Tiket Bas Ke Teluk Intan Harga & Jadual Bas

Tiket bas ke Teluk Intan Perak harga tambang bas dari RM 15.60 dari Kuala Lumpur.  Pernah sampai ke Teluk Intan? Teluk Intan merupakan sebuah bandar terbesar di daerah Hilir, Perak. Antara tempat pelancongan popular di sini ialah Batu Tenggek, Menara Jam Condong dan Lapangan Terbang Jendarata.

Penumpang boleh beli tiket bas secara online >> DI SINI

Terdapat pebagai cara boleh digunakan untuk pergi ke Teluk Intan. Kali ini kami mahu share sedikit informasi mengenai bas express ke destinasi tersebut. Semua tahu naik bas express adalah cara paling murah untuk pergi ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia.

Sebenarnya banyak syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas express dari KL ke Teluk Intan. Antara syarikat berpengalaman dalam menawarkan servis bas berkualiti ke Teluk Intan dari pelbagai destinasi ialah Transnasional, Star Coach Express dan Maju Express.

Di bawah adalah antara bas express menghubungkan destinasi ini dari Kuala Lumpur.

  • Maju Express
  • Sepakat Liner Express
  • Sri Theven Travel & Tours Sdn Bhd
  • Star Coach Express Sdn Bhd
  • Transnasional

Senarai bas express yang lebih banyak boleh dilihat di applikasi EasyBook.com.

Bas Express Ke Teluk Intan

Seperti yang sudah disebut tadi, banyak bas express bagi perkhidmatan ke destinasi ini. Harga tambang bas pula tentunya jauh lebih murah dan berpatutan berbanding dengan harga tiket kapal terbang atau kos perjalanan dengan memandu kereta. Lagi pula tidak ada perkhidmatan flight ke destinasi tersebut.

Harga tiket bas bergantung pada jenis syarikat bas dipilih serta perkhidmatan ditawarkan. Penumpang yang bijak akan mengambil langkah untuk membandingkan harga dan kualiti servis yang ditawarkan oleh syarikat bas. Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah di portal menempah tiket.

Selain itu, penumpang turut boleh memperoleh harga tiket murah daripada harga biasa ketika musim promosi.

Jadi, anda dinasihatkan agar sentiasa rajin menyemak harga tiket bas di laman web syarikat bas atau portal menempah tiket dari masa ke masa supaya tidak melepaskan peluang memperoleh tiket bas murah.

Berikut merupakan harga tiket bas ke Teluk Intan, Perak dari pelbagai destinasi.

  • Shah Alam – dari RM 14.80
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 18.00
  • Seremban – dari RM 33.00
  • Johor Bahru – dari RM 65.00
  • Kota Bahru – dari RM 50.40
  • Kuala Kangsar – dari RM 13.90
  • Kubang Kerian – dari RM 53.70

Harga tambang bas sering berubah-ubah dari masa ke semasa, anda boleh semak harga tiket bas terkini dari applikas online yang banyak terdapat sekarang ini. Lebih mudah dan senang anda boleh terus book tiket bas anda secara online juga.

Jadual Bas

Servis bas ekspres ke Teluk Intan ditawarkan dari pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia setiap hari. Bas akan beroperasi untuk lebih daripada satu trip.

Oleh itu, penumpang berpeluang untuk memilih waktu perjalanan yang sesuai mengikut kesesuaian sendiri. Berikut merupakan jadual perjalanan bas ke Teluk Intan dari pelbagai destinasi seperti TBS, Kubang Kerian dan Seremban.

Pastikan anda mengambil perhatian kepada waktu bas pertama dan terkahir beroperasi untuk mengelakkan masalah ketinggalan bas.

Shah Alam 

Syarikat Transnasional dan SMB Express biasanya tawarkan perkhidmatan bas untuk laluan Shah Alam – Teluk Intan. Bas pertama dan terakhir bagi syarikat Transnasional ditawarkan pada pukul 9.00 pagi dan terakhir pada 7.00 malam.

Manakala, bas pertama bagi syarikat SMB Express mula beroperasi dari pukul 12.00 tengah hari setiap hari. Tempoh masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam anggaran 2 jam 15 minit.

Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 168 km.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur

Antara syarikat popular menawarkan servis bas untuk perjalanan ini ialah Star Coach Express, Maju Express, Sepakat Liner Express dan Transnasional.

Syarikat Transnasional menyediakan perkhidmatan bas dari pukul 8.20 pagi hingga pukul 10.00 malam. Manakala, bas syarikat Star Coach Express pula beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga pukul 7.00 malam setiap hari.

Bas syarikat Maju Express dan Sepakat Liner Express mula beroperasi dari pukul 2 pagi dan 10.30 pagi setiap hari.

Boleh lihat jadual bas TBS ke Teluk Intan di bawah.

Jadual bas ke Teluk Intan dari Kuala Lumpur

Tempoh perjalanan diambil untuk sampai ke Teluk Intan dari TBS ialah dalam 2 jam 30 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan TBS- Teluk Intan ialah dalam anggaran 342 km.

Seremban

Syarikat Transnasional menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Terminal bas Seremban ke Teluk Intan. Bas pertama dan terakhir akan bergerak dari Seremban ke Teluk Intan pada pukul 11.30 pagi dan 8.15 malam setiap hari.

Selain itu, syarikat SMB Express turut mengendalikan perkhidmatan bas bagi laluan ini dari pukul 10.30 pagi setiap hari.

Tempoh masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 3 jam 45 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan Seremban- Teluk Intan ialah 233 km.

Johor Bahru

Terdapat beberapa syarikat utama mengendalikan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Johor Bahru ke Teluk Intan.

Syarikatnya ialah LPMS, Sin Yong dan SMB Express. Bas syarikat LPMS akan beroperasi dari pukul 10.15 pagi hingga 9.45 malam.

Manakala, bas syarikat Sin Yong Express beroperasi dari pukul 9.00 pagi. Syarikat SMB Express menawarkan servis bas dari pukul 10.00 pagi setiap hari.

Anggaran purata masa perjalanan diambil untuk trip bagi laluan Johor Bahru- Teluk Intan ialah dalam 7 jam lebih. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah 496 km.

Kota Bahru

Syarikat Transnasional (SKMK) menawarkan servis bas ke laluan ini. Bas ini beroperasi dari pukul 9.45 pagi hingga 9.00 malam.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Teluk Intan ialah dalam 8 jam 45 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 440 km.

Kuala Kangsar

Transnasional memberikan perkhidmatan bas untuk para penumpang dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan.

Bas pertama dan terakhir hanya akan beroperasi pada pukul 12.45 tengah hari setiap hari.

Tempoh masa perjalanan diambil untuk sampai ke Teluk Intan ialah dalam 1 jam 50 minit.

Kubang Kerian

Syarikat Transnasional menawarkan servis bas ke laluan Kubang Kerian – Teluk Intan. Bas akan beroperasi pada setiap hari dari pukul 9.15 pagi hingga 8.30 malam.

Tempoh perjalanan diambil untuk sampai ke Teluk Intan ialah dalam 7 jam 30 minit. Jarak perjalanan bagi trip ini ialah 435 km.

Terminal Bas Teluk Intan

Bas Stesen Teluk Intan atau lebih popular dengan panggilan Terminal Intan merupakan terminal bas ekspres terbesar di Teluk Intan.

Terminal bas ini menawarkan perkhidmatan bas kepada penduduk tempatan untuk pergi ke tempat lain dari Teluk Intan serta balik ke Teluk Intan dari destinasi lain.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk para penumpang di Terminal Intan. Antaranya ialah perkhidmatan teksi yang disediakan untuk penumpang yang ingin pergi ke tempat lain dari Terminal bas.

Selain itu, terdapat perkhidmatan lain seperti surau untuk umat Islam sembahyang, tandas serta tempat mandi.

Cara Beli Tiket Bas Ke Teluk Intan

Tiket bas boleh ditempah dengan mudah di portal online seperti Easybook.com, busticketonline.com, CatchThatBus.com dan juga dari portal milik syarikat bas itu sendiri.

Menerusi penempahan online, penumpang berpeluang untuk memilih syarikat bas, tempat duduk serta masa perjalanan yang sesuai.

Cara ini sangat mudah, menjimatkan masa serta tenaga. Slip tempahan tiket boleh ditukarkan dengan tiket sebenar di kaunter bas pada hari perjalanan.

Anda bolehlah book tiket lebih awal dengan membuat tempahan secara online dari applikasi-aplikasi online tersebut.

Pengujung pertama kali ke Teluk Intan boleh rujuk Tourism Teluk Intan untuk baca tarikan pelancong yang ada di daerah tersebut atau website rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan. Di sana ada maklumat terperinci mengenai tarikan pelancong yang ada di daerah tersebut.

Harap informasi mengenai tiket bas ke Teluk Intan ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah kita bersama-sama membantu memperkasakan dan menyokong industri pelancongan di negara kita yang tercinta ini.

Informasi Berkaitan

Berapa harga tambang bas dari Kajang ke Teluk Intan?

Kos atau harga tiket bas dari Kajang ke Teluk Intan lebih kurang RM 21.00 sehala. Sila check dengan bas express pilihan anda untuk harga tambang terkini.

Masa perjalanan dari KL ke Teluk Intan berapa jam?

Jarak dari KL ke Teluk Intan ialah lebih kurang 160 KM dengan masa perjalanan menggunakan bas sekitar 3 jam 47 minit sahaja bergantung kepada situasi / keadaan lalulintas semasa.

Adakah terdapat perkhidmatan bas dari Rawang ke Teluk Intan?

Sila semak harga tiket dan jadual bas secara online di applikasi online seperti easybook.com atau contact syarikat bas pilihan anda. Pilihan terbaik ialah anda menaiki bas dari Terminal Bas Shah Alam atau TBS.

Berapa harga tiket bas Teluk Intan ke Kuala Terengganu?

Anda boleh ambil bas dari Kampar atau juga Tapah ke Kuala Terengganu. Harga tambang untuk destinasi tersebut lebih kurang RM 62.00 sehala

Adakah perkhidmatan bas Taiping ke Teluk Intan dan berapa harga tiket?

Anda boleh semak jadual perjalanan dan harga tiket bas untuk laluan tersebut melalui applikas online atau check di kaunter tiket di terminal bas yang terdekat dengan anda.