Tiket Bas Ke Taiping: Harga Tiket & Jadual Bas

Tiket bas ke Taiping harga dari RM 27.00 dan juga informasi jadual bas ke destinasi tersebut dari pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Tidak ramai yang mungkin tahu bahawa Taiping turut dikenali sebagai “harta karun negara”? Bandar ini merupakan sebuah pusat bandar lama dan bersejarah di Perak dan memiliki pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk sektor pelancongan.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Antara tempat paling popular dalam kalangan pelancong ialah Air Terjun Pecah Batu, Kuala Sepetang, Rumah Rehat Bandar dan Bukit Larut.

Kepada mereka yang merancang untuk ke Taiping guna bas express, salah satu cara untuk pergi ke Taiping dari pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Ada banyak bas express yang memberikan perkhidmatan ke bandar tersebut dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia.

Harga Tiket Bas Ke Taiping

Harga tiket bas bergantung pada jarak perjalanan, syarikat bas serta perkhidmatan disediakan dalam bas. Kebanyakan bas express sekarang ini menawarkan perkhidmatan berkualiti dan berusaha mempertingkatkan kemudahan untuk penumpang dalam bas.

Oleh itu, harga tiket boleh menjadi mahal sedikit berbanding dengan perkhidmatan bas yang kemudahannya kurang. Itu tentulah, menyediakan kemudahan untuk keselesaan penumpang memerlukan kos yang tinggi.

Contohnya menyediakan ‘port’ tempat mengecas mobile phone di setiap tempat duduk dan juga kemudahan WiFi dalam bas.

Biasanya, tambang bas menjadi mahal sedikit berbanding harga asal ketika musim perayaan. Namun, perkara ini bergantung pada operator bas dipilih.

Selain itu, penumpang boleh memperoleh harga tiket murah melalui diskaun serta promosi yang ditawarkan oleh operator bas.

Jadi, penumpang perlu teliti dengan perubahan harga tiket bas yang ditawarkan. Anda boleh melakukan semakan harga tiket bas di portal online.

Berikut merupakan anggaran harga tiket bas ke destinasi tersebut dari pelbagai destinasi.

  • Shah Alam – dari RM 38.00
  • Larkin – dari RM 58.00
  • Kuantan – dari RM 50.00
  • Kota Bahru – dari RM 35.10
  • Seremban – dari RM 33.00
  • Melaka Sentral – dari RM 40.00

Harga tiket bas ini boleh berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya kenaikan harga minyak. Kami akan kemaskini jika berlaku apa-apa perubahan terkini pada masa akan datang.

Sebenarnya cara paling mudah ialah membuat semakan hargi tiket bas secara online di applikasi online seperti EasyBook.com.

Contoh interface portal EasyBook.com untuk semakan harga tiket dan jadual bas.

Jadual Bas Express

Jadual perjalanan bas berbeza bagi syarikat berlainan. Pastikan penumpang semak waktu bertolak bas dengan teliti bagi laluan perjalanan tertentu ketika menempah tiket bas. Waktu perjalanan mungkin boleh berubah ketika musim perayaan disebabkan keadaan trafik yang teruk.

Selain itu, jumlah masa perjalanan mungkin tidak sama bagi operator bas berlainan. Sesetengah operator bas berhenti di lebih banyak pusat R& R untuk berehat berbanding dengan operator lain.

Berikut merupakan jadual perjalanan bas ke Taiping, Perak dari pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia.

Shah Alam ke Taiping

Antara syarikat popular mengendalikan perjalanan dari Shah Alam ke Taiping, Perak ialah D Amour Enterprise, Jasmine Express dan Naik Selalu Express.

Sejumlah 33 trip bas disediakan untuk perjalanan ini. Bas pertama bagi syarikat D Amour Enterprise dan Naik Selalu disediakan pada pukul 8.45 malam dan 10 pagi.

Manakala, bas pertama dan bas terakhir bagi syarikat Jasmine Express beroperasi pada pukul 10.45 pagi dan 10.30 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 3 jam lebih. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam anggaran 272 km.

Larkin ke Taiping

Syarikat popular seperti Jadam Express, Starmart Express, Supernice Grassland dan Sin Yong Express menyediakan perkhidmatan bas ekspress bagi laluan perjalanan Larkin – Taiping.

Sebanyak 27 trip bas disediakan untuk perjalanan dari Larkin, Johor ke Taiping. Bas pertama akan bergerak dari Larkin pada pukul 9.44 pagi manakala, bas terakhir beroperasi pada jam 9.45 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Taiping ialah dalam 6 jam 30 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan Larkin- Taiping ialah sejauh 336 km.

