Jadual & Harga Tiket Bas Melaka Sentral Ke TBS
Tiket bas Melaka Sentral ke TBS harga dari RM18.00 sahaja. Route bas ini memang popular, ramai penumpang bas. Bas ekspress juga banyak operate untuk laluan ini.
Kini semuanya sudah menjadi semakin mudah dan pantas, penumpang bas boleh buat semakan jadual dan harga tiket bas secara online.
Jika hendak melakukan perjalanan dari Melaka ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur, selain beli tiket bas melalui kaunter tiket bas di terminal bas atau kaunter tiket agent yang dilantik oleh syarikat bas, anda juga sebenarnya boleh beli tiket bas tersebut melalui online.
Penumpang boleh beli tiket BAS secara online >> DI SINI
Kebaikan beli tiket bas online ialah anda tidak perlu pergi ke terminal bas untuk beli tiket.
Ianya juga untuk mengelakkan anda kehabisan bas terutama musim perayaan dengan membeli tiket lebih awal secara online.
Harga Tiket Bas Melaka Sentral Ke TBS
Terdapat berberapa harga yang berbeza. Harga tambang bergantung kepada syarikat bas masing-masing dan juga taraf kemudahan untuk penumpang yang disediakan dalam bas.
Ketika ini harga tiket dari Melaka ke TBS bermula dari RM8.80. Ada juga yang lebih mahal bergantung kepada kemudahan dalam bas ekspress.
Ada bas yang menyediakan pelbagai kemudahan, ada yang basic jer. Apa pun jarak perjalanan tidaklah jauh sangat so mungkin mana-mana bas pun bagus rasanya.
Sila lihat contoh senarai harga tiket bas Melaka Sentral ke TBS. Senarai harga ini kami dapat dari applikasi book tiket online yang ada begitu banyak di luar sana.
Applikasi online yang paling sesuai perkara ini ialah yang ditawarkan oleh EasyBook.com.
Ada banyak bas operator (syarikat bas) yang menyediakan perkhidmatan bas dari Melaka Sentral ke TBS setiap hari dan sepanjang hari.
Harga tiket (tambang bas) adalah dari RM8.00 / pax.
Tidaklah mahal mungkin kerana jarak yang tidak jauh dengan jarak hanya lebih kurang 150 km sahaja.
Contoh jadual perjalanan bas dari Melaka ke Kuala Lumpur dan harga tiket di atas hanyalah untuk perbandingan harga.
Anda mempunyai banyak pilihan. Ketika ini sebanyak 14 syarikat bas memberikan perkhidmatan.
Jumlah ini dijangka bertambah dengan pertambahan jumlah bas untuk menampung permintaan semakin meningkat.
Antara syarikat bas tersebut ialah City Holidays Express, Delima Express, Kejora Masyhur Sdn Bhd, Kesatuan Express, KKKL SDN BHD, KPB Express, Maraliner, Mayang Sari Express, Mega Star Transportation (Kejora Express), Melor Interline Express dan Transnasional.
Biasanya bas pertama bertolak ke TBS dari Melaka Sentral pada pukul 5.00 pagi dan bas terakhir pula pada pukul 10.00 (malam).
Perkhidmatan bas dari Melaka Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ini ada sepanjang hari.
Ada yang tanya perjalanan menggunakan bas dari Melaka ke TBS berapa jam?
Perjalanan akan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga 2.30 jam dengan jarak perjalanan lebih kurang 150 km.
TBS yang terletak di Bandar Tasek Selatan ini adalah terminal bas menghubungkan semua destinasi di Semenanjung Malaysia.
Berdekatan dengan TBS adalah station LRT yang akan menghubungkan anda ke mana-mana bahagian di sekitar Kuala Lumpur.
Senarai Harga Tiket bas Ke Melaka Dari Pelbagai Destinasi
Bukan semua penumpang bertolak dari TBS, so kami nak share sedikit info senarai harga tiket bas ke Melaka dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.
Berikut adalah senarai harga untuk perjalanan dari Seramban, Klang Sentral, Shah Alam, Putrajaya Sentral, Batu Pahat dan Larkin.
- Seremban ke Melaka sentral – dari RM8 / pax
- Klang Sentral ke Melaka Sentral – dari RM16 / pax
- Shah Alam ke Melaka Sentral – dari RM15 / pax
- Larkin Terminal ke Melaka Sentral – dari RM20 / pax
- Batu Pahat ke Melaka Sentral – dari RM15 / pax
Senarai harga tiket bas ke Melaka ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada syarikat bas yang beroperasi
Kami akan kemaskini maklumat di sini jika ada info terbaru.
Maklumat Perhubungan
Semua bas yang menuju ke Melaka akan berhenti di Terminal Melaka Sentral. Terminal ini antara yang terbaik dan banyak menyediakan kemudahan kepada para penumpang.
Jika anda perlukan maklumat terperinci, terkini atau info yang tidak ada dalam artikel ini anda boleh berhubung terus dengan pihak Melaka Sentral menggunakan maklumat melaka sentral contact number di bawah;
Lokasi: Jalan Abdul Razak, Melaka
Email Us:melakasentralsdnbhd@yahoo.com.my / custcare@melakasentral.com.my
Phone: +06 288 1321
Website: https://melakasentral.com.my/