Harga Tiket & Jadual Feri Ke Pulau Pangkor Terkini
Tiket feri ke Pulau Pangkor dari RM10.00 sahaja dari Jeti Lumut. Adakah anda sedang merancang untuk berkunjung dan bercuti ke Pulau Pangkor sempena cuti-cuti ini?
Siapa yang tidak kenal atau pernah dengar nama ‘Pulau Pangkor’ pulau yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara setiap masa.
Penumpang boleh book tiket ferry online >> DI SINI
Ada bermacam aktiviti boleh anda lakukan bersama keluarga atau rombongan di pulau yang indah tersebut.
Agak rugi jika anda tidak menjadikan Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi percutian anda.
Pulau ini sememangnya indah dengan air yang jernih sesuai untuk percutian keluarga jauh dari kesibukan bandar yang sentiasa sesak sepanjang masa.
Di pulau ini pelbagai aktiviti menanti anda seperti aktiviti sukan air, hiking atau santai-santai sahaja melepaskan tekanan dan dapatkan ketenangan jauh dari kesibukan kota raya.
Baca juga: Jadual & Harga Tiket Feri Langkawi – Kuala Kedah
Harga Tiket Feri Ke Pulau Pangkor
Untuk kali ini kami kongsikan dengan anda info untuk perjalanan ke Pulau Pangkor dari jeti Lumut Perak.
Sebenarnya selain dari Lumut, terdapat dua lagi jeti yang menghubungkan Pulau Pangkor dengan tanah besar iaitu Teluk Batik dan jeti Marina Island.
Antara ketiga-tiga jeti tersebut, jeti Lumut adalah yang sering menjadi pilihan dan popular dalam kalangan pengunjung yang pergi ke pulau tersebut.
Di bawah ada sedikit info mengenai harga tiket dan jadual perjalanan feri untuk ke Pulau Pangkor yang anda boleh booking secara online di easybook.com atau datang terus ke kaunter tiket di terminal feri ke Pulau Pangkor di Lumut.
Kebanyakan pengunjung lebih gemar untuk beli tiket secara online lebih awal. Cara ini lebih senang, jimat masa dan kos perjalanan untuk dapatkan tiket feri. Ada ketikanya tiket akan ‘sold out’ habis sebelum sempat anda booking.
Sila rujuk maklumat harga tiket di bawah. Harga tersebut mungkin boleh berubah dari masa ke semasa.
- Dewasa (Adult) – RM10.00
- Kanak-Kanak (Children) – RM5.50
Nota: Harga ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Harga yang ditunjukkan di atas adalah anggaran kos untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.
Jadual Perjalanan Feri Lumut Jetty – Pulau Pangkor
Untuk jadual perjalanan feri dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor setiap hari bolehlah lihat maklumat feri di bawah.
Feri bertolak dari Jeti Lumut setiap jam.
Pengusaha Ferry: Konsortium Mesra Duta
Address / No. Telefon: PT 4136,JALAN SULTAN IDRIS SHAH,32200,LUMUT,PERAK. Tel: 05-6835800
Masa perjalanan: 33 minit
Feri pertama: 7.15 AM
Feri Terakhir: 7.00 PM
Perjalanan feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor akan mengambil masa lebih kurang 33 minit sahaja. Tidaklah lama sangat, jaraknya tidak terlalu jauh.
Jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai Pulau Pangkor boleh baca info yang lebih detail di sini (peta PDF).
Anda juga boleh layari laman website rasmi Majlis Perbandaran Manjung untuk informasi tarikan pelancongan di pulau peranginan tersebut.
Sebenarnya pengunjung ke Pulau Pangkor juga boleh menaiki feri dari Marina Island sebagai laluan alternatif.
Pangkor Ferry Dari Marina Jetty
Harga Tiket Ferry
- Dewasa: RM20 (Return ticket) umur 12 dan ke atas
- Kanak-Kanak: RM11 (Return Ticket) Umur 4-11 tahun
- Bayi (infant): FOC umur di bawah 3 tahun
Parking Kereta Di Kawasan Jeti Marina Island Jetty Complex
NORMAL DAY (Cars/SUV’s)
- 1st 30 minutes: FREE
- Every subsequent hour (6 hour max): RM 1.00 / hour
- Overnight surcharge: RM 23.00 / calendar day
- Valet Parking: RM 30.00 / calendar day
FESTIVE DAY (Cars/SUV’s)
- 1st 30 minutes: FREE
- Every subsequent hour (6 hour max): RM 1.00 / hour
- Overnight surcharge: RM 28.00 / calendar day
- Valet Parking: RM 35.00 / calendar day
MOTORCYCLE
- Small Bike: RM 3.00 / calendar day
- Big Bike / Super Bike: RM 10.00 / calendar day
Nota: Bayaran tiket parking hilang: RM250.00
Kemudahan Di Kawasan Jeti
- Kawasan parking kenderaan
- Kaunter Parking
- Pick-up / Drop Off Area
- Enforcement
- Ruangan Menunggu
- Kaunter Tiket
- Mesin ATM
- Medan Selera
- Kedai jualan souvenir dan makanan
- OOTD Area (Boleh ambil gambar cantik-cantik dan unik di sini)
- Kerusi roda
- Surau
- Restrooms
Jika anda menaiki feri dari jeti Marina Island, jangka masa yang diambil untuk ke pulau Pangkor hanya sekitar 10 minit berbanding dengan dari jeti Lumut yang mengambil masa 30 minit.
Anda boleh semak website di bawah untuk harga tiket dari Marina Island ke Pulau Pangkor. Anda boleh berhubung terus dengan pihak mereka.
Untuk urusan tempahan tiket dari Marina Island anda boleh layari http://www.pangkorferry.com/
Pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta yang dikhaskan di sana. Ini salah satu laluan alternatif untuk berkunjung ke pulau tersebut.
Harga Bawa Kereta Atau Motor Ke Pulau Pangkor
Ramai yang tanya mengenai harga bawa kereta ke Pulau Pangkor. Mungkin ada pengunjung yang berhasrat untuk bawa kereta sendiri atau motor ke Pulau Pangkor.
Lebih mudah dan selesa anda bawa kereta sendiri bukan? Memang ada perkhidmatan feri kargo untuk membawa motor atau kereta ke pulau tersebut.
Sebelum ini kadar tambang untuk bawa masuk kereta ke Pulau Pangkor adalah lebih kurang RM100, mungkin kini harga itu sudah naik.
Untuk memudahkan anda boleh contact nombor telefon feri kargo di bawah untuk info cara dan tambang terkini bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
Sila rujuk maklumat perhubungan di bawah;
- Bot Kargo Ah Seng 012 5055393
- Bot Kargo Hua Wei 012 5071045
- Bot Kargo Jeti Marina 012 5205239
Parking Kereta Di Jeti Lumut
Bagaimana pula dengan pengunjung yang datang ke jeti Lumut tetapi tidak bercadang untuk bawa kereta atau motor ke Pulau Pangkor?
Tidak perlu risaulah. Ada medan tempat letak kereta di jeti Lumut. Anda boleh letak kenderaan anda di tempat letak kereta yang disediakan berdekatan dengan jeti Lumut.
Bayar tidak perlu bayar? Tentulah perlu bayar. Seperti mana parking kereta di jeti Kuala Perlis, yang di sini juga tentunya perlu bayar.
Kalau tidak mahu bayar boleh sahaja letak kereta di mana-mana sekitar bandar tetapi fikir-fikirkan juga keselematan kenderaan anda. Jangan balik dari pulau, kenderaan sudah lesap hilang.
Bayar sikit untuk lebih selamat itu lebih murah berbanding letak kenderaan anda merata tempat.
Rujuk di bawah untuk lokasi Jeti Lumut, pasti anda tidak akan sesat. Pakai Google Map sahaja.
Apa Kata Para Pengunjung…
Pada ketika info ini ditulis Pulau Pangkor berada pada rating 4.3 (amat tinggi) dan menerima sebanyak 327 google review dari para pengunjung yang pernah melawat pulau peranginan tersebut.
Kebanyakan pengunjung memberi maklum balas yang positif mengenai pulau peranginan tersebut. Jika ada masa dan kelapangan sudi-sudilah mengunjungi Pulau Pangkor.
Sudah tentu ada juga terselit komen-komen negatif, tetapi jumlah yang berpuas hati jauh lebih ramai. Perlu diingat komen-komen ini tidaklah boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai pulau peranginan tersebut.
Kepada anda yang mengunjungi Pulau Pangkor kami ucapkan selamat bercuti. Semoga info ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dalam negara kita.