Jadual & Harga Tiket Bas Ke Cameron Highland
Harga tiket bas ke Cameron Highland dari RM38.00 dari TBS Kuala Lumpur. Penumpang boleh semak jadual bas dan book tiket secara online. Banyak portal khas yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Jika anda belum pernah bercuti atau jalan-jalan ke Cameron Highland dan sedang mempertimbangkan rancangan percutian, inilah masanya semasa cuti-cuti yang panjang sekarang ini.
Cuaca yang sejuk dengan pemandangan indah pasti akan menjadikan percutian anda menarik.
Penumpang boleh beli tiket bas online >> DI SINI
Tidak susah untuk pergi ke sana kerana banyak pakej bas dan travel agents yang menawarkan pakej pelancongan ke sana.
Anda juga boleh memandu kereta sendiri atau naik motor sahaja pun boleh. Kalau pergi ramai-ramai boleh sewa bas dan kongsi-kongsi bayar.
Bagi kami cara yang paling mudah untuk ke sana ialah menaiki bas.
Pengalaman naik bas ke Cameron Highland menarik kerana pemandangan sepanjang jalan yang menarik.
Harga Tiket Bas Ke Cameron Highland
Jika menaiki bas, pengunjung boleh ke Cameron Highland dari berberapa terminal bas utama di Semenanjung Malaysia.
Di bawah ada sedikit senarai untuk panduan anda iaitu perjalanan dari TBS, Penang, Perak dan Pahang.
Anda boleh pergi ke terminal bas berdekatan seperti TBS dan KL Sentral untuk dapatkan bas ke Cameron Highland.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – Cameron Highland dari RM38.00
- Penang – Cameron Highland dari RM30.00
- Ipoh, Perak – Cameron Highland dari RM25.00
- KL Sentral – Cameron Highland dari RM40.00
Harga tiket bas ke Cameron Highland mungkin berbeza antara syarikat pengusahan bas yang menawarkan perkhidmatan ke kawasan peranginan tersebut.
Terminal bas yang biasanya selalu digunakan ialah dari TBS ke Cameron Highland kerana kekerapan tinggi bas bertolak dari TBS ke Cameron Highland.
Jika anda dari utara Semenanjung Malaysia, anda boleh dapatkan bas dari Penang dan Perak.
Jika anda biasa menggunakan perkhidmatan applikasi online untuk beli tiket bas seperti redbus.my, catchthatbus.com dan easybook.com, maklumat harga, jadual perjalanan bas dan pick-up point boleh anda lihat dalam satu paparan sahaja.
Tarikan Pengunjung Di Cameron Highlands
Nanti bila sampai ke Cameron Highland apa aktiviti yang boleh anda lakukan? Ramai yang berpendapat Genting Highland lebih menarik dan banyak aktiviti berbanding Cameron Highland.
Rasanya itu terpulang pendapat masing-masing, jika anda individu yang sukakan pemandangan alam sekitar, santai-santai menikmati ladang teh, aktiviti hiking dengan cuaca yang nyaman Cameron Highland adalah tempat yang ideal.
Jika anda gemarkan tempat seperti shopping, dan theme parks Genting Highland adalah tempatnya. Anda juga berpeluang naik cable car di Genting Highland.
Ok, sebelum itu baca dululah info lengkap mengenai Cameron Highland untuk dapatkan gambaran kawasan tanah tinggi yang popular ini.
Antara tarikan pengunjung yang popular di Cameron Highland ialah Boh Sungei Palas Tea Estate, Ee Feng Gu Honey Bee Farm, Time Tunnel, Sam Poh Temple, Raaju’s Hill Strawberry Farm, Lata Iskandar dan Cameron Butterfly Farm.
Jika anda punya masa, sebenarnya senarai tempat menarik yang lengkap ada terdapat di website rasmi Majlis Daerah Cameron Highland. Anda boleh membacanya di sana.
Senarai Hotel Di Tanah Rata Cameron Highland
Jika ke Cameron Highland, menginap berberapa malam di sana adalah yang terbaik. Jika anda ingin menikmati suasana dan tidak mahu tergesa-gesa carilah penginapan yang baik dan menepati badget anda.
Biasanya pengunjung akan mencari hotel di sekitar Tana Rata iaitu pekan terbesar di Cameron Highland dan juga merupakan pusat pentadbiran di kawasan tersebut.
Di tanah rata senang untuk anda kerana kemudahan seperti kedai, restauran, bank dan pejabat awam ada di tempat tersebut.
- Cameronian Inn – Dari RM65 / malam
- Zetter Suits – Dari RM147 / malam
- Arundina Cameron Highland – Dari RM182 / malam
- ATS Cameron Hotel – Dari RM179 / malam
- Orchid Haven – Dari RM90 / malam
- Planters Hotel – Dari RM155 / malam
- Heritage Hotel Cameron Highlands – Dari RM188 / malam
- Casa Loma – Dari RM225 / malam
- Cameron Golden Hills Resort – Dari RM230 / malam
- CH Green Stay Resort – Dari RM250 / malam
- Century Pines Resort – Dari RM250 / malam
Jika anda lebih berminat untuk menginap di homestay, terdapat banyak pilihan homestay di sekitar kawasan tersebut. Sebenarnya homestay banyak terdapat di merata tempat di sekitar Cameron Highland.
Antara homestay yang bagus ialah The Grand Haven Duplex Penthouse, Zetter Suites, Apartment Aaron @ Crown Imperial, My Home N2 @ Golden Hills Night Market, CH Green Stay Resort Apartment, My Home N12 @ Golden Hills Night Market, Rata House, Andy Homestay Cameron Jaya, DreamScape Apartment @ Golden Hill, Arundina Cameron Highlands, Cameron Prima Apartment @ Cameron Jaya, Nazmi & Linda Cameron Homestay, Sekata Apartment dan banyak lagi.
Anda hanya perlu tanya pakcik google untuk mencari homestay di kawasan sekitar Cameron Highland.