Feri Ke Pulau Tioman: Harga Tiket & Jadual Feri

Feri ke Pulau Tioman dari RM 60.00 dan maklumat mengenai harga dan jadual feri setiap hari ke pulau peranginan tersebut.

Tahukah anda, Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau yang termasuk dalam senarai 10 buah pulau tercantik di dunia.

Pulau ini terletak di Rompin, Pahang dan sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing.

Book tiket feri secara online >> DI SINI.

Pulau ini turut dikategorikan antara tiga buah pulau terbesar di Malaysia selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Antara tarikan pulau ini ialah keunikan dasar laut, pantai yang indah serta turut terkenal untuk aktiviti snorkeling.

Senarai tarikan pelancong di Pulau Tioman

Bagi sesiapa yang teringin melancong Pulau Tioman, informasi ini mungkin bermanfaat kepada anda.

Di sini kami berkongsi info-info berkaitan perkhidmatan feri seperti jadual feri, harga tiket serta info-info lain yang berguna kepada anda.

Antaranya Blue Water Express di jeti Mersing, merupakan syarikat feri yang popular untuk menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman.

Baca juga: Jadual Perjalanan Feri Kuala Kedah Ke Langkawi

Harga Tiket Feri Ke Pulau Tioman 2023

Terdapat dua pilihan yang boleh atau sering digunakan oleh para pengunjung untuk pergi ke tersebut iaitu dengan menaiki feri dari Jeti Mersing, Johor.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat lima jeti utama di Pulau Tioman iaitu Jeti Genting, Jeti Paya, Jeti Tekek, Jeti Air Batang dan Jeti Salang.

Pastikan anda turun di jeti yang betul semasa perjalanan.

Feri Dari Jeti Mersing Johor

Feri pertama akan bergerak dari Jeti Mersing pada pukul 4 pagi dan feri terakhir pula bergerak pada pukul 5 petang.

Masa perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman bergantung pada jeti dipilih ke peranginan tersebut.

Biasanya masa perjalanan mengambil dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam untuk sampai ke destinasi. Perkhidmatan feri ini turut disediakan untuk penumpang pada setiap hari.

Selain itu, syarikat Blue Water Express turut menawarkan tambang feri yang murah dan berpatutan.

Feri Mersing ke Tioman Blue Water Express
Sumber: Busonlineticket.com

Jika mengambil feri dari Jeti Mersing, tambang feri Blue Water Express yang ditawarkan kepada golongan dewasa dan kanak- kanak ialah RM 65 (dewasa) dan RM 50 (kanak-kanak) per hala.

Sila rujuk lokasi Jeti Mersing di bawah.

Kemudahan Parking Kereta

Penumpang yang menaiki feri turut boleh meletakkan kenderaan sendiri di parking lot yang disediakan. Pastikan anda memarkir kereta di kawasan berpagar untuk lebih selamat.

Kadar bayaran parking di Jeti Mersing ialah RM 15 sehari.

Pastikan anda menyimpan tiket parking jika tidak ingin membayar duit denda sebanyak RM 80 untuk kehilangan tiket.

Kecuaian akan menyebabkan anda terpaksa bayar lebih. Pastikan tiket parking tidak hilang.

Begitu juga anda dinasihatkan untuk menggunakan kawasan tempat letak kereta yang disediakan untuk keselamatan kenderaan dan harta benda anda.

Mungkin anda belum membaca bagaimana ulat parking di jeti Kuala Kedah menjadi masalah kepada pengguna, jangan leka atau lalai.

Cara Beli Tiket Feri Ke Pulau Tioman

Bagi yang berminat ke Pulau Tioman, anda boleh menempah tiket secara online di laman web di bawah atau membeli tiket secara manual di jeti.

Untuk mengelakkan masalah tiket habis, anda diggalakkan untuk menempah tiket secara online.

Pastikan yang menempah tiket secara online sampai ke jeti lebih awal untuk redeem tiket anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penempahan tiket atau waktu perjalanan feri, sila hubungi nombor telefon Syarikat Blue Water Express di bawah.

Maklumat Perhubungan

Mungkin atas sebab-sebab tertentu dan anda ingin berhubung dengan pihak jeti Mersing anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah.

  • Mersing : 07-7994811
  • Tanjung Gemok: 09-4131362

BlueWater Ferry
Mersing Harbour Centre,
Jalan Abu Bakar, Mersing,
86800, Mersing, Johor, Malaysia.
Website: https://tiomanferryticket.com/index.php

Cataferry Sdn. Bhd. 1118897-M
Tanjung Gemok Jetty counter,
Rompin, Pahang
Telefon:
+609 413 1445
+60 11 1219 0842 (Ms.Halleda)
Website: https://www.cataferry.com/home

Tarikan Pulau Tioman

Terdapat pelbagai tempat menarik di Pulau Tioman yang harus dikunjungi oleh para pelancong. Berikut merupakan senarai tempat yang sangat popular dalam kalangan pelancong.

Juara Turtle Project

Ingin menyaksikan fenomena penyu menetas telur? Pastikan anda pergi mengunjungi Kampung Bunut dan Kampung Juara di Pulau Tioman.

Pengunjung dapat menyaksikan penyu- penyu mendarat dan menetaskan telur di sini.

Kebiasaannya, masa sesuai untuk menyaksikan penyu menetaskan telur ialah dari bulan Februari hingga bulan Oktober.

Selain itu, para pelancong turut boleh menjadi sukarelawan di Turtle Sanctuary sebagai usaha menyokong pemeliharaan haiwan-haiwan terancam seperti penyu.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh sukarelawan di sini ialah mengutip telur dan membawanya ke tempat penetasan.

Batu Malang

Batu Malang sangat terkenal untuk aktiviti menyelam. Kawasan perairan di sini kaya dengan pembentukan batu karang yang indah.

Pelancong yang meneroka dasar laut turut boleh menyaksikan spesies- spesies ikan yang cantik seperti ikan nemo, ikan barracuda, lion fish dan butterfly fish.

Gunung Kajang

Berminat dengan aktiviti lasak yang mencabarkan? Cuba melawat Gunung Kajang yang memiliki ketinggian sebanyak 1038 meter dari paras laut.

Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Pulau Tioman dan sering dipanggil sebagai tulang belakang Pulau Tioman disebabkan kedudukannya di tengah-tengah pulau.

Hutan tebal yang melitupi gunung ini menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang unik.

Anda turut boleh melihat bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia di sini. Oleh itu, tempat ini sangat sesuai untuk pencinta alam.

Taman Marin

Pusat Taman Marin ini terletak di antara Kampung Tekek dan Kampung Air Batang dan merupakan pusat yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai pusat pemeliharaan hidupan marin.

Taman ini merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong di Pulau Tioman.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti “skuba diving”, “snorkeling”, berenang dan mengambil gambar.

Malahan, pelancong tidak sama sekali dibenarkan untuk menangkap ikan, siput, mengumpul terumbu karang atau melakukan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan hidupan marin di Taman Marin.

Jadi, pastikan anda menyediakan kamera kalis air sebelum ke sini.

Kampung Tekek

Kampung Tekek merupakan kawasan perkampungan terbesar di Pulau Tioman dan merupakan pusat pentadbiran Pulau Tioman.

Pelbagai kemudahan seperti bank, sekolah, masjid serta kedai- kedai makanan terdapat di sini.

Tempat ini telah diiktirafkan sebagai Zon Bebas Cukai dan oleh itu tempat ini sangat popular untuk shopping dalam kalangan pelancong.

Semoga sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual feri ke Pulau Tioman ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan domestik di negara kita.