Tokoh Gelang Kemerdekaan Unsung Hero! Siti Rahmah Kassim

Menghayati erti kemerdekaan sesebuah negara dan meneruskannya adalah tanggungjawap kita generasi muda.

Kita jangan lupa betapa perit dan susahnya kemerdekaan ini kita perolehi. Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam proses mendapatkan kemerdekaan ini.

Antara yang perlu kita telusuri ialah seorang tokoh yang digelar ‘Tokoh Gelang Kemerdekaan” Siti Rahmah Kassim.

Siti Rahmah Kassim adalah antara pejuang kemerdekaan yang amat terkenal.

Tokoh Gelang Kemerdekaan Siti Rahmah Kassim
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

READ: Bidaan No Plat Istimewa Kenderaan Sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-66

Tindakan tidak mementingkan diri Siti Rahmah yang sanggup mendermakan gelang emas hadiah perkahwinannya benar-benar membuka mata semua dengan ramai yang kemudiannya mendermakan cincin, jam tangan emas, tongkat berkepala emas,

Anting-anting dan kerongsang. Pada awalnya Siti Rahmah merahsiakan sumbangan gelang emas itu daripada ibunya. Apabila ia diketahui, Siti Rahmah telah dipukul sehingga berdarah.

Dia menyimpan pakaian berdarah itu sebagai ingatan dan menganggapnya sebagai ‘titisan darah merdeka’.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-66!