Tiket Bas Larkin Ke TBS: Harga Tiket & Booking Online

Tiket bas Larkin ke TBS dari RM 30.00 dan dari destinasi lain di seluruh Semenanjung Malaysia. Ramai sebenarnya penumpang guna bas dari Johor ke KL nie.

Merancang untuk berkunjung ke Kuala Lumpur (KL)? Rasanya info ini penting untuk penumpang-penumpang dari Johor atau Singapore yang ingin berkunjung ke KL dari Larkin Sentral.

Ianya juga mungkin bermanfaat untuk rujukan harga tambang bas dari terminal bas tersebut ke pelbagai destinasi lain.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Setiap hari beribu-ribu penumpang tiba di TBS atau Terminal Bersepadu Selatan.

Ini mungkin kerana terminal bas ini yang menghubungkan banyak destinasi di seluruh semenanjung Malaysia, Singapore dan Hat Yai Thailand.

Biasanya penumpang bas ke destinasi lain akan menaiki bas ke TBS sebelum mengambil bas seterusnya ke destinasi berikutnya.

Walau bagaimanapun kini banyak syarikat bas menyediakan perkhidmatan bas terus ke banyak destinasi tanpa perlu melalui TBS.

Jika anda ingin menaiki bas dari stesen bas Larkin ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia, anda boleh booking tiket bas secara online.

Antara applikasi online yang agak popular dan sering digunakan di Malaysia ialah easybook.com dan busonlineticket.com. Kedua-dua apps ini sememangnya amai bagus.

Harga Tiket Bas Larkin Ke TBS

Harga untuk tiket bas menghubungkan kedua-dua destinasi ini ialah dalam sekitar  RM30.00 hingga RM45.00 bergantung kepada jenis dan syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Perjalanan bas dari Larkin ke TBS adalah sejauh lebih kurang 321 KM dan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam 27 minit.

Jika badget lebih, boleh pilih bas yang lebih banyak kemudahan agar anda rasa lebih selesa.

Apapun bergantung juga kepada situasi lalulintas semasa dan keadaan cuaca. Anda kenalah bijak merancang perjalanan anda.

Jumlah bas yang menghubungkan kedua-dua destinasi ini agak banyak. Setakat ini lebih kurang 26 syarikat bas beroperasi dengan kekerapan yang tinggi.

Senarai Syarikat (Operator) bas yang beroperasi dari Terminal Bas Larkin ke TBS antara lainnya Star Qistna Express, Kejora (TBS), Yellow Star Express, Meridian Holidays, Supernice Grassland, Neoliner Express, Konsortium Malaysia, SMB Express, Causeway Link, Transnasional, City Holidays Express, Billion Stars, Adam Express, Starmart Express, Kwok Ping, Inter Top Express, Transtarbillion, Five Star, Season Express, Eltabina Express, Super 88 Express, Sin Yong Express Sdn. Bhd, Kesatuan Express, Star Coach (Larkin), Sri Maju Group dan Star Coach Express.

Harga Tambang Pelbagai Destinasi Dari Terminal Larkin

Seperti yang telah diberitahu tadi TBS bukanlah satu-satunya destinasi bas express dari Larkin Terminal.

Ada berberapa destinasi lain yang popular untuk bas-bas express yang bertolak dari terminal bas tersebut.

Di sebabkan Johor Bahru adalah gateway ke Singapore, ramailah jumlah penumpang yang menaiki bas dari JB ke banyak destinasi lain di Semenanjung Malaysia.

Di bawah kami kongsikan anggaran harga tiket bas dari Larkin ke destinasi-destinasi terpilih di Semenanjung Malaysia.

  • Bas Larkin ke Seremban – Dari RM28 / pax
  • Bas Larkin ke Kajang – Dari RM32 / pax
  • Bas Larkin ke Mersing – Dari RM12 / pax
  • Bas Larkin ke Muar – Dari RM16 / pax
  • Bas Larkin ke Melaka – Dari RM20 / pax
  • Bas Larkin ke Klang – Dari RM37 / pax
  • Bas Larkin ke Dungun Terengganu – Dari RM41 / pax
  • Bas Larkin ke Kuantan – Dari RM30 / pax
  • Bas Larkin ke KLIA -Dari RM45 / pax

Harga-harga di atas adalah anggaran kerana harga tiket antara syarikat bas adalah tidak sama.

Jika anda membeli tiket menggunakan applikasi online anda akan melihat paparan lengkap untuk melihat perbezaan harga antara syarikat-syarikat bas tersebut.

Syarikat bas yang menawarkan harga tiket yang lebih rendah sudah tentu sangat disukai ramai dan tiketnya sering habis terjual dengan pantas.

Cara Beli Tiket Bas Online Ke TBS

Sekarang ini semakin mudah untuk beli tiket bas. Kebanyakan syarikat bas ada menyediakan portal pembelian tiket secara online untuk kemudahan penumpang.

Selain itu portal-portal yang lebih menarik seperti  redbus.my, busonlineticket.com dan banyak lagi lebih memudahkan anda memilih masa bertolak yang sesuai dengan anda dan mudah membuat perbandingan harga dalam satu paparan sahaja.

Jika anda book tiket bas online dari Larkin ke TBS menggunakan applikasi online seperti yang disediakan oleh Easybook.com .

Anda akan dapat melihat senarai bas dan harga yang ditawarkan. Anda hanya perlu pilih masa bertolak, jenis bas dan harga yang anda mahu sahaja.

Lihat contoh di bawah.

Harga tiket dan jadual bas Larkin ke TBS
Photo: Contoh Paparan Jadual Bas & Harga Tiket Larkin – TBS Di Easybook.com

Jika tidak dapat atau sempat book tiket bas online, anda juga boleh beli tiket melalui kaunter tiket bas dalam bangunan Terminal Larkin.

Terminal bas Larkin adalah terminal bas utama di Johor.

Ini kerana jika anda ingin menaiki bas ke Singapura (Singapore) anda boleh dapatkan bas dari sini juga.

Lokasi Larkin Sentral

Jika anda tidak tahu lokasi Larkin Sentral boleh rujuk lokasinya di Google Map di bawah. Ianya terletak tidak jauh dari Stadium Larkin di Johor Bahru.

Sila rujuk lokasi Stesen Bas Larkin Sentral di bawah.

Photo: Waqaf Saham

Pada musim perayaan atau cuti panjang ada kemungkinan tiket bas akan habis, atau anda terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket bas.

Agak merugikan masa dan tenaga.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Di Kuala Lumpur

Terminal bas TBS terletak di Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur.  Penumpang dari Johor yang hendak ke Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas dari Larkin Sentral Bus Terminal ke TBS.

Sila rujuk peta lokasi TBS di bawah.

Photo: TBS

TBS menghubungkan semua destinasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk bas untuk ke KLIA Airports.

Maklumat Perhubungan

Jika ada keperluan untuk anda berhubung dengan Terminal Bas Larkin Sentral boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah.

Walau bagaimanapun lebih baik berhubung terus dengan bas express yang anda hendak buat tempahan tiket.

Alamat dan Larkin Sentral contact no ada di bawah. Boleh sahaja guna jika ada keperluan.

LARKIN SENTRAL
BT 5, Jalan Garuda,
Larkin Jaya,
80350 Johor Bahru,
Johor
Telefon: 07-221 9088

Semoga perkongsian mengenai harga tiket bas dari Larkin ke TBS ini telah dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pengangkutan awam dan pelancongan tempatan di Malaysia.