Syarat Kemasukan UKM Lepasan STPM Untuk Pelajar Malaysia

Syarat kemasukan UKM lepasan STPM. Sudah menamatkan STPM? Kenapa tidak menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ramai tanya, apa syarat kemasukan. Banyak peminat nakl masuk ke UKM. Sudah tentu.

Kalau sebut nama UKM mesti rasa banggakan. Siapa yang tidak?

Oh ya, untuk yang mencari tajaan pendidikan, semak senarai biasiswa terkini pelajar lepasan SPM / STPM. Mungkin ada yang sesuai dengan anda.

UKM merupakan salah sebuah universiti terbaik dan popular di Malaysia. Universiti ini menawarkan lebih 70 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada 13 buah fakulti.

Kalau sebut rangkings IPT di Malaysia, UKM adalah antara yang tertinggi atau terbaik. So, tiada sebab ianya bukan salah satu universiti terulung di Malaysia.

Banyak jurusan anda boleh pilih, hampir kesemua jurusan pengajian ada.

Baiklah, di sini ada sedikit maklumat umum mengenai syarat kemasukan. Jika nak yang lebih terperinci masuk website rasmi UKM.

Semua ada dekat sana.

Syarat Kemasukan UKM

Ini adalah syarat am yang perlu dipenuhi oleh pelajar lepasan STPM untuk memasuki UKM.

Untuk makluman pelajar, terdapat syarat tambahan yang turut perlu dipenuhi bergantung pada jurusan pengajian yang dipilih.

  • Calon mesti lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu atau kepujian dalam bahasa Melayu kertas Julai serta lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
  • Pelajar perlu mendapat sekurang- kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
  • Calon perlu lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang- kurangnya PNGK 2.0
  • Pelajar perlu mendapat Gred C (NGMP 2.0) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.0) dalam dua mata pelajaran lain.
  • Semua program di UKM adalah bertemuduga dan calon perlu lulus dalam temuduga tersebut.

Selain syarat am ini , kena tengok juga syarat khusus mengikut jurusan. Pastilah berbeza-beza. Itu pasti.

Syarat Khas Berdasarkan Jurusan Pengajian

Berikut merupakan syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum melayakkan diri memasuki pengajian ini.

Para pelajar boleh menyemak portal UKM bagi maklumat lanjut disebabkan syarat ini boleh berubah bergantung pada peruntukan yang ditetapkan oleh UKM.

Layak tak layak itu anda kena semaklah dengan teliti. Jangan main hentam apply jer.

Fakulti Sains dan Kemanusian – Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)

  • Calon perlu mendapatkan minima PNGK 3.0 di peringkat STPM
  • Calon perlu memperoleh sekurang- kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mana mana 2 mata pelajaran.
  • Mendapat minima Tahap 2 (Band 2) dalam ujian MUET.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan – Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

  • Calon perlu memperoleh minima PNGK 2.75 di peringkat STPM.
  • Calon perlu mendapat sekurang- kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mana- mana 2 mata pelajaran.
  • Mendapat minima Gred D di peringkat SPM dalam mana- mana mata pelajaran (Matematik/ Matematik Tambahan/ Bahasa Inggeris).
  • Mendapat sekurang- kurangnya tahap 2 dalam MUET

Fakulti Undang- Undang – Sarjana Muda Undang- Undang dengan Kepujian

  • Calon perlu mendapat minima PNGK 3.33 di peringkat STPM.
  • Calon perlu memperoleh sekurang- kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) dalam mata pelajaran pengajian Am
  • Mendapat Gred B/ 4B dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan 3 mata pelajaran lain.
  • Mendapat minima Band 4 dalam ujian MUET

Fakulti Sains dan Teknologi – Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi)

  • Mendapat minima PNGK 3.0 di peringkat STPM
  • Calon perlu memperoleh sekurang- kurangnya Gred B (NGMP 3.0) dalam mata pelajaran Biologi dan Gred C dalam mana- mana satu mata pelajaran lain (Fizik/ Kimia/ Matematik/ Matematik M/ Matematik T)
  • Mendapat sekurang- kurangnya band 3 dalam MUET

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat – Sarjana Muda Sains Komputer dengan kepujian

  • Calon perlu mendapat minima PNGK 2.5 di peringkat STPM
  • Memperoleh sekurang- kurangnya Gred C (NGMP 2.00) di peringkat STPM dalam mana- mana dua mata pelajaran.
  • Mendapat Gred C/ Gred 6C di peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan dan mana mana satu mata pelajaran lain.
  • Mendapat sekurang- kurangnya Band 3 dalam MUET

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina – Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian

  • Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
  • Mendapat minima PNGK 3.0 di peringkat STPM
  • Mendapat minima Gred B- (NGMP 2.67) di STPM dalam mata pelajaran Matematik, Kimia dan Fizik.
  • Mendapat minima Band 3 dalam MUET.

Baiklah, harap sedikit info mengenai syarat kemasukan UKM lepasan STPM ini boleh menjadi panduan awal kepada anda. Sekali lagi nak ulang, jika mahu info lebih terperinci, ada baiknya masuk terus ke web portal rasmi UKM. Janganlah malas cari info, untuk kebaikan anda sendiri juga.