Kuantan ke Taiping

Syarikat Etika Express dan Starmart Express menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari Kuantan ke Taiping. Jumlah trip disediakan bagi laluan ini agak terhad iaitu hanya dalam 2 trip.

Bas pertama bagi syarikat Etika Express mula beroperasi agak lewat iaitu pada pukul 10.30 malam. Manakala, bas pertama bagi syarikat Starmart Express beroperasi pada pukul 9 pagi.

Jumlah masa diambil bagi laluan Kuantan- Taiping ialah dalam anggaran 7 jam. Jumlah jarak perjalanan bagi trip ini ialah sejauh 480 km.

Kota Bharu ke Taiping

Syarikat Konsortium Bas Express merupakan operator terkenal yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Kota Bharu – Taiping.

Perkhidmatan bas pertama dan terakhir hanya disediakan pada pukul 9 malam bagi trip ini. Selain itu, syarikat ini hanya menawarkan 1 trip sahaja bagi laluan ini.

Purata masa perjalanan dari Kota Bahru ke Taiping ialah dalam 7 jam lebih. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 343 km.

Seremban ke Taiping

Syarikat berpengalaman seperti Jasmine Express, KPB Seremban Enterprise, Starmart Express serta Economy Express menyediakan perkhidmatan bas express berkualiti kepada penumpang untuk perjalanan Seremban – Taiping.

Sebanyak 17 trip bas beroperasi dari Seremban ke Taiping. Secara keseluruhan, bas pertama dan terakhir beroperasi pada pukul 9.30 pagi dan 9 malam. Bas pertama bagi syarikat Jasmine Express dan KPB Seremban Enterprise beroperasi pada pukul 9.30 pagi dan 10.45 pagi. Manakala, syarikat Starmart Express dan Economy Express menawarkan bas pertama pada pukul 9 malam dan 11 pagi.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 5 jam. Jarak perjalanan antara Seremban dan Taiping ialah 337 km.

Melaka Sentral ke Taiping

Syarikat KPB Express menyediakan perkhidmatan bas untuk laluan Melaka Sentral – Taiping. Jumlah trip disediakan oleh syarikat ini ialah sebanyak 3 kali.

Bas pertama mula beroperasi dari pukul 8.30 pagi setiap hari. Manakala, bas terkahir bergerak dari Melaka Sentral ke Taiping ialah pada pukul 9 malam.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke Taiping ialah dalam 6 jam. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 471 km.

Cara Book Tiket Bas

Penempahan tiket boleh dibuat di portal online seperti Easybook.com, redBus.my serta CatchThatBus.com.

Langkah untuk melakukan penempahan tiket sangat mudah dan menjimatkan masa. Jadi, penumpang tidak perlu membazir masa beratur di kaunter membeli tiket.

Menerusi penempahan online, penumpang boleh merancang perjalanan dengan lebih efektif serta berpeluang untuk memperoleh diskaun untuk tambang bas.

Caranya senang sahaja. Hanya perlu follow step-by-step di applikasi online dan semuanya nanti akan selesai.

Jika anda ke Taiping dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, layari portal Destinasi Menarik Taiping. Di sana ada senarai tarikan pelancong yang boleh anda lawat. Antaranya ialah Zoo Taiping dan Night Safari.

Baiklah, harap perkongsian info mengenai jadual dan harga tiket bas ke Taiping ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasa industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.

Informasi Berkaitan

Berapa harga tambang atau tiket bas dari TBS ke Kamunting?

Harga tambang bas dari TBS ke Kamunting dari RM 27.00. Anda boleh book tiket secara online.

Berapa jarak perjalanan dari KL ke Taiping?

Jarak perjalanan antara KL dan Taiping ialah lebih kurang 267 KM. Masa yang diambil perjalanan guna bas express sekitar 3 hingga 4 jam.

Adakah perkhidmatan bas dari KLIA2 ke Taiping dan berapa harga tambang bas?

Ada. Bas Starmart Express biasanya menyediakan perkhidmatan tersebut dari KLIA2 ke Taiping. Harga tambang bas dari RM 49.00 sehala. Anda boleh book tiket secara online.

Berapa harga tambang atau tiket bas dari TBS ke Simpang Taiping?

Anda boleh naik bas dari TBS ke Medan Simpang Taiping. Harga tambang bas dari RM 27.00 sehala.