Terminal Bas Seremban: No Telefon & Hotel Berdekatan

Terminal Bas Seremban atau lebih popular dengan panggilan Terminal One merupakan stesen bas utama dan terbesar di Negeri Sembilan. Terminal ini menghubungkan Seremban dengan banyak bandar utama di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau dan Rembau serta negeri lain di sekitar Semenanjung Malaysia seperti Ipoh, Melaka dan Kedah.

Mahu book tiket bas secara online? >> DI SINI

Syarikat bas di Terminal One mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam mengendalikan bas ekspres ke pelbagai destinasi.

Terminal ini terletak bersebelahan dengan Terminal One Mall, sebuah shopping complex terbesar di Seremban.

Terdapat pebagai cara boleh digunakan untuk pergi ke terminal ini. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas, teksi serta KTM untuk sampai ke stesen bas ini.

Bas Express Di Terminal Bas Seremban

Terdapat pelbagai syarikat bas yang berpengalaman menawarkan servis bas berkualiti dari terminal bas tersebut ke destinasi lain. Antaranya ialah syarikat Plusliner, Transnasional, Starmart Express, Super Nice, Billion Stars, SE Super Express, Mayang Sari Express serta Maraliner.

Syarikat-syarikat express tersebut sangat popular dalam kalangan penumpang untuk servis bas yang berkualiti. Mungkin kerana mereka telah lama menyediakan perkhidmatan bas express di Semenanjung Malaysia maka jenama mereka dikenali ramai.

Stesen bas ini menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke pelbagai destinasi, bandar dan bandaraya utama di sekitar Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Servis bas ekspres dari Terminal One ke pelbagai destinasi dikendalikan pada setiap hari. Tambahan pula, kebanyakan bas akan beroperasi untuk lebih daripada satu trip.

Oleh itu, penumpang berpeluang untuk memilih waktu perjalanan yang sesuai mengikut kesesuaian diri. Berikut merupakan laluan perjalanan bas yang sangat popular di terminal bas ini.

  • Dari Seremban ke Kuantan
  • Dari Seremban ke Johor Bahru
  • Dari Seremban ke Singapura
  • Dari Seremban ke Ipoh
  • Dari Seremban ke Kuala Terengganu
  • Dari Seremban ke Port Dickson

Sebenarnya ada banyak lagi destinasi, di atas adalah yang paling popular sahaja. Jika anda ingin membuat booking tiket bas dan check trip ke mana-mana destinasi anda boleh gunakan applikasi online yang disediakan oleh EasyBook.com

Applikasi tersebut membolehkan anda check trip, jadual bas Terminal One Seremban dan harga tiket ke destinasi pilihan anda.

Harga Tiket Bas

Berikut merupakan anggaran harga tiket bas bagi laluan perjalanan popular dari Terminal One. Harga tiket boleh berubah mengikut jenis operator bas dipilih, musim serta promosi ditawarkan.

Ketika musim perayaan, harga tiket boleh naik sedikit. Manakala, harga tiket bas boleh menjadi murah daripada harga asal ketika musim promosi.

Namun, perkara ini bergantung sepenuhnya pada syarikat bas dipilih.

  • Dari Seremban ke Kuantan – dari RM24.10
  • Dari Seremban ke Johor Bahru – dari RM 28.40
  • Dari Seremban ke Singapura – dari RM 45.00
  • Dari Seremban ke Ipoh – dari RM 25.10
  • Dari Seremban ke Kuala Terengganu – dari RM 43.60

Harga tiket bas boleh disemak melalui website syarikat bas itu sendiri atau gunakan applikasi online dari easybook.com, redbus.my, catchthatbus.com atau busonlineticket.com

Cara Book Tiket Bas

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas di Terminal One Seremban boleh membeli tiket bas sama ada secara manual atau online.

Bagi kaedah manual, penumpang perlu pergi ke kaunter bas di bangunan Terminal One untuk membeli tiket bas. Kaedah ini agak meletihkan dan kemungkinan masalah kehabisan tiket boleh berlaku.

Manakala, bagi yang membeli tiket atas talian, anda perlu membuat penempahan tiket dahulu di portal online sebelum menukarkan slip tempahan kepada tiket di kaunter bas.

Menerusi kaedah online, penumpang berpeluang untuk memilih syarikat bas dan tempat duduk diingini serta bole merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Kemudahan Di Terminal

Terdapat pelbagai jenis kemudahan disediakan untuk para penumpang di Terminal One Seremban. Untuk pengetahuan pembaca, terminal ini terletak bersebelahan dengan pusat Terminal One Mall.

Oleh itu, para penumpang boleh ambil masa untuk shopping atau membeli barangan keperluan sebelum perjalanan di shopping mall ini.

Selain itu, terdapat perkhidmatan mesin ATM di Terminal One Mall untuk memudahkan urusan pengeluaran dan transaksi duit.

Terdapat perkhidmatan kaunter bagi setiap syarikat bas di terminal ini. Hal ini memudahkan penumpang yang ingin membeli tiket secara manual di kaunter sebelum perjalanan.

Penumpang yang ingin menjamu selera boleh bersinggah di kedai- kedai makanan di bangunan terminal.

Bagi yang ingin merasai makanan segera, anda boleh bersinggah di restoran makanan segera seperti KFC, McD atau Chicken Rice Shop di Terminal One Mall.

Kemudahan tandas serta surau disediakan untuk penumpang di bangunan Terminal One. Di samping itu, kemudahan pengangkutan lain seperti KTM dan teksi turut disediakan di sekitar terminal bas. Kemudahan KTM Seremban terletak hanya beberapa meter jauh dari terminal itu.

Bagi mereka yang membawa kereta ke stesen bas, anda boleh memarkir kereta di tempat parkir yang disediakan di bangunan Terminal One Mall. Penumpang perlu melakukan pembayaran untuk memarkir kenderaan dengan selamat di kawasan parkir. Penumpang hanya perlu membayar RM 2 per jam.

Alamat & Nombor Telefon

Berikut merupakan maklumat perhubungan terminal bas jika anda perlu berhubung dengan mereka. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor diberikan.

Alamat: F 36, Terminal One Shopping Centre, NO 20B, Jalan Lintang, 70200, Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: +60 6-7673193
Email: admin@terminal1sbn.com

Boleh layari website terminal1sbn.com jika perlu tahu lebih banyak mengenai Terminal One Shopping Centre.

Informasi mengenai bas KKKL Terminal 1 Seremban contact number boleh anda gunakan Hotline 24 Hours :+6012-708 2999 Office Number :+6012-784 9999 / +6010-2018699 atau layari website rasmi syarikat bas KKKL Express.

Hotel Berdekatan Terminal Bas

Jika tertinggal flight atau ingin mencari penginapan tidak jauh dari terminal bas, ada banyak hotel terletak berdekatan dengan stesen bas tersebut.

  • Hotel Seri Malaysia – 06-764 4181
  • OYO 89580 Carlton Star Hotel – 06-762 5336
  • OYO 680 Seremban Inn – 010-401 1393
  • D&F Boutique Hotel – 011-1255 1044
  • Royale Chulan Seremban – 06-766 6666
  • SS Hotel Seremban –  06-767 1919
  • Rafayeh Hotel – 06-767 1022
  • Orange Villa Hotel – 019-214 2330
  • Hotel Rasah Seremban –  06-762 9464

Semua hotel-hotel ini terletak dalam lingkungan kurang dari 1km dari stesen bas. Ianya memudahkan untuk dapatkan hotel yang terdekat, tambang teksi atau grab pun tidaklah mahal sangat nanti sebab jaraknya yang tidak jauh.

Pihak berkuasa tempatan sekarang ini giat meningkatkan prasarana dan mempromosi industri pelancongan di daerah tersebut. Anda boleh membaca maklumat senarai tarikan pelancong di daerah tersebut di website rasmi Majlis Bandaraya Seremban.

Kalau rajin boleh jalan kaki sahaja untuk ke hotel-hotel ini.

Semoga sedikit informasi mengenai Terminal Bas Seremban ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama kita menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam tempatan dalam negara kita