Jadual & Harga Tiket Bas Ke Tanah Merah Kelantan

Harga tiket bas ke Tanah Merah Kelantan dari RM 34.00 dari Selangor dan Kuala Lumpur. Semakan jadual perjalanan bas boleh dibuat di portal atau apps online yang banyak disediakan sekarang ini.

Daerah Tanah Merah, Kelantan ini adalah antara daerah yang agak popular untuk pelancong. Banyak syarikat bas menyediakan perkhidmatan ke destinasi tersebut.

Penumpang boleh buat pembelian tiket tanpa perlu ke stesen bas, tetapi menggunakan applikasi online.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Biasanya ada perbezaan harga antara syarikat pengusaha bas express yang memberikan perkhidmatan ke destinasi tersebut.

Cara paling senang untuk pilih harga tiket dan jadual perjalanan bas ialah dengan beli tiket bas secara online.

Dalam satu paparan sahaja anda boleh semak semua kadar harga tambang dan jadual bas express bertolak dari mana-mana terminal bas ke stesen bas Tanah Merah Kelantan.

Ada banyak portal-portal online yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas secara online sekarang ini seperti easybook.com, Redbus.my, catchthatbus.com dan busonlineticket.com.

Anda pilih sahaja mana-mana portal yang anda suka. Kami selalu gunakan perkhidmatan Easybook.com untuk tujuan booking tiket secara online.

Jadual  dan Harga Tiket Bas Ke Tanah Merah

Tentu ramai yang ingin mencari harga tiket yang paling rendah atau murah bukan? Cara terbaik ialah menggunakan applikasi online seperti easybook.com.

Portal tersebut akan menyediakan senarai harga tiket dan jadual bas dari kawasan-kawasan seperti dalam senarai di bawah;

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Tanah Merah – dari RM 34.00
  • Kuantan ke Tanah Merah – dari RM 35.00
  • Ipoh ke Tanah Merah – dari RM 34.00
  • Kuala Terengganu ke Tanah Merah – dari RM 15.70
  • Melaka ke Tanah Merah – dari RM 55.00
  • Shah Alam ke Tanah Merah – dari RM 37.30

Terminal Bas

Terminal bas Tanah Merah Kelantan terletak di pekan tersebut berdekatan dengan Pasaraya Salamku di tepi jalan besar.

Ini memudahkan akses keluar dan masuk bas-bas ekspress yang menggunakan stesen bas tersebut.

Jika anda ingin berhubung dengan terminal bas tersebut, mungkin alamat perhubungan di bawah boleh anda gunakan

Jalan Pasir Mas – Tanah Merah,
Tanah Merah, 17500 Tanah Merah,
Kelantan
Telefon: 013-666 4046

Di bawah kami kongsikan dengan anda lokasi terminal bas tersebut dari Google Maps untuk membantu anda.

Tarikan Pengunjung

Senarai tarikan pelancong di daerah Tanah Merah Kelantan

Ramai juga yang tanya, apa yang menarik di Tanah Merah yang datang untuk berkunjung ke daerah tersebut?

Tentu ada tarikannya. Orang kata tak kenal maka tak cinta… ungkapan ini memang ada kebenaranya.

Tidak rugi jika pada percutian anda selepas ini, daerah Tanah Merah di Kelantan menjadi pilihan anda.

Salah satunya ialah Lata Hujan di Tanah Merah. Tempat ini juga dikenali sebagai Lata Hujan Ulu Kusial.

Ada air terjun di mana anda boleh berkelah, mandi-mana dan menikmati keindahan semulajadi yang asli.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai tempat menarik di Tanah Merah anda boleh layari laman website rasmi Majlis Daerah Tanah Merah.

Di sana ada maklumat lokasi dan senarai tempat-tempat menarik di daerah tersebut. Memang agak banyak juga dan lebih banyak produk pelancongan akan diperkenalkan pada masa akan datang.