Terminal Bas Sungai Nibong: Contact Number & Alamat Terminal Bas

Terminal Bas Sungai Nibong adalah salah satu terminal bas yang sibuk dan popular di Penang. Jika anda pernah gunakan stesen bas tersebut sudah tentu anda bersetuju bahawa ianya adalah yang terbesar di negeri tersebut selain terminal bas Butterworth.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online lebih awal >> DI SINI

Jika anda belum pernah menggunakan terminal ini, mungkin sedikit informasi yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran mengenai lokasi atau alamat  dan juga contact number stesen bas tersebut.

Terminal Bas Sungai Nibong Penang

Terminal ini merupakan terminal bas yang telah dibangunkan di Sungai Nibong. Terminal ini sangat berdekatan dengan pusat bandar, Bukit Jambul dan jambatan Penang. Lokasi terminal ini dibangunkan boleh dianggap sangat berstrategik iaitu di antara bahagian utara dan selatan negeri Pulau Pinang.

Selain itu, terminal ini berfungsi untuk menawarkan perkhidmatan bas ekspres dan servis bas antara bandar (intercity bus) untuk para penumpang di sekitar kawasan Pulau Pinang. Operator- operator bas di terminal ini mengendalikan trip bas ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Secara umum, terdapat dua stesen bas utama di terminat tersebut. Salah satu stesen bas terletak di bahagian pintu masuk terminal di sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah. Manakala, satu lagi stesen terletak di sepanjang Jalan Sungai Dua. Stesen bas ini terletak hanya 20 minit jauh dari lapangan terbang Penang.

Cara Pergi Ke Terminal

Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke terminal bas tersebut. Antara kaedah paling mudah dan murah yang sering kali menjadi pilihan penumpang ialah perkhidmatan teksi dan bas.

Tambang teksi dari Georgetown ke Terminal Bas Sungai Nibong ialah dalam anggaran RM 25 hingga RM 35. Manakala, jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan dengan menaiki teksi ialah dalam 15 minit sahaja.

Bagi yang memilih perkhidmatan bas, harga tiket bas dari Georgetown ke terminal bas ialah dalam RM 2 sahaja.

Tetapi, masa perjalanan untuk sampai ke terminal bas agak lama berbanding dengan teksi iaitu dalam 20 minit. Pastikan penumpang merancang perjalanan lebih awal jika tidak ingin tersesak dalam trafik jalan.

Ramai yang lebih selesa guna perkhidmatan Grab kerana mungkin lebih murah dengan kondisi kereta yang bersih dan terkini.

Syarikat bas Popular Di Terminal Tersebut

Terdapat beberapa antara syarikat bas  popular yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari terminal bas ini ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia serta Singapura.

Syarikat- syarikat tersebut sering menjadi pilihan penumpang untuk perkhidmatan bas berkualiti serta tambang bas berpatutan.

Antara syarikat popular ialah Plus Liner, New Asian Travel, Nice, Season Express, Billion Stars, KBES, Persada dan Transnasional.

Bas-bas syarikat dinyatakan biasanya beroperasi pada setiap hari dari terminal ini ke pelbagai destinasi.

Destinasi Popular Dari Terminal Bas Ini

Stesen bas ini mengendalikan servis bas ekspres ke beberapa destinasi popular di sekitar Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan senarai laluan perjalanan popular yang biasa dikendalikan oleh syarikat bas dari terminal ini serta harga ditawarkan bagi setiap trip perjalanan.

Kebanyakan syarikat bas akan menawarkan lebih daripada satu trip bas bagi laluan perjalanan ini setiap hari.

  • Kangar – dari RM 17.10
  • Kuala Lumpur – dari RM 28.88
  • Alor Setar – dari RM 12.90
  • Ipoh – dari RM 17.00
  • Kuala Perlis – dari RM 17.10

Harga tambang bas ke destinasi-destinasi tersebut boleh berubah-ubah dari masa ke semasa. Kalau perlu semak senarai tambang bas terkini boleh check guna applikasi online EasyBook.com.

Kemudahan

Terminal ini mempunyai pelbagai kemudahan menarik dan selesa untuk para penumpang.

Bangunan terminal ini dilengkapi dengan pendingin hawa serta mempunyai tempat duduk yang selesa untuk penumpang yang menunggu untuk bas.

Selain itu, bagi penumpang yang ingin menjamu selera sebelum perjalanan, anda boleh bersinggah di gerai makanan terkenal di sekitar terminal iaitu Teluk Bayan Cafe di Kampung Sungai Nibong.

Untuk pilihan makanan yang bervariasi, anda boleh mengunjungi ke Super Tanker Food Centre di Taman Lip Sin.

Restoran ini sangat berdekatan dengan terminal bas. Penumpang boleh sampai ke sini dalam 8 minit dengan berjalan kaki.

Stesen teksi (taxi stand) terletak di bahagian hadapan terminal bas  di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah.

Jadi, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk pergi ke pelbagai destinasi dari terminal bas.

Kemudahan lain seperti tandas, surau, ruang rehat untuk VIP serta tempat mengecas telefon bimbit disediakan di terminal ini.

Perkhidmatan mesin ATM turut disediakan untuk penumpang melakukan pengeluaran serta transaksi duit dengan mudah.

Di samping itu, terdapat kaunter tiket di tingkat pertama bangunan terminal. Oleh itu, penumpang yang tidak sempat menempah tiket atas talian, boleh mendapatkan tiket secara manual di kaunter tiket ini.

Maklumat Perhubungan

Mungkin anda perlukan maklumat nombor telefon (contact number) terminal ini atas urusan-urusan tertentu.

Bagi sesiapa yang ingin menghubungi stesen bas tersebut, berikut merupakan nombor ofis serta alamat rasmi terminal bas.

  • Nombor telefon: +604- 659 2099

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Dua Bukit , Penang, 11900 Bayan Lepas, Malaysai. Tidak ada website terminal tersebut.

Mengikut carian kami terminal ini di bawah pengawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Anda boleh layari laman website rasmi MBPP.

Hotel Berdekatan Terminal Bas

Terdapat beberapa buah hotel dibangunkan di sekitar terminal bas ini untuk memudahkan penumpang yang datang dari jarak jauh berehat.

Ianya juga penting untuk anda sediakan diri berhampiran terminal bas untuk mengelak tertinggal bas atau lewat sampai dan terpaksa mencari tempat bermalam.

Berikut merupakan senarai hotel menarik yang berdekatan dengan terminal ini.

  • D Pearl Hotel – No Telefon: 04- 659 0809
  • M Qube Hotel – No Telefon: 04- 641 1999
  • B-Hotel – No Telefon: 04- 657 0000
  • Island Hotel – No Telefon: 018- 355 5300
  • Arte S Penang – No Telefon: 012- 590 6588
  • Farin Hotel – No Telefon: 04- 283 9302

Semoga perkongsian info mengenai Terminal Bas Sungai Nibong ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share.