Syarat Kelayakan Diploma Pergigian UiTM Lepasan SPM

Syarat kelayakan Diploma Pergigian UiTM lepasan SPM

Adik-adik dah habis SPM? Mesti ramai yang nak masuk UiTM untuk sambung pengajian dalam program Diploma Pergigian kan?

Tapi sayangnya, setakat ini UiTM hanya menawarkan program Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian sahaja bagi peringkat Diploma.

READ: Syarat Kemasukan Program Asasi GMI Untuk Pelajar Malaysia

Kalau nak jugak, adik-adik kenalah sambung ke peringkat ijazah nanti, barulah adik-adik boleh jadi doktor gigi yang sebenar.

Jadi, adik-adik yang baru habis SPM ni masih berminat atau tak nak sambung Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian di UiTM?

Kalau ya, mari kita semak syarat kelayakan untuk memohon program tersebut.

Syarat Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian UiTM Bagi Lepasan SPM

Berikut adalah syarat kelayakan memohon program Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian di UiTM.

  1. Minimum Gred C bagi subjek Matematik/Matematik Tambahan.
  2. Minimum Gred C bagi mata pelajaran Fizik/Kimia/Biologi/Sains/Sains Tambahan/Applied Science.
  3. Minimum Gred C SPM Bahasa Inggeris.
  4. Minimum Gred C bagi mana-mana mata pelajaran selain daripada Matemati, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Sains Tambahan, dan Applied Science.

Rasa-rasa adik memenuhi syarat kelayakan jurusan pergigian di UiTM atau tidak untuk memohon? Kalau layak, bolehlah segera memohon!

Adik-adik juga boleh menyemak sendiri syarat kelayakan ke program sepenuh masa yang ditawarkan di UiTM di semakSYARAT termasuklah program Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian UiTM.

Untuk panduan, ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan semakSYARAT
  2. Pilih peringkat pengajian dan kategori. Pilih Diploma – Lepasan SPM
  3. Nyatakan tahun SPM adik-adik
  4. Pilih mata pelajaran SPM dan Gred yang adik-adik perolehi
  5. Akhir sekali, tekan ‘Semak’

Sekiranya anda layak, anda akan melihat tanda hijau seperti berikut:

Sekiranya tidak layak, paparan seperti berikut akan terpapar:

Sekiranya adik-adik berminat untuk mengetahui syarat kelayakan terkini untuk program Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian di UiTM, anda disyorkan agar menghubungi pihak universiti secara langsung atau melawat laman web rasmi mereka di https://www.uitm.edu.my/index.php/en/.

Anda juga boleh menghubungi email fakulti pergigian mereka di alamat  korporatpergigian@uitm.edu.my  ataupun hubungi mereka di talian +603-6126 6555

Pihak UiTM akan memberikan maklumat terkini tentang syarat kelayakan, tarikh penting, dan proses permohonan secara lebih terperinci.