Tiket Bas Sani Online Cara Beli & Check Trip
Tiket bas Sani online informasi umum untuk penumpang buat tempahan tiket bas express ke semua destinasi di Malaysia. Ketika menghampiri musim percutian, ramai keluarga akan merancang perjalanan mereka ke destinasi yang diingini. Tidak kisahlah sama ada lokasi itu memang tempat untuk melancong ataupun sekadar menziarahi keluarga dan sanak saudara.
Bagi mereka yang tiada kenderaan sendiri, mereka boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang banyak tersedia di Malaysia. Menaiki bas express sering menjadi pilihan utama.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Kali ini kita cerita sedikit mengenai bas express yang satu ini iaitu Sani Ekspress.
Sani Express pengendali popular yang mengendalikan laluan bas terutamanya dari kawasan Lembah Klang ke bahagian timur dan utara Semenanjung Malaysia.
Mereka memulakan operasi dengan sejumlah 15 bas tunggal sebelum Sani Express berubah menjadi bas dua tingkat dan kemudian menambah 10 lebih banyak bas dua tingkat untuk membantu laluan baru dan lebih banyak penumpang.
Kini mereka adalah antara syarikat bas express yang terkenal dan menjadi pilihan penumpang.
Kami ada menulis mengenai cara check trip untuk syarikat bas Sani Express sebelum ini. Jika punya masa dipersilakan membacanya.
Kini tempahan tiket semakin mudah dan cepat. Ini kerana syarikat-syarikat bas kini berkerjasama dengan penyedia applikasi online khas untuk online tiket bagi memudahkan urusan tersebut.
Antara yang applikasi yang ada di Malaysia ialah busonlineticket.com dan redbus.my.
Cara Beli Tiket Bas Sani Express Online
Dengan adanya kemudahan internet, anda tidak perlu lagi bersesak sesak untuk menempah tiket di kaunter pembayaran. Tempah sahaja di rumah melalu telefon pintar anda.
Kami cadangkan anda untuk melayari laman web bernama Easybook.com, beli tiket secara online.
Bagaimana untuk tempah secara online? Di bawah kami ada sediakan sedikit tips cara-cara book tiket melalui applikasi online. Semoga ianya dapat memudahkan urusan anda.
1. Pilih Destinasi
Pertama sekali, anda perlu isikan lokasi anda berada dan lokasi destinasi anda. Kalau tak tahu lokasi, macam mana anda nak beli tiket?
Maklumat yang diisi tadi akan terpapar di di tempat isikan itu. Kemudian anda perlu isikan pula tarikh bila yang ingin anda pergi.
Anda diberi pilihan sama ada ingin pergi dan balik sehala ataupun tidak. Kemudian, klik ‘cari’.
2. Pilihan Bas
Pada bahagian ini, nama syarikat bas akan terpapar. Pilih syarikat bas yang ingin anda naiki. Jika ingin menaiki bas Sani Ekspres, terus klik pada nama bas itu jika ada.
Kemudian, anda akan diminta untuk memilih tempat duduk untuk ditempah. Di sini harga tiket anda akan ditunjukkan. Klik ‘teruskan’ selepas memilih tempat duduk anda.
Ada masanya memilih cara ini kurang bijak kerana terdapat destinasi yang mungkin Sani Express tidak menyediakan perkhidmatan untuk laluan tersebut.
Kami sarankan anda teliti hasil carian anda selepas menetapkan destinasi di mana semua bas express untuk destinasi tersebut dipaparkan dengan harga dan jadual perjalanan.
Dengan cara ini anda boleh pilih syarikat bas yang sesuai dengan badget dan jadual perjalanan anda. Bukankah ianya lebih baik begitu?
3. Kaedah Pembayaran
Sebelum pembayaran dilakukan, anda perlulah mengisi maklumat peribadi anda. Ia adalah sebagai bukti yang perlu ditunjukkan kepada pengurus kaunter tiket ketika ingin menaiki bas.
Di sini, ada perlu mengisi nama, alamat email, nombor telefon dan nombor IC. Selain itu, akan mendapat diskaun sekiranya memasukkan ‘promo code’ di bahagian bawah dan klik ‘teruskan’.
Kemudian, barulah anda boleh membuat pembayaran secara online. Senarai nama bank juga akan dipamerkan di situ.
Harga tiket pun akan dipamerkan. Anda juga perlu bersetuju dengan polisi dan syarat tiket Easybook.com yang telah ditetapkan. Sudah puas hati, klik ‘bayar sekarang’.
4. Boarding
Ketika ingin membayar, anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan kredit kad, online banking atau sebagainya. Di sini anda mestilah mengisi nombor kad debit atau kad kredit dengan betul.
Klik pada salah satu dan seterusnya pilih nama bank anda. Terus klik ‘proceed’ dan anda akan mendapat tiket online anda yang dihantar melalui email.
Sebagai peringatan, anda perlu menyimpan gambar atau ‘screenshot’ tiket anda supaya dapat ditunjukkan pada pengurus kaunter tiket nanti.
Inilah langkah langkah yang perlu anda lakukan sekiranya ingin membeli tiket bas Sani Ekspres online dengan menggunakan applikasi Easybook.com. Anda juga boleh memuat turun aplikasi mereka di App Store dan Google Play Store di telefon pintar anda.
Terbuktilah bahawa aplikasi ini dapat memudahkan pengguna untuk untuk beli tiket bas termasuklah bas Sani Ekspres.
Kita perlu membiasakan diri dalam era globalisasi ini. Hanya duduk di rumah, beli tiket online dan tak perlu lagi bersusah payah pergi ke kaunter tiket.
Maklumat Perhubungan Sani Express
Mungkin anda ingin berhubung dengan syarikat bas express tersebut, anda boleh berbuat demikian menggunakan maklumat perhubungan mereka di bawah.
Sani United Berhad
Wisma Dato’ Sani, No. 12 & 14, Jalan Klang Sentral 3/KU5, Klang Sentral, Bukit Raja, Selangor, 41050 Meru, Klang.
Costumer careline: +603-3344 4542
Website: https://saniexpress.com.my/
Mereka juga ada menyediakan online khas untuk tujuan book tiket online dengan bas express tersebut.
Semoga informasi ringkas cara beli tiket bas Sani online ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasa industri pelancongan dan pengangkutan awam dalam negara kita.