Syarat Kemasukan UTHM Lepasan Diploma Vokasional (PDF) Pelbagai Program Pengajian

Syarat kemasukan ke UTHM lepasan diploma vokasional

Mesti ramai adik-adik di luar sana yang dah jadi lepasan diploma vokasional berhasrat nak sambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kan?

Kebanyakan adik-adik yang nak masuk UTHM ni mesti nak jadi engineer kan?

Anda memang tidak salah memilih universiti kerana UTHM memang menawarkan pelbagai bidang kejuruteraan yang hebat-hebat!

READ: Syarat Kemasukan Program Asasi GMI Untuk Pelajar Malaysia

Adik-adik berminat nak masuk UTHM? Kalau ya, mari lihat syarat kemasukan universiti bagi lepasan diploma vokasional:

Syarat Am Kemasukan UTHM

  1. Untuk memasuki UTHM, anda mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat keputusan kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Malaysia kertas Julai dan Lulus (Gred E) bagi mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.
  2. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
  3. Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kohort 2013-2017, pemohon mestilah Lulus kertas peperiksaan Sejarah Kod 1251.
  4. Terdapat dokumen-dokumen yang telah disahkan yang perlu anda serahkan kepada pihak universiti, iaitu:
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad
  • Salinan SPM/Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Salinan Keputusan Sejarah Kod 1251
  • Salinan sijil STPM/Transkrip Diploma Penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
  • Salinan sijil MUET
  • Salinan MQA (Lepasan Diploma sahaja)
  • Salinan keputusan Bahsa Melayu/Matematik Julai (jika ada)

Jadi, syarat-syarat yang dinyatakan tadi adalah syarat am kemasukan UTHM bagi apa jenis kelayakan pun termasuklah lepasan diploma vokasional.

Kalau nak masuk sambung sarjana muda pula bagaimana syaratnya?

Bagi adik-adik lepasan diploma vokasional yang nak masuk ke program sarjana muda, berikut adalah syarat kemasukan yang ditetapkan:

  • Anda mestilah memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat nilai PNGK sama atau lebih daripada 3.00 atau permohonan anda boleh dipertimbangkan sekiranya mendapat PNGK sama atau lebih daripada 2.80 dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Lulus Kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus;

i) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00

ii) Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM KOD 1104

iii) PNGK Vokasional sama atau lebih daripda 2.67

iv) Kompeten semua modul Vokasional

  • Lulus kertas peperiksaan Sejarah Kod 1251 bagi calon SVM Kohort 2013 dan ke atas
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2/2.0 (Band 2/Band 2.0) dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Lulus ujian MEdSI
  • Lulus temu duga.
  • Pengajian memerlukan banyak kerja amali, oleh itu, calon mestilah tidak mempunyai ketidakupayaan anggota badan yang boleh menyukarkan aktiviti amali.

Download senarai syarat kemasukan ke UTHM untuk lepasan Diploma Vokasiona (PDF)

Rujuk di muka surat (slide) 64 hingga 67.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai syarat kemasukan UTHM dan program-program yang mereka tawarkan, anda boleh terus ke laman web Universiti Tun Husseion Onn Malaysia atau hubungi talian 07-4537681/7690/7683/7687/7375/7689/7696 atau email ppa@uthm.edu.my.