Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM Pelajar Malaysia

Syarat Kemasukan IPG Lepasan STPM untuk pelajar Malaysia. Adakah anda baru menamatkan STPM dan berminat untuk menjadi guru?

Terdapat dua pilihan yang boleh diambil oleh pelajar lepasan STPM untuk menjadi guru sama ada mengambil ijazah sarjana muda pendidikan di mana-mana IPTA/ IPTS atau mengambil program PISMP di IPG menggunakan keputusan SPM anda.

Entry kali ini sebenarnya kesinambungan kepada artikel kami terdahulu iaitu kursus perguruan lepasan diploma.

Boleh baca jika anda adalah lepasan diploma atau berminat ingin tahu.

IPG atau dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru, merupakan sebuah institut yang ditubuhkan oleh kerajaan khas untuk melatih siswa guru bagi melahirkan pendidik di sekolah. Salah satu kelebihan memasuki IPG ialah jaminan kerja.

Para siswa guru yang menamatkan pengajian di IPG tidak perlu risau mengenai masalah cari kerja.

Hal ini disebabkan kerana, graduan IPG akan ditempatkan sebagai guru di mana- mana sekolah rendah kerajaan.

IPG merupakan institusi berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan setiap pengambilan adalah berdasarkan kepada unjuran 5 tahun akan datang.

Oleh itu, pelajar lepasan STPM yang ingin menjadi guru, boleh memohon IPG disebabkan terdapat banyak kelebihan.

Program PISMP

Calon terpilih untuk memasuki IPG akan melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) untuk setahun atau 2 semester.

Seterusya, pelajar yang lulus PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP. Pelajar akan meneruskan pengajian ke peringkat PISMP sepenuh masa untuk 4 tahun.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon sebelum melayakkan diri memohon untuk memasuki IPG.

Berikut merupakan antara syarat yang wajib dipatuhi oleh calon.

  • Calon merupakan warganegara Malaysia
  • Calon perlu lulus dalam peperiksaan SPM atau kelayakan setaraf. Calon perlu memiliki sekurang- kurangnya 5A (A+, A, A-) dalam mana- mana mata perlajaran peringkat SPM.
  • Calon wajib lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta Sejarah dengan minima gred C di peringkat SPM.
  • Pemohon tidah boleh melebihi umur 20 tahun pada bulan pengambilan PISMP di IPG.
  • Calon perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
  • Calon perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Senarai Bidang Pengkhususan

Berikut merupakan antara bidang pengajian atau pengkhususan yang boleh dipilih oleh pelajar di IPG.

  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan kaunseling
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan khas

Yuran Dan Elaun

Yuran pendaftaran bagi program ini ialah dalam lingkungan RM 500. Pelajar yang terpilih untuk meneruskan pengajian di IPG hanya perlu membayar yuran pendaftaran sekali sahaja dalam tempoh 5 tahun pengajian.

Salah satu kelebihan masuk IPG ialah pelajar akan mendapat elaun setiap bulan sebanyak RM 430.

Elaun ini khas diperuntukkan untuk pelajar IPG dan pelajar tidak perlu membayar balik kerana ia bukan sebarang pinjaman.

Selain itu, pelajar turut boleh menuntut elaun pengangkutan atau perjalanan sebanyak RM 500 setiap tahun.

Namun, ini bergantung pada syarat-syarat tertentu. Biasanya, siswa guru dari Sabah/ Sarawak yang belajar di IPG Semenanjung boleh memohon elaun pengangkutan ketika pulang ke negeri mereka.

Cara Memohon IPG

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG boleh dilakukan secara atas talian sahaja di portal PISMP,  https://pismp.moe.gov.my/ .

Calon yang disenarai pendek akan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) serta perlu menyediakan video kecergasan fizikal (VKF).

Calon harus lulus dalam UKCG. Maklumat lanjut mengenai UKCG dan VKF boleh didapati dari portal PISMP.

Biasanya dari masa ke semasa akan berlaku sedikit perubahan mengenai cara memohon, syarat kelayakan dan sebagainya.

Anda dinasihatkan untuk merujuk website rasmi PISMP (IPG) untuk maklumat terperinci dan terkini. Link ada sudah diberikan di atas.

Semoga sedikit maklumat umum mengenai kursus perguruan dan syarat kemasukan IPG lepasan STPM ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada yang memohon.