Jadual & Harga Tiket Feri Ke Tanjung Balai Dari Kukup
Jadual dan harga tiket feri ke Tanjung Balai dari Kukup Johor ramai penumpang yang tanya. Nampak gaya Karimun juga adalah destinasi popular pelancong dari Malaysia.
Destinasi ini agak popular dan ramai pengunjung melawat Karimun dari Terminal Feri Kukup.
Sebelum ini kami pernah menulis sedikit maklumat umum mengenai perkhidmatan ferry ke Batam dari Stulang Laut di Johor.
Kalau nak ke Batam boleh baca untuk tambah informasi.
Penumpang boleh book tiket feri online ke Tanjung Balai >> DI SINI
Tempat ini sangat popular untuk pantai-pantai cantik seperti Pantai Gading, Pantai Pahlawan serta Pantai Pongkar.
Cara yang paling mudah dan murah untuk mengunjungi Tanjung Balai ialah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Senang dan lebih murah.
Pelancong boleh mangambil feri dari Terminal Feri Antarabangsa Kukup yang terletak di Johor.
Terminal ini terletak di perkampungan nelayan di daerah Pontian dan hanya 40 km jauh dari Johor Bahru.
Pelancong yang singgah di kawasan berdekatan terminal ini boleh mengambil kesempatan untuk mengunjungi Taman Negara Kukup yang terkenal untuk binatang liar seperti monyet, ikan belacak dan babi hutan.
Feri Ke Tanjung Balai Dari Kukup Johor
Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan feri dari Kukup ke destinasi tersebut ialah Feri Kukup.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat tempatan yang disediakan khas untuk menawarkan perkhidmatan feri dari Johor ke Indonesia.
Antara feri yang menyediakan perkhidmatan dari Terminal Feri Kukup ke destinasi ini ialah MV Tuah 1, Mv Tuah 2, Ocean Indoma dan Marina Baru 5
Syarikat ini turut menawarkan perjalanan sehala dan pergi-balik (return) dan penumpang boleh memilih perjalanan mereka mengikut kesesuaian mereka.
Pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan harga tiket feri, jadual feri serta maklumat- maklumat lain yang berguna.
Jadual dan Harga Tiket Feri
Di bawah adalah harga tiket feri ke Tanjung Balai dari Kukup, Pontian Johor. Anda boleh semak harga semasa di BFerry
A. Kukup Johor – Tanjung Balai Karimun
- Harga Tiket Feri Sehala (One Way)
- Dewasa RM 145
- Kanak-Kanak RM 100
- Harga Tiket Feri (Two Way)
- Dewasa RM 175
- Kanak-Kanak RM 145
B. Tanjung Balai – Kukup Johor
- Harga Tiket Feri Sehala (One Way)
- Dewasa RP 300K
- Kanak-Kanak RP 150K
- Harga Tiket Feri (Two Way)
- Dewasa RP 450K
- Kanak-Kanak RP 250K
- Kadar yang digunakan adalah dalam Rupiah Indonesia (IDR) dari Indonesia dan Ringgit Malaysia (MYR) dari Malaysia.
- Bayaran pas masuk terminal di Tanjung Balai Karimun ialah Rp 75.000 untuk warga negara selain Indonesia / Rp 50.000 untuk warga Indonesia, untuk pas masuk terminal Selatpanjang ialah Rp 50.000,- dan Bayaran Terminal & Surcaj di Kukup Johor sudah termasuk dalam harga tiket.
- Tambang Dewasa dikenakan kepada semua penumpang berumur 12 tahun ke atas pada hari berlepas.
- Kanak-kanak termasuk bayi berumur 11 tahun dan ke bawah pada hari berlepas akan dicaj sebagai Tambang Kanak-kanak.
- Adalah menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendapatkan visa dan pasport yang sah tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh perjalanan.
Syarikat Feri Kukup beroperasi pada setiap hari dengan menawarkan perkhidmatan feri berberapa kali sehari. Jarak perjalanan dari Terminal Feri Kukup ke destinasi ini ialah sejauh 37 km. Biasanya, masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan ialah dalam 2 jam.
Berikut merupakan jadual ferry di Terminal Feri Kukup:
- Dari Kukup ke Tanjung Balai: 8:00, 9.00, 10.30, 11.00, 12.00, 13.30, 14.30, 16.00 & 17.00 (Malaysia Time)
- Dari Tanjung Balai ke Kukup: 07.45, 09.00, 10.00, 11.00, 12.00, 13.30, 14.00, 15.00, 16.30 (Indonesia Time)
Cara Book Tiket Feri
Penumpang mempunyai dua pilihan untuk membeli tiket iaitu secara online atau membeli secara manual.
Kaedah paling senang ialah menempah tiket secara online kemudian redeem tiket di Terminal Kukup sebelum menaiki feri.
Keburukan membeli tiket secara manual ialah anda tidak dapat menjamin tiket sekiranya tiket habis dijual.
Cuba bayangkan situasi beratur berpanjangan di kaunter semata- mata untuk membeli tiket, kemudian tiket habis?
Lebih baik anda menempah tiket di online, di mana penumpang boleh memilih tarikh serta masa perjalanan mengikut kesesuaian.
Bagi yang berminat, anda boleh menempah tiket di Easybook.com. Ia merupakan sebuah portal penempahan tiket online terbesar di Malaysia.
Lokasi & Kemudahan Di Terminal Feri Kukup
Sebelum itu, ini ada sedikit maklumat mengenai lokasi dan cara untuk pergi ke Terminal Ferry Kukup di Johor berserta kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk penumpang feri ke Tanjung Balai.
Kemudahan Di Terminal Feri Kukup
Bangunan di terminal ini mempunyai kemudahan seperti kaunter membeli tiket, kaunter pertukaran mata wang serta laluan beratur.
Selain itu, restoran-restoran makanan di sini menyediakan pelbagai juadah tempatan untuk penumpang dan makanan yang paling popular ialah masakan laut.
Bagi mereka yang ingin membeli minuman atau makanan ringan, anda boleh singgah di mini market di sini.
Kemudahan lain seperti tandas dan pondok berehat turut disediakan untuk keselesaan dan kemudahan penumpang.
Lokasi Terminal Ferry Kukup
Orang tempatan serta pelancong asing boleh pergi ke Terminal Feri Kukup menggunakan pelbagai jenis pengangkutan yang disediakan di sekitar tempat tersebut.
Bagi yang datang dari Terminal Bas Larkin, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas disediakan ke Pontian.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan bas disediakan untuk setiap 15 minit.
Setelah sampai ke Pontian, ambil bas bernombor 605 untuk sampai ke Kukup. Selain bas, anda turut boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti teksi, atau grab.
Bagi yang memandu kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan di tempat parkir disediakan di Terminal Feri Kukup.
Maklumat Perhubungan
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon di bawah untuk info lanjut.
Nombor telefon: +607-696 0666
Alamat: Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Jalan Kukup Laut, 82300, Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
Hotel Terdekat di Terminal Tanjung Balai
Berikut merupakan beberapa hotel yang terdekat dengan Terminal Feri Tanjung Balai. Anda boleh boleh membuat booking hotel melalui portal-portal terkenal seperti Trivago.
1. Hotel Maximillian
Hotel ini menawarkan kemudahan yang selesa dan berciri moden kepada para pelanggan.
Pelanggan boleh mengakses WiFi percuma di sini. Kemudahan lain yang turut ditawarkan ialah TV, pendingin hawa, minibar, karaoke dan sauna.
Untuk pengetahuan anda, Pantai Pongkar dan Pantai Pahlawan sangat berdekatan dengan hotel ini.
Pelancong boleh sampai ke sana dalam 45 minit dengan memandu. Kadar bayaran bermula dari RM 131 per malam.
2. Hotel Aston Karimun City
Hotel ini memiliki kemudahan seperti kolam renang, WiFi percuma dan tempat parkir untuk pelanggan yang membawa kenderaan sendiri.
Setiap bilik menawarkan kemudahan seperti TV, pendingin hawa , minibar, cerek elektrik dan lain- lain.
Hotel ini turut menawarkan hidangan Barat serta Asia untuk pelanggan. Harga untuk per malam bermula dari RM 199.
3. Hotel H3
Hotel ini menawarkan perkhidmatan untuk harga yang murah. Harga untuk sebilik per malam bermula dari RM 59.
Antara kemudahan yang disediakan ialah WiFi percuma dan TV berkabel. Sarapan pagi halal turut disediakan untuk pelanggan.