan UiTM. Kursus ini antara kursus seperti pisang goreng panas. Setiap tahun ramai yang mohon.

Tentulah, sebab selepas itu ada peluang berkerja dalam bidang tersebut dengan kerajaan mahupun swasta. Gaji pun kira agak lumayan.

Jadi, nak memohon itu kenalah cukup syarat, kalau tidak peluang untuk tidak diterima agak tinggi juga.

Adakah anda merupakan pelajar lepasan SPM Sain Tulen/Sastera dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma?

Oh ya, sebelum itu jika anda masih sedang tercari-cari tajaan pendidikan, semak senarai biasiswa terbaru di Malaysia. Mungkin ada yang sesuai dengan anda.

Kenapa tidak memilih kursus diploma pengimejan perubatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM)?

UiTM merupakan sebuah institusi pengajian khas dibina untuk memberikan peluang kepada golongan bumiputera melanjutkan pengajian. Juga dalam bidang pengkhususan pengimejan perubatan.

Siapa tidak kenal dengan UiTM, memiliki kampus di setiap negeri di Malaysia. Antara universiti di rangkings IPT tertinggi di Malaysia.

Mari lihat pula sedikit informasi umum syarat kelayakan kemasukan untuk Diploma Pengimejan Perubatan di UiTM.

Maklumat Penting Program

Pengimejan perubatan atau dikenali sebagai medical imaging merupakan teknik dan proses mencipta imej-imej dalam badan manusia untuk tujuan klinikal.

Semua imej ini akan digunakan dalam prosedur perubatan, kajian anatomi dan fisiologi.

Pelajar akan didedahakan dengan penggunaan peralatan berteknologi tinggi perubatan yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit dengan ketepatan tinggi.

Program ini ditawarkan untuk 3 tahun yang bersamaan dengan 6 semester.

Syarat Kelayakan Am Universiti

Terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang wajib dipenuhi oleh para pelajar untuk melayakkan diri memasuki UiTM.

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan umum universiti.

  • Terbuka kepada pelajar daripada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak serta Orang Asli sahaja.
  • Terbuka kepada pemohon daripada aliran Sains/ Teknikal dan Sastera.
  • Pelajar mesti memiliki SPM atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Pelajar lepasan SPM mesti mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan perlu lulus dalam subjek Sejarah.

Syarat Khas Program

Terdapat juga syarat khusus atas khas program tersebut. Mari kita sorot sedikit syarat-syarat khas tersebut untuk panduan awal anda.

Berikut merupakan syarat atau keperluan khas yang perlu dipenuhi oleh pelajar yang memohon kursus diploma pengimejan perubatan di UiTM.

  • Pelajar perlu mendapat kepujian dalam matapelajaran Biologi/ Kimia, Fizik, Matematik/ Matematik Tambahan dalam SPM.
  • Pelajar perlu mendapat sekurang- kurangnya gred B dalam subjek bahasa Inggeris SPM.
  • Pelajar perlu sihat dan tidak mempunyai kecacatan fizikal yang menyukarkan kerja- kerja amali dan klinikal.
  • Bagi pelajar lepasan pra diploma UiTM, anda perlu Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains dengan mendapat sekurang- kurangnya HPNG: 3.00.

Cara Permohonan Program Diploma

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di portal kemasukan pelajar UiTM portal rasmi kemasukan pelajar Universiti Teknologi MARA (uitm.edu.my).

Sebelum melakukan permohonan, pastikan anda membeli dan mempunyai No Slip BSN.

Sila membaca setiap arahan yang dinyatakan pada borang permohonan dan pilih ketegori anda iaitu diploma.

Pelajar perlu mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*) dengan maklumat betul dan tepat.

Pelajar boleh membuat semakan di laman SEMAKAN dan jika lengkap boleh menekan butang Sah & Hantar untuk mengemukakan permohonan berjaya.

Skop Kerjaya Lepasan Diploma

Jadi selepas habis pengajian nanti apa pekerjaan yang sesuai untuk anda. Soalan tentang peluang kerja atau kerjaya selepas tamat pengajian ini penting.

Terdapat pelbagai skop kerjaya luas yang boleh diceburi oleh graduan lepasan diploma pengimejan perubatan selain osyen menyambung belajar di peringkat ijazah sarjana muda.

Antara kerjaya yang boleh diceburi ialah juru pengimejan perubatan, ahli ultrasonografi, inspektor klinikal, pensyarah pengimejan serta juru x-ray Gred U29 di hospital awam.

Graduan boleh memilih untuk bekerja di mana- mana jabatan di hospital seperti Unit Endoskopi, Jabatan kemalangan dan kecemasan, Makmal kateter jantung atau Unit Trauma Kecil.

Juru X-Ray Gred U29

Gaji permulaan ditawarkan bagi jawatan Juru x-ray Gred U29 ini ialah RM 1797 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM 145 per tahun.

Antara bidang tugas Juru X-ray Gred 29 ialah memastikan perlindungan sinaran terhadap pesakit, staf serta orang awam, menjalankan tanggungjawab klinikal dan perlu memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS  ISO 9002.

Nampaknya memang penting dan menarik kerjaya sebagai pakar dalam bidang pengimejan perubatan ini.

Harap sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan Diploma Pengimejan Perubatan UiTM ini bermanfaat kepada anda. Bolehlah cuba memohon. All the best kepada anda semua yang memohon.