Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM & Cara Memohon
Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM ini penting terutama pelajar yang ingin mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pengambilan ke program tersebut kini diperluas kepada lepasan SPM, STPM, STAM atau Matrikulasi.
Untuk mengikuti PISMP anda kenalah teliti syarat kemasukan sama ada layak atau tidak untuk memohon.
Entry kali ini sebenarnya kesinambungan kepada artikel kami terdahulu iaitu kursus perguruan lepasan diploma.
Boleh baca jika anda adalah lepasan diploma atau berminat ingin tahu.
IPG atau dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru, merupakan sebuah institut yang ditubuhkan oleh kerajaan khas untuk melatih siswa guru bagi melahirkan pendidik di sekolah.
IPG merupakan institusi berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan setiap pengambilan adalah berdasarkan kepada unjuran 5 tahun akan datang.
Oleh itu, pelajar lepasan STPM yang ingin menjadi guru, boleh memohon IPG disebabkan terdapat banyak kelebihan.
Program PISMP
Calon terpilih untuk memasuki IPG akan melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk setahun atau 2 semester.
Seterusya, pelajar yang lulus PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP. Pelajar akan meneruskan pengajian ke peringkat PISMP sepenuh masa untuk 4 tahun.
Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM
Berikut adalah antara syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan memasuki IPG.
- Calon merupakan warganegara Malaysia
- Calon perlu lulus dalam peperiksaan SPM atau kelayakan setaraf. Calon perlu memiliki sekurang- kurangnya 5A (A+, A, A-) dalam mana- mana mata perlajaran peringkat SPM.
- Calon wajib lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta Sejarah dengan minima gred C di peringkat SPM.
- Pemohon tidah boleh melebihi umur 20 tahun pada bulan pengambilan PISMP di IPG.
- Calon perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
- Calon perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Senarai Bidang Pengkhususan
Berikut merupakan antara bidang pengajian atau pengkhususan yang boleh dipilih oleh pelajar di IPG.
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Muzik
- Sains
- Matematik
- Sejarah
- Rekabentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan kaunseling
- Bahasa Melayu
- Pendidikan khas
Yuran Dan Elaun
Yuran pendaftaran bagi program ini ialah dalam lingkungan RM 500. Pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di IPG hanya perlu membayar yuran pendaftaran sekali sahaja dalam tempoh 5 tahun pengajian.
Salah satu kelebihan masuk IPG ialah pelajar akan mendapat elaun setiap bulan sebanyak RM 430.
Elaun ini khas diperuntukkan untuk pelajar IPG dan pelajar tidak perlu membayar balik kerana ia bukan sebarang pinjaman.
Selain itu, pelajar turut boleh menuntut elaun pengangkutan atau perjalanan sebanyak RM 500 setiap tahun.
Namun, ini bergantung pada syarat-syarat tertentu. Biasanya, siswa guru dari Sabah/ Sarawak yang belajar di IPG Semenanjung boleh memohon elaun pengangkutan ketika pulang ke negeri mereka.
Permohonan IPG 2024 Lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi Online
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG boleh dilakukan secara online di portal PISMP https://pismp.moe.gov.my/ .
Sila rujuk aktiviti dan tarikh penting dari masa ke semasa.
Permohonan akan dibuka pada 14 Mac 2024 (Selepas Jam 3.00 petang) sehingga 15 April 2024 (11.59 malam)
Jika anda memenuhi syarat kelayakan hantar permohonan sebelum tarikh tutup seperti yang tersebut di atas.
Calon yang disenarai pendek akan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) serta perlu menyediakan video kecergasan fizikal (VKF).
Calon harus lulus dalam UKCG. Maklumat lanjut mengenai UKCG dan VKF boleh didapati dari portal PISMP.
Biasanya dari masa ke semasa akan berlaku sedikit perubahan mengenai cara memohon, syarat kelayakan dan sebagainya.
Anda dinasihatkan untuk merujuk website rasmi PISMP (IPG) untuk maklumat terperinci dan terkini. Link ada sudah diberikan di atas.