Syarat Kelayakan Permohonan Program Matrikulasi Lepasan SPM

Adakah anda pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM? Jika ya, tahniah kerana peperiksaan SPM merupakan satu peringkat penting yang bakal menentukan masa depan anda.

Jika anda mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran, Program Matrikulasi mungkin merupakan salah satu pilihan terbaik.

Sebenarnya, program ini menawarkan laluan alternatif kepada pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

READ: Syarat Kelayakan & Permohonan Asasi TVET

Syarat kelayakan untuk menyertai program ini tidak terlalu rumit. Keputusan cemerlang dalam beberapa subjek SPM adalah antara keperluan utama.

Terdapat 4 jurusan ditawarkan di Matrikulasi, iaitu Jurusan Sains, Kejuruteraan, Perakaunan serta Perakaunan profesional.

Syarat Kelayakan Umum:

Berikut merupakan syarat-syarat asas yang wajib dipenuhi oleh para pemohon.

  1. Usia pemohon tidak boleh melebihi 20 tahun pada masa permohonan
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  3. Pemohon harus merupakan calon SPM pada tahun semasa.

Selain syarat umum, para pelajar turut perlu memenuhi syarat-syarat minimum yang lain yang ditetapkan bagi setiap jurusan dipilih.

Jurusan Sains:

Calon berminat dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM: C dalam Bahasa Melayu, C dalam Bahasa Inggeris, B dalam Matematik, C dalam Matematik Tambahan, C dalam Kimia, C dalam Fizik atau Biologi, serta lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

Jurusan Kejuruteraan

Calon berminat wajib memperoleh minima gred berikut dalam peperiksaan SPM: C dalam Bahasa Melayu, C dalam Bahasa Inggeris, B dalam Matematik, C dalam Matematik Tambahan, C dalam Fizik, lulus dalam Kimia dan Sejarah.

Selain itu, calon turut wajib lulus dengan gred C dalam salah satu subjek di bawah ini:

  • Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
  • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
  • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
  • Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia. 

Jurusan Perakaunan

Calon berminat perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM: C dalam Bahasa Melayu, C dalam Bahasa Inggeris, C dalam Matematik, dan lulus dalam Sejarah.

Tambahan pula, calon juga dikehendaki memperoleh gred C dalam tiga mata pelajaran daripada pilihan berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/Matematik Tambahan/ Sains Tambahan
  • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
  • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
  • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
  • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/

Jurusan Perakaunan Profesional

Calon harus memperoleh minimum gred berikut dalam peperiksaan SPM: C dalam Bahasa Melayu, A- dalam Bahasa Inggeris, A dalam Matematik, C dalam Matematik Tambahan, lulus dalam Sejarah, dan lulus dalam Ujian Aptitud dan Temuduga.

Tambahan pula, calon juga dikehendaki memperoleh gred A dalam tiga mata pelajaran daripada pilihan berikut:

  • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
  • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
  • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
  • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
  • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
  • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
  • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Permohonan

Bagi mereka yang berminat untuk memohon Program Matrikulasi, anda boleh melakukannya secara percuma melalui laman sesawang rasmi http://matrikulasi.moe.gov.my.

Permohonan untuk Fasa 1 Program Matrikulasi akan dibuka mulai 15 Disember 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Selain itu, para pemohon boleh menyemak keputusan permohonan secara atas talian melalui pautan rasmi di Portal Matrikulasi

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi melalui emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau menelefon talian 03-8884 4083 untuk maklumat lanjut